Saturday, October 31, 2015

Vape hasilkan ubat pengawet mayat


Hilmi menunjukkan rokok elektronik atau vape yang akan dikawal penggunaannya.


BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan mengesahkan penggunaan cecair di dalam rokok elektronik atau vape yang dibakar melebihi lima voltan berupaya menghasilkan ubat pe­ngawet mayat dan cuka getah yang menjadi punca utama penyakit kanser kepada penggunanya.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, menerusi kajian yang dilakukan, vape mengandungi propylene glycol atau bahan yang digunakan untuk menghasilkan wap yang banyak termasuk mempunyai cecair nikotin.
Menurut beliau, penggunaannya bukan sahaja boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan malah menghasilkan bahan kimia menerusi pembakaran menggunakan bateri.
“Kalau rokok mengandungi 87 bahan yang menyebabkan kanser tetapi vape, bila kita bakar menggunakan bateri melebihi lima voltan, cecair itu akan menjadi panas lalu membentuk formaldehyde iaitu ubat pengawet mayat dan cuka getah,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3q5lM4gIX 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment