Tuesday, November 24, 2015

Hasil cukai negara meningkat



JABATAN Audit Negara di Putrajaya mendapati kerajaan Persekutuan mengutip hasil sebanyak RM220.63 bilion pada 2014 berbanding RM213.370 bilion pada tahun sebelumnya. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan mengutip hasil berjumlah RM220.63 bilion pada 2014 meningkat sebanyak RM7.256 bilion atau 3.4 peratus berbanding RM213.370 bilion tahun sebelumnya.
Hasil cukai dan terimaan bukan hasil menunjukkan peningkatan manakala hasil bukan cukai serta hasil Wilayah Persekutuan menunjukkan penurunan, demikian menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar mengenai laporan Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2014 serta Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3sNqLmJD7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment