Thursday, April 9, 2015

Lepas belon bawa ribuan ‘The Interview’


Seoul: Seorang aktivis Korea Selatan berkata dia melepaskan belon yang membawa ribuan cakera video digital (DVD) filem yang mengisahkan plot membunuh pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, merentasi sempadan kedua-dua negara.
Lee Min-bok memberitahu, belon yang membawa filem ‘The Interview’ dilepaskan sebanyak empat kali dan yang terbaru Sabtu lalu.
Belon itu turut mengandungi wang dolar Amerika Syarikat dan risalah politik yang mengkritik kerajaan Kim selain mahu menonjolkan kemakmuran ekonomi Korea Selatan dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada rakyat Korea Utara menentang pemimpin mereka di Pyongyang.
Korea Utara menganggap risalah yang dilepaskan dari Korea Selatan sebagai serangan ke atas kerajaannya dan sudah sekuan lama mendesak Korea Selatan mengharamkan aktivis berbuat demikian.
Tahun lalu, Pyongyang melepaskan tembakan selepas aktivis melancarkan belon ke arah negara itu. Bagaimanapun, Seoul berkata, aktivis hanya mengamalkan kebebasan bersuara. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42485#sthash.MjtR71Qm.dpuf

No comments:

Post a Comment