Apabila Hafsah binti Umar menjadi janda, Umar al-Khattab telah cuba untuk memadankannya “dengan beberapa orang sahabat dan antaranya Uthman bin ‘Affan. Tetapi, Uthman menolaknya kerana belum bersedia untuk berkahwin,
Lalu, Umar bertemu dengan Abu Bakar dan menyatakan cadangannya. Namun, Abu Bakar berdiam diri tanpa memberikan apa-apa jawapan. Umar berasa tidak senang dengan Abu Bakar kerana sepi tanpa berita. Tidak lama selepas itu, Rasulullah s.a.w. datang melamar Hafsah. Pucuk dicita ulam mendatang, lamaran Rasulullah s.a.w. telah diterima lalu bersatulah antara seorang Rasul dengan seorang srikandi bernama Hafsah.
Selepas epas itu, Abu Bakar berjumpa Umar dan memberitahu: “Mungkin engkau berasa tidak senang denganku kerana tidak memberikan respons terhadap cadanganmu.” Umar mengakui: “Ya.
”Abu Bakar menjelaskan: “(Sebenarnya) perkara yang menghalang aku untuk menjawab permintaan kamu adaah kerana aku telah mengetahui bahawa Rasuiullah s.a.w. telah menyebut-nyebut nama Hafsah. Aku tidak mahu membuka rahsia Rasulullah s.a.w.Seandainya Rasulullah s.a.w. tidak menerima Hafsah, nescaya aku menerima tawaranmu.”(Riwayat al-Bukhari,no. 5122)
No comments:
Post a Comment