Wednesday, August 12, 2015

Jumpa muqaddam di Reunion

Saint Andre: Satu naskhah muqaddam dijumpai penduduk Pulau Reunion di lokasi penemuan serpihan pesawat di kawasan pantai timur pulau berkenaan, semalam.
"Ia mungkin teks dari Malaysia, Indonesia atau Brunei di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam,” kata seorang wartawan Malaysia ketika ditanya pemberita tempatan mengenai buku yang bersalut plastik itu.
Sementara itu, Kerajaan Perancis terus menambah jumlah helikopter dan kapal terbang yang meninjau di udara Pulau Reunion manakala bot
meninjau di laut sebagai usaha mencari serpihan pesawat MH370.
“Atas arahan presiden dan Perdana Menteri Perancis, adalah diputuskan untuk menghantar aset tambahan maritim dan pasukan udara bagi mengesan serpihan di sekeliling Reunion," kata Menteri Pertahanan, Pengangkutan dan Laut dalam kenyataan bersama. - The Telegraph
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 3:38 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69107#sthash.Kz5qEk5v.dpuf

No comments:

Post a Comment