Zhoukou (China): Punca seorang kanak-kanak yang semakin kurus dan muntah setiap kali makan akhirnya diketahui selepas doktor mengeluarkan gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perutnya, minggu lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42489#sthash.dcayRdUG.dpuf
Liuniu Liang, lapan, dibawa ke hospital selepas bapanya menyedari anaknya semakin kurus.
Gumpalan rambut dalam perut Liuniu menyekat sistem penghadaman menyebabkan dia tidak boleh makan.
Bapa, Cai Liang, 36, berkata: “Kami sering melarangnya mengunyah rambut tetapi tidak menyangka gumpalan rambut akan terkumpul di dalam perutnya. Patutlah dia tidak boleh makan apa-apa.”
Kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan neneknya di Zhoukou sementara ibu bapanya bekerja di luar kawasan berkenaan hampir sepanjang tahun.
Apabila pulang pada Tahun Baru Cina lalu, Liang mula berasa bimbang apabila mendapati anaknya terlalu kurus.
Kanak-kanak itu akan muntah setiap kali selepas makan.
“Hanya selepas dirujuk ke hospital doktor menemukan benda asing dalam perutnya yang kemudian dikenal pasti rambut selepas ia dikeluarkan,” katanya.
Menurut doktor, Liuniu mungkin mengunyah rambut kerana tertekan tidak dapat berada di samping ibu bapanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2015 @ 7:35 AM
No comments:
Post a Comment