SAN FRANCISCO 6 Okt. - Institut Teknologi Massachusetts (MIT) berjaya menghasilkan jaket khas yang membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpelukan antara satu sama lain tidak kira berapa jauh jarak mereka.
Gambar jaket yang diberi nama Like-A-Hug itu disiarkan semalam di dalam laman web perekanya, Melissa Kit Chow, berfungsi dengan cara mengembung seolah-olah berpeluk apabila pemakainya menekan butang Like pada setiap komen atau ulasan di dalam laman sosial itu.
Menurut laman web itu lagi, Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT bagi menghasilkan jaket hitam berkenaan.
"Like-A-Hug membolehkan pelukan dibuat melalui Facebook, membuatkan kita merasa dekat walaupun sebenarnya jauh," kata Chow yang mengulas rekaannya itu.
Sekiranya penghantar pesanan dan penerima memakai Like-A-Hug, mereka boleh saling berpelukan antara satu sama lain.
Chow yang berkelulusan dari Sekolah Rekaan Harvard menggambarkan dirinya seorang yang peka dengan interaksi sekeliling setiap hari bagi membangkitkan pengalaman sentuhan semula jadi. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121007/lu_03/Jaket-untuk-pengguna-Facebook-berpeluk#ixzz28bdLbyH1
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment