Putera Harry |
Menurut AFP, pewaris takhta ketiga Britain berumur 30 tahun tersebut memberitahu para remaja dalam acara Down Under berkenaan untuk mengambil gambar secara normal.
Seorang pakar dari Universiti Melbourne memberitahu, tindakan Putera Britain berkenaan adalah bijak untuk para pengguna media sosial yang menginjak dewasa.
"Orang muda patut tahu, apa yang mereka letak di dunia maya, akan kekal di dunia maya, walaupun kamu membuangnya," kata Lauren Rosewarne.
"Beliau (Putera Harry) tahu mengenai perkara tersebut," tambahnya.
Putera Harry kini berada di Australia untuk sebulan sebelum bersara dari perkhidmatan tentera pada Jun nanti.
No comments:
Post a Comment