Lelaki baiki sendiri jalan rosak
HYDERADAB - INDIA. Seorang lelaki, Gangadhara Katnam yang berusia 66 tahun mengambil inisiatif sendiri untuk membaiki jalan raya yang berlubang dan rosak di negeri Hyderadab, India.
Memetik laporan Odditycentral.com, Katnam telah membaiki lehih 1,000 jalan di negeri tersebut.
"Misi saya ialah memperbaiki sebanyak mana jalan raya yang rosak," katanya.
Katnam yang digelar sebagai 'doktor jalan' di Hyderadab telah melakukan 'pekerjaan' ini sejak 2011, dengan cara mengelilingi jalan di negeri itu setiap hari untuk mencari kerikil di pinggir jalan, selain telah menghabiskan wang pencennya untuk membeli peralatan serta bahan lain bagi membaiki jalan.
Sementara itu, ketika ditanya kenapa dia melakukan kerja amal itu, Katnam berkata dia melakukan 'pekerjaan' itu kerana pernah mengalami mimpi ngeri ketika menggunakan jalan raya yang rosak.
"Saya sedang memandu dan kereta saya jatuh ke dalam lubang dijalan hingga memercikan air lumpur kotor kepada pelajar sekolah. Kemudian beberapa kecelakaan lain berlaku di pelbagai tempat.
"Dan saya melihat empat kemalangan hingga ada yang terbunuh . Saya merasa ngeri dengan apa yang saya lihat dan saya menyedari bahawa jika seseorang menutup lubang di jalan maka semuanya boleh diselamatkan," tuturnya.
Katnam memutuskan untuk melakukan pekerjaan ini sendirian. Dia hanya dibantu kereta kesayangannya untuk membawa kerikil serta bahan lain. Kemudian, setiap kali dia menjumpai jalan yang berlubang, dia terus baikinya.
No comments:
Post a Comment