KUALA LUMPUR - Kerajaan menyangkal dakwaan kononnya kandungan kargo berbahaya yang dibawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai punca kehilangannya.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, perkara itu adalah berdasarkan Laporan Interim dan Maklumat Fakta yang disediakan Pasukan Penyiasatan Keselamatan (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) (ICAO) Malaysia bagi MH370 yang dikeluarkan pada 8 Mac lepas, yang tidak menyatakan kandungan kargo mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan pesawat itu.
"Laporan Interim setebal 600 muka surat itu telah perjelas rekod persiapan bagi penerbangan itu, komunikasi antara kokpit dengan kawalan lalu lintas udara, laluan penerbangan berdasarkan data satelit, kru dan kargo penerbangan malang berkenaan.
"Kandungan kargo tidak ada kena mengena atau menjejaskan operasi penerbangan MH370," katanya semasa menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) yang mendakwa kerajaan belum menyatakan isi kandungan kargo yang dibawa pesawat berkenaan.
Pada 8 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 daripada Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal didapati hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan di ruang udara Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Pesawat Boeing 777-200ER itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan operasi besar-besaran mengesan pesawat dilakukan sehingga kini.
Terdahulu, semasa menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Abdul Aziz berkata ia tertakluk kepada ketetapan ICAO dan Jabatan Penerbangan Awam berhubung garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) Polis Bantuan di lapangan terbang mengenai pengendalian barangan berbahaya yang dibawa melalui pesawat komersial.
"Mengikut garis panduan itu, semua barangan yang dilarang seperti pistol, senjata tajam, peluru dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat awam dan sekiranya dikesan pada penumpang atau dalam bagasi, ianya akan dirampas serta dilupuskan.
"Manakala bagi penumpang yang memiliki lesen individu untuk membawa senjata api melalui pesawat awam akan tertakluk kepada prosedur pengendalian senjata api syarikat penerbangan itu sendiri," katanya.
Abdul Aziz berkata, ICAO juga mengeluarkan arahan penguatkuasaan larangan membawa bahan cecair, aerosol dan gel bagi semua penumpang penerbangan antarabangsa kecuali ia tidak melebihi satu liter bagi setiap penumpang.
Setiap barang-barang terlarang yang dirampas akan dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan, katanya. – Bernama

No comments:
Post a Comment