Saturday, October 31, 2015

Mahkamah Timbang Tara ada kuasa



PEMANDANGAN pulau Spratly dari pulau Pagasa, Filipina kelihatan aktiviti pembinaan yang sedang dilakukan oleh China. - REUTERS


THE HAGUE, Belanda – Mahkamah Tribunal Antarabangsa memutuskan pihaknya mempunyai kuasa untuk mendengar kes yang dibawa oleh Filipina mengenai pulau Spratly yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.
Kerajaan Filipina dilihat bertegas terhadap Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut sehingga menimbulkan Beijing.
Bagaimanapun, China menolak untuk menyertai prosiding itu ke­rana menganggap Mahkamah Timbang Tara PBB yang berusia lebih satu abad berpangkalan di sini itu tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes tersebut.
“Selepas mengkaji tuntutan yang dihantar oleh Filipina, mahkamah tribunal menolak hujah China bahawa pertikaian mengenai kedaulatan ke atas pulau di Laut China Selatan itu di luar bidang kuasa tribunal,” kata mahkamah itu dalam satu kenyataan.
China menegaskan pihaknya mempunyai hak kedaulatan hampir seluruh Laut China Selatan yang merupakan laluan air strategik kerana kebanyakan kapal yang membawa minyak di seluruh dunia menggunakan laluan tersebut.
Pertikaian perairan itu turut dituntut oleh Vietnam, Malaysia, Fili­pina, Taiwan dan Brunei sekali gus menjadi pentas perebutan untuk menguasai rantau itu.
Berikutan kawalan kapal tentera Filipina yang lemah, pada tahun 2012 China berjaya mengawal kawasan itu yang sememangnya kaya dengan sumber perikanan.
Kawasan berkenaan yang dikenali sebagai Scarborough Shoal terletak dalam lingkungan zon eksklusif ekonomi (EEZ) di Filipina.
Malah, China kini turut melaksanakan kerja-kerja penambakan secara besar-besaran di kawasan itu sekali gus menyebabkan Filipina bimbang China membina pulau buatan dengan menempatkan pos-pos tentera yang terletak hampir dengan Filipina.
Mahkamah tribunal yang ditubuhkan pada tahun 1899 itu akan memulakan pendengaran secara tertutup dengan keputusan dijangka diumumkan tahun depan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3q5l7It1F 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment