Friday, July 1, 2011

Latihan tentera di Laut China Selatan rutin




BEIJING 30 Jun - China menyifatkan siri latihan tentera lautnya, baru-baru ini sebagai 'rutin' dan tidak ada kaitan dengan ketegangan yang berlarutan di Laut China Selatan, melibatkan beberapa negara jiran dalam tuntutan wilayah bertindih.Jurucakap Kementerian Pertahanan, Yang Yujun menggesa media supaya tidak membuat spekulasi mengenai tujuan latihan itu apabila beliau ditanya mengenai enam latihan yang dijalankan oleh tentera laut China pada bulan ini, termasuk latihan bersama Vietnam di Teluk Tonkin."China berharap semua pihak akan melihat latihan rutin yang dijalankan oleh tentera laut China secara objektif dan rasional," kata Yujun, yang dilapor oleh agensi berita Xinhua, semalam.Katanya, China berharap semua negara yang terlibat dalam pertikaian wilayah di Laut China Selatan 'mengutamakan keamanan dan kestabilan rantau ini dan meningkatkan sumbangan' ke arah mencapai matlamat itu.China, Filipina, Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan mempunyai tuntutan bertindih ke atas beberapa bahagian wilayah di Laut China Selatan, yang dipercayai kaya dengan sumber minyak dan gas dan menjadi laluan perkapalan penting bagi perdagangan global.Filipina dan AS, kelmarin melancarkan latihan bersama tentera laut selama 11 hari di perairan Filipina berhampiran Laut China Selatan.Di Manila semalam, kerajaan Filipina mengumumkan akan mengeluarkan lebih banyak permit kepada syarikat swasta untuk mencari gali minyak dan gas di laut tersebut.Sejumlah 15 kontrak cari gali akan ditawarkan hari ini, kebanyakannya untuk blok luar pesisir di perairan Pulau Palawan, barat Filipina, menurut Jabatan Tenaga dalam satu kenyataan.Jabatan itu tidak memberikan butir lanjut selain berkata, blok-blok itu termasuk Palawan Timur iaitu bahagian di dasar Laut China Selatan, serta Palawan Barat Laut dan lembangan Laut Sulu."Pemberian kontrak itu dijangka menarik pelaburan dalam aktiviti cari gali minyak dan gas yang akan menyumbang kepada pencapaian sasaran negara ini untuk memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaganya," menurut jabatan itu. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment