Jumlah itu diumumkan Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Khaled sendiri, lapor sebuah penerbitan tempatan.
Pada mesyuarat itu, Khaled membentangkan pencapaian jawatankuasa itu semasa musim umrah pada bulan Ramadan ini dan rancangan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 10 hari terakhir Ramadan.
Setiausaha jawatankuasa itu, Salah Saqr mengumumkan angka terkini dan menyatakan lebih 650,000 kenderaan digunakan untuk mengangkut jemaah setakat ini.
“Mengikut perancangan untuk Ramadan tahun ini ia akan melibatkan pengangkutan untuk 25 juta jemaah dalam tempoh 30 hari (sepanjang Ramadan),” katanya.
Setiausaha Rendah di Kementerian Haji, Issa Mohammed Rawas pula berkata, lima juta jemaah dari luar negara telah tiba untuk menunaikan umrah, dengan lebih 3.7 juta jemaah menggunakan kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah.
Seramai 1.3 juta jemaah tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulzziz di Madinah, 114,646 melalui Lapangan Terbang Yanbu, 23,539 melalui Pelabuhan Islam Jeddah dan 18.658 melalui Pelabuhan Komersial Yanbu, kata Issa.
Mesyuarat turut membincangkan aplikasi baharu telefon pintar yang membantu jemaah melakukan ibadah menggunakan 34 bahasa.