Tuesday, November 24, 2015

Tokoh Islam Yang Terulung




Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah merupakan nama yang tidak asing lagi bagi pendakwah dan pencinta As-Sunnah Rasulullah S.A.W, sumbangannya sangat besar dalam meneruskan kesinambungan  dalam usaha memelihara dan mendakwahkan As-Sunnah Rasulullah S.A.W kepada umat manusia di samping menangkis dan menjaga As-Sunnah daripada sebarang kepalsuan.
Peribadi Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah
Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Abd Al-Halim bin Ab Al-salam Al-Harani. Beliau merupakan imam Mujtahid yang dilahirkan pada tahun 661 hijrah dan wafat pada tahun 728 hijrad di Damsyik. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pendakwah yang berusaha mempelajari ilmu-ilmu agama sehingga bergelar pakar dalam bidan keilmuan. Antara kepakaran beliau adalah dalam bidang usul, hadis, tafsir, fiqah, bahasa, syariat, mantik, falsafah, keagamaan dan pelbagai lagi. Beliau merupakan ulama Islam yang banyak berkarya. Dikatakan beliau mempunyai lebih daripada 300 buah karya mengenai Islam dan kitab beliau yang tersohor ialah Majmu Al-Fatwa.
Kepujian Berdakwah
Al-Hafiz Al-Zahabi Rahimahullah, seorang tokoh agong dalam Ilmu Hadis, merupakan murid Ibn Taimiyyah. Beliau menyenaraikan Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya yang bertajuk Tazkirah Al-Huffaz, memuji Ibn Taimiyyah dengan pujian yang hebat serta menggelarnya dengan gelaran Sayikhul Islam. Beliau berkata :
“Ibn taimiyyah, seorang syeikh, Imam, Al-Allamah(sangat alim), Al-Hafiz(dalam hadis), seorang kritis, mujtahid, penafsir Al-Quran yang mahir, beliau adalah Syaikhul Islam dari lautan ilmu, dari para cendiakawan, dari golongan zuhud yang sukar dicari, dari tokoh-tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang.” [Buku Himpunan Risalah Dalam beberapa Persoalan Ummah (Buku 3) edisi e-book, Hafiz Firdaus Abdullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu, 2005, mukasurat 115)].
Pujian Al-Imam Al0Subki Rahimahullah, iaitu seorang ahli tafsiran dan pendebat terkemuka bermazhab Syafi’e. Berkata mengenai Ibn Taimiyyah semasa menjawab surat gurunya, Al-Hafiz Al-Zahabi yang memarahinya atas perkataannya terhadap Ibn taimiyyah sebelum ini yang dia berkata :
“Adapun apa yang tuan katakan mengenai Al-Syaikh Taqiyuddin (Ibn Taimiyyah), maka hamba ini telah pasti ketinggian kemampuannya, limpahan dan keluasan lautan ilmunya dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan akal. Kehebatan dan kebijaksanaan dan ijtihadnya juga dia mencapai kesemua itu lebih daripada yang disifatkan. Hamba sentiasa mengakuinya. Ibn Taimiyyah pada diri ini lebih besar dan mulia dari segalanya. Dengan apa yang telah Allah himpunkan padanya dari sifat zuhud, warak, kuat beragama, membela dan menegakkan agama Islam semata-mata kerana Allah. Dia melalui perjalanan ulama salaf dengan sepenuhnya, sangat asing  orang sepertinya pada zaman ini bahkan dimana-mana zaman pun.”
[Nukilan daripada buku Menangkis Pencemaran Terhadap Agama Dan Tokoh-Tokohnya, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Karya Bestari Sdn Bhd, Selangor, 2005), Mukasurat 123]

Oleh itu, beberapa kepujian dan pengiktirafan yang diberikan kepada beliau oleh ulama-ulama Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah terhadap Sayikhul Islam Ibn Taimiyyah. Maka demikianlah kepujian keatas beliau dalam menegakkan agama Islam. Namun begitu, masih ada segelintir umat manusia, yang berusaha mencemari kesucian hadis dan As-Sunnah Rasulullah S.A.W dan begitu zalim memerangi dakwah Syaikhul Islam. Walaupun perjuangan beliau diperangi dengan fitnah dan tomahan, telah menjadi satu contoh kepada umat Islam tentang kesungguhannya memperjuangkan agama Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir.

No comments:

Post a Comment