Saturday, November 28, 2015

Nurul Izzah beri keterangan, polis buka kertas siasatan



NURUL IZZAH berjalan keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam selepas memberi keterangan berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram di Filipina.


KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam untuk merekod keterangan beliau berhubung tindakannya bertemu dengan puteri Jamalul Kiram III, Jacel Kiram di Filipina baru-baru ini.
Nurul Izzah yang memasuki Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada pukul 3.35 petang sebelum dilihat keluar kira-kira pukul 5 petang.
Difahamkan proses merekod ke­terangan itu berjalan dalam tempoh kira-kira satu jam.
Ketika ditemui pemberita, Nurul Izzah berkata, pertemuan dengan Jacel bukannya dirancang sebaliknya ia secara kebetulan ketika dia menyertai satu majlis makan malam anjuran Institut Demokrasi Asia di Pejabat Timbalan Presiden Filipina dan Datuk Bandar Filipina.
“Saya memohon maaf dan kesal gambar yang dimuat naik itu mengguris perasaan keluarga mereka yang terkorban semasa insiden di Lahad Datu,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3sjUxUTMA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment