|
KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dana disalurkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri telah memerintahkan pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai boleh membantu siasatan kes itu.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan demikian dalam satu kenyataan bersama di sini semalam.
Mereka berkata, pasukan itu kelmarin telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada dua buah bank bagi membantu siasatan.
“Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit,” jelas kenyataan itu.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3fFKyQAJD
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment