Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir berhubung kenyataannya mengenai isu menyalahgunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94261#sthash.oS2rYIlP.dpuf
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Jamil Khir mendakwa Akmal dengan berniat jahat ada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya kepada umum melalui laman sosial Facebook NOW pada 13 November lalu.
Beliau mendakwa pihaknya sudah mengeluarkan kenyataan media pada 14 November lalu bagi menafikan pernyataan fitnah itu dan menuntut Akmal mengemukakan permohonan maaf.
Jamil Khir mendakwa akibat dari kenyataan fitnah itu, nama baik, reputasi dan maruahnya tercemar dan masyarakat akan berpandangan buruk terhadapnya.
Oleh itu, beliau memohon perintah injunksi bagi menghalang Akmal atau melalui agen mengeluarkan, menerbitkan atau mengedarkan sebarang material sama ada secara maya atau cetak mengenai plaintif.
Selain itu beliau menuntut ganti rugi am, teruk, pengajaran serta permintaan maaf.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 4:24 PM
No comments:
Post a Comment