Wednesday, August 12, 2015

Charlie Hebdo kurang ajar

Kuala Lumpur: Pihak berkuasa Perancis dan organisasi media di seluruh dunia digesa mengutuk majalah satira Perancis ‘Charlie Hebdo’.
Ini kerana pihak itu menyiarkan karikatur yang menghina anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Gesaan itu dibuat Pengerusi Biro Publisiti MCA, Senator Datuk Chai Kim Sen.
“MCA menegur Charlie Hebdo kerana menyamakan tragedi MH370 dengan menyiarkan karikatur politik (yang seringkali dipaparkan majalah berkenaan), secara mempersendakan juruterbang MAS dan anak kapalnya yang amat berdedikasi serta meraih banyak anugerah antarabangsa bagi kualiti dan perkhidmatan dalam penerbangan.
“Charlie Hebdo tidak boleh mengeksploitasi penumpang dan anak kapal MH370 sebagai peluang untuk meningkatkan jualan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Penemuan flaperon di Pulau Reunion di Lautan Hindi baru-baru ini disahkan oleh pakar antarabangsa sebagai serpihan daripada MH370, pesawat Boeing 777 MAS, yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, pada 8 Mac tahun lepas.
Chai berkata, majalah Perancis itu sebaliknya perlu bersimpati dan memahami kesedihan yang dialami sanak saudara dan sahabat handai 239 penumpang serta anak kapal
terbabit. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 6:58 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69114#sthash.S9KmnMtL.dpuf

No comments:

Post a Comment