Friday, November 20, 2015

Indonesia bebas pemimpin pemisah Papua

Abepura, Indonesia: seorang pemimpin pemisah Papua dibebaskan dari penjara semalam selepas lebih sedekad berada di sebalik tirai besi.
Perkembangan terbaru itu menunjukkan Indonesia mungkin mengurangkan tekanan terhadap wilayah bergolak berkenaan.
Filep Karma, pemimpin politik Papua paling utama yang dipenjarakan selepas didapati bersalah cuba melancarkan gerakkan kemerdekaan.
Pemimpin berusia 56 tahun itu melangkah keluar dari penjara dengan disambut penuh emosi beratus-ratus penyokongnya.
Pembebasannya tertangguh selama beberapa bulan selepas dia enggan mengaku bersalah, antara syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa bersetuju mengurangkan hukumannya kerana berkelakuan baik. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 5:32 AM


FILEP yang berada dalam kereta bersalam dengan penyokongnya selepas dibebaskan dari penjara di Jayapura, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94371#sthash.cuVmv2C9.dpuf

No comments:

Post a Comment