Friday, November 20, 2015

Lelaki dicari polis Sweden

Stockholm: Polis Sweden semalam mengenal pasti seorang suspek yang diburu selepas negara itu mempertingkatkan penilaian ancaman keganasannya kepada tahap tertinggi.
Gambar suspek dikenal pasti sebagai Mutar Muthanna Majid diedarkan kepada polis di seluruh negara. Media Sweden menyiarkan gambar yang tidak jelas menunjukkan seorang pemuda berjanggut dan tersenyum.
Jurucakap polis Malin
Nafver berkata: “Inilah gambar digunakan dalam siasatan kami.”
Rangkaian televisyen SVT memetik sumber polis berkata, suspek berasal dari Iraq dan berusia 25 tahun.
Polis menambah anggotanya di lokasi awam dan strategik seluruh negara, termasuk bangunan kerajaan, kedutaan asing dan beberapa pejabat media.
Jurucakap pihak berkuasa pengangkutan awam Stockholm Christian Hoffmann berkata, jumlah pengguna kereta api dan kereta api bawah tanah nampak berkurangan di ibu negara itu.
Rabu lalu, polis menaikkan tahap penilaian ancaman terhadap Sweden daripada satu kepada lima yang menunjukkan risiko tinggi serangan. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 5:35 AM


GAMBAR disiarkan media Sweden.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94377#sthash.OEqKTxJG.dpuf

No comments:

Post a Comment