AYER KEROH - Kegembiraan Hasrolnizam Haron, 28, dan isterinya, Norhidayah Nasarudin, 27, memperoleh cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga setahun lalu direntap apabila menerima perkhabaran anak yang dilahirkan mengalami penyakit paru-paru kronik.
Lebih menyedihkan, bayi yang dilahirkan pramatang itu, Nur Uzma Hanania, turut disahkan mempunyai masalah jantung berlubang dan penyakit saraf mata sehingga boleh menjejaskan penglihatannya sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Menurut Hairolnizam, meskipun dia dan isterinya sangat sedih menghadapi keadaan itu, namun mereka terpaksa tabah menghadapi dugaan dan berusaha sehabis daya untuk mendapatkan dana merawat penyakit anaknya.
Katanya, dia kini buntu kerana kos yang perlu ditanggung di luar kemampuan mereka.
“Kami perlukan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk kos suntikan khas dinamakan Palivizumab bagi bayi kami.
“Suntikan tersebut bagi mengelakkan anak saya terkena komplikasi paru-paru dan ia perlu dilakukan sebanyak lima kali dengan kos RM4,000 setiap kali mengambil suntikan,” katanya yang menetap di Kampung Sempang, Merlimau.
Kata Hairolnizam, sepatutnya suntikan itu perlu diberi segera tetapi dengan pekerjaannya sebagai buruh dan pendapatan tidak menentu, mereka tidak mampu untuk membiayainya.
Katanya, ketika anaknya dilahirkan di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, bayi berkenaan hanya seberat 0.65 kilogram sehingga terpaksa ditempatkan di dalam inkubator dengan bantuan alat pernafasan sehingga usianya mencecah empat bulan dan kini beratnya 1.75 kilogram.
“Selain masalah paru-paru, dia juga berdepan masalah saraf mata dan pada masa sama terpaksa menjalani rawatan laser di hospital berkenaan.
“Anak saya perlu mendapatkan suntikan tersebut segera kerana selagi tidak dilakukan dia akan mengalami masalah pernafasan seperti berbunyi ketika bernafas, sering batuk, cepat lelah dan kerap menangis,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata, dia merayu sumbangan orang ramai supaya dapat menghulurkan bantuan bagi menampung kos suntikan yang diperlukan berjumlah RM20,000.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 154026795992 atas nama Hasrolnizam Haron.

No comments:
Post a Comment