Friday, November 20, 2015

'Awat YB teriak'

Georgetown: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Dr Norela Ariffin daripada PKR menangis ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini kerana kecewa dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwanya mengabaikan kawasannya.
Norela berkata, beliau sedih kerana kerajaan negeri tidak mahu memahami masalah dialami penduduk di 28 kampung dalam kawasan DUN Penanti.
Katanya, setiap soalan yang ditanya dalam Sidang DUN sejak Isnin lalu tidak dijawab, sebaliknya ia ditolak daripada satu EXCO kepada EXCO kerajaan negeri yang lain.
  "Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan. Tahukah kerajaan negeri bahawa saya membawa suara orang kampung yang mana di kawasan kami tidak ada kemudahan seperti di kawasan lain," katanya.
  Norela berkata, DAP sebagai parti demokratik sosialis harus memahami masalah rakyat bawahan dan penduduk kampung, namun perkara itu tidak berlaku di Penanti.
  "Apa yang saya hendak cakap kepada orang kampung nanti?. Masalah banjir lumpur tidak diselesaikan, kilang haram, jeti tidak dilengkapi kemudahan asas yang masih gagal digunakan nelayan. Saya bawa suara orang kampung, kenapa kerajaan negeri tidak mahu faham dan mengabaikan Penanti," katanya.
Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) kemudian bangun dan memberi sokongan kepada Norela sambil mendakwa itu adalah realiti dihadapi penduduk di negeri ini di bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan DAP.
Namun, susulan sokongan dikemukakan Roslan, wakil kerajaan negeri lain marah dan berlaku pertengkaran hingga terpaksa ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Makhtar Shapee.
Kritikan Norela itu turut menerima reaksi kurang senang daripada Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Kassim.
Abdul Malik (PKR-Batu Maung) berkata, tuduhan Norela tidak adil kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng ada memperuntukkan belanjawan khusus kepada Permatang Pauh.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 9:57 PM


Norlela ketika sidang DUN Pulau Pinang, hari ini. FOTO Mikail Ong
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94289#sthash.6ddGHSwa.dpuf

No comments:

Post a Comment