Thursday, May 2, 2013

Ramai tokoh politik Aceh tak fasih al-Quran



 
Banda Aceh: Berpuluh-puluh calon perbandaran yang bakal mengisi 81 kerusi dewan undangan negeri wilayah Aceh pada pilihan raya umum 2014 gagal dalam ujian membaca al-Quran, salah satu syarat wajib di bawah undang-undang kecil tempatan untuk bertanding merebut jawatan kerajaan.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Aceh (KIP), Akmal Abzal, berkata 42 daripada 1,231 orang daripada 12 parti politik gagal dalam ujian itu.
Enggan dedah

“Cuma ada tiga parti politik yang semua anggotanya lulus ujian kefasihan al-Quran 100 peratus,” katanya kepada Jakarta Globe kelmarin.

Akmal, yang juga pengerusi jawatankuasa ujian, bagaimanapun, enggan mendedahkan nama ahli politik yang gagal atau parti politik yang dianggotai mereka, atas alasan etika.

“Satu perkara yang pasti, ada calon parti Islam tidak boleh membaca al-Quran. Ada juga calon daripada parti tempatan,” katanya.

Pilihan raya umum 2014 menyaksikan 15 parti mengambil bahagian di Aceh, termasuk tiga parti tempatan, Parti Keamanan Aceh (PDA), Parti Kebangsaan Aceh (PNA) dan Parti Aceh (PA).
Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang membenarkan menubuhkan parti tempatan dan mewajibkan ujian kefasihan al-Quran kepada calon. - AGENSI

Masjid di Hujung Dunia (Mosque at the End of the World) -



Antara Masjid Tersejuk di dunia. Juga dikenali sebagai masjid di hujung dunia.



MASJID ini terletak di Bandar Inuvik, lebih kurang 200 kilometer dari Kutub Utara. Kota yang terletak di barat laut Kanada, dengan diduduki sekitar 3,700 orang dan sekitar 80 orang daripada mereka ialah Muslim. Sebahagian besarnya terdiri daripada orang Arab.

Uniknya masjid ini dibina dahulu di tempat lain sebelum diangkut sejauh 4,000 kilometer melalui jalan darat dan sungai ke bandar ini.

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu.

Pada bulan Ogos 2010, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave.

Bangunan itu kemudiannya dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke bandar Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Masjid ini telah dibuka secara rasmi pada 10 November 2010 sebagai keperluan untuk jemaah yang terdiri daripada imigran dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik..

ini kalilah

menuju putra jaya

ini kalilah

KANTOI ! UNDI BN...DAPAT KILANG ARAK CAP SAN MIGUEL...?!!! Kempen 'Tak mau kilang arak' cemaskan Mukhriz

Mereka berkorban untuk PR : Terharu aku tengok

Sunday, April 28, 2013


Biarlah gambar berbicara, mereka bukan islam, mereka bukan melayu tetapi mereka sanggup bersusah payah menaikkan bendera parti yang selama ini ditakut takutkan oleh pimpinan UMNO-BN kepada kaum India. Sampai bila BN nak main sentimen dan pengasingan suara politik mengikut perkauman? Sampai bila? Ini contoh politik rakyat yang takan diajar oleh mana mana pemimpin politik sekali pun. Mereka bangkit menolak politik perkauman dan menolak parti2 politik yang hanya untuk mewakili kaum sahaja.. Mereka nak politik yang mewakili rakyat berbilang kaum. Sebab itu rakyat menyokong PAS, DAP dan PKR.. Tiada perbezaan kaum kerana mereka juga rakyat Malaysia, dan mereka juga ada hak menentukan masa depan Malaysia yang bebas dari perpecahan kaum..
Biarlah gambar berbicara, mereka bukan islam, mereka bukan melayu tetapi mereka sanggup bersusah payah menaikkan bendera parti yang selama ini ditakut takutkan oleh pimpinan UMNO-BN kepada kaum India.

Sampai bila BN nak main sentimen dan pengasingan suara politik mengikut perkauman? Sampai bila?

Ini contoh politik rakyat yang takan diajar oleh mana mana pemimpin politik sekali pun. Mereka bangkit menolak politik perkauman dan menolak parti2 politik yang hanya untuk mewakili kaum sahaja.. Mereka nak politik yang mewakili rakyat berbilang kaum.

Sebab itu rakyat menyokong PAS, DAP dan PKR.. Tiada perbezaan kaum kerana mereka juga rakyat Malaysia, dan mereka juga ada hak menentukan masa depan Malaysia yang bebas dari perpecahan kaum..
sumber : Orenji Ren Oren's photo.

Yang Cacat, Kurang Upaya, Bukan Islam Gagahkan Diri Bantu PAS,

29 Apr 2013
Yang Cacat, Kurang Upaya, Bukan Islam Gagahkan Diri Bantu PAS, 
Cabaran kepada pemuda2 PAS yang Sihat dan sempurna sifat

Musa Hassan kini penasihat Majlis Keselamatan Pakatan

29 Apr 2013


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kini menyertai Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat sebagai penasihat ekoran berlakunya banyak insiden keganasan politik di seluruh negara ini akhir-akhir ini.

Dalam kenyataan bersama dengan Musa, bekas ketua turus tentera darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga calon Pakatan di Parlimen Johor Bahru berkata, beliau secara peribadi menawarkan jawatan itu kepada Musa.

"Sebagai pihak yang menghabiskan sebahagian besar hidup kami melindungi dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia untuk memastikan keselamatan dan keselamatan di negara kita, kami berharap keganasan politik tiada tempatnya lagi dalam proses demokrasi kita," kata Hashim (kanan).

Bantuan bujang 1malaysia

Terharu Lihat Gambar Ni : Perbezaan Pemimpin UMNO dulu Dan Sekarang

Wednesday, May 1, 2013


Gambar Atas..Di Zaman Tengku Abdul Rahman..manakala gambar Bawah.kereta PM sekarang..

Bukti UMNO mengamalkan Politik Suku Agama Suku. Apa hukumnya ?

Rabu, 1 Mei 2013
Bukti lagi parah....bagaimana dikatakan mahu menjaga aqidah umat Islam kalau tidak mahu menggunakan walau sepotong pun ayat Al-Quran sebagai panduan? Bukankah al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan kepada umat Islam termasuk kepada parti Islam dan orang-orang Islam?

Kalau begitulah rupa dan gayanya Umno buat kerja politiknya maka tidak peliklah selama ini Umno sentiasa buat kerja yang mengarut, melampau, sesat barat yang banyak menyalahi hukum-hakam Islam dalam mentadbir negara!

Nampaknya Setiausaha Agung Umno ini masih berbelit dan dibelit oleh pegangan "Politik Suku Agama Suku" Kesian !!!

Tak Nak BN....#TumbangBN #No2BN
PRU 13 nnt ☒ PAS ☒ PKR ☒

Dakwat luntur, pegawai TUDM buat laporan polis.

Rabu, Mei 01, 2013


KEPALA BATAS: Seorang Pegawai TUDM Mejar Zaidi Ahmad, membuat laporan polis ekoran dakwat yang dicalit dijarinya sewaktu mengundi awal semalam, hilang apabila dibasuh.

Zaidi yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara DiRaja Malaysia Butterworth, berkata, beliau terkejut apabila mendapati dakwat di jari telunjuk tangan kirinya luntur dan kemudianya hilang apabila dibasuh dengan air sabun.

Begitu juga dakwat yang dicalit pada tangan isterinya Shafinah Abdul Hamid turut luntur apabil dibasuh dengan sebuk pencuci pinggan magkuk.

Mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai, Seberang Perai Utara pada pukul 10.58 pagi tadi.

Seorang lagi yang turut membuat laporan polis ekoran kejadian serupa adalah Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim.

"Selepas menjalankan amanah sebagai pengundi pada pukul 12.30 tengahari dan balik mencuci untuk melihat sendiri adakah dakwat tersebut kekal ataupun tidak. Dalam pukul 1.00 tengahari ianya terjawab, " katanya pada media.

Kesediaanya membuat lapuran polis sambungnya, membuktikan dirinya telus, berani mendedahkan ekoran itulah prinsip ketenteraan.

Beliau juga menyeru rakanya dalam TUDM khasnya, tampil membuat lapuran polis berkaitan isu tersebut jika mengalami keadaan sama.

"Rakan yang lain jangan bimbang kerana kita diajar berani kerana benar, " jelasnya.

Majer Zaidi menambah, isterinya bertindak demikian tetapi agak lewat iaitu kira-kira jam 8.00 malam.

Banner terbaik

Wednesday, May 1, 2013


Fitnah tu biar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan ...buat derkk jer. Kita kena cerdik. Tolak maki hamun
Pas for All . Sampai mati kita akan sokong PAS

50 tahun lebih umno memerintah...

Photo

Tengah buat apa tu Bro? Pemuda PAS ke ni?

Rabu, 1 Mei 2013


Kalau ya pun tukarlah t-shirt free tu dulu.
Duk tengah layan stim dadah tu???????? perghhhhhhhhhhh....

PUAK-PUAK UMNO LALOK NI LA YG SELALU DIUPAH KACAU CERAMAH PR...Sebelum buat kacau perkena dulu satu tiub baru ada power boh..

PRU13 sewa khas flight

Pengundi hantu

Ini kalilah!

From Kampung Baru Live now. Solat Hajat kemenangan PR sebentar tadi. Ya Allah berilah kemenangan kepada kami.

PARLIMEN P122 SEPUTEH SAH MILIK MCA/BN?????

Wednesday, 1 May 2013
PARLIMEN P122 SEPUTEH SAH MILIK MCA/BN?????... CERAMAH ANJURAN DAP DI SERI SETIA, KUALA LUMPUR, MALAM INI, HAMBAR, LENGGANG DAN SUNYI SEPI...SEKITAR TAK SAMPAI 100 ORANG HADIR!!!!

Fitnah Tanah RM 10 Juta Ibrahim Ali Terhadap TGNA Dijawab..

Wednesday, May 1, 2013


Isu Tanah RM10 juta : Bunga Raya Layu Sebelum Kembang

Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong. Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.

Saya kira Ibrahim Ali tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia.

Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi. Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan. Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?

Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007. Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).

Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera. Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini.

Berasaskan kepada fakta0fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.

Dengan penjelasan ini, saya kira kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh calon Bunga Raya tersebut dapat dijernihkan. Seeloknya saya nasihatkan calon Bunga Raya agar dapat mencari strategi yang lebih bersih dan jernih untuk menang. Janganlah pula kerana maruah jatuh di mata Tun Mahathir kerana hanya berjaya mengerah 200 orang sahaja dua hari lepas, beliau meracau bagaikan hantu raya mencari mangsa sehingga terlupa telur yang ditelan ialah telur buaya bukannya telur ayam.

Sekian.

Ahmad Fadhi bin Shaari,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Sketsa Ringkas Penyokong Tegar Umno Yang Ketinggalan Bas

Rabu, 1 Meil, 2013

SALURAN SATU:Sketsa PRU13 - Jenayah UMNO paling jahat adalah memperbodohkan pakcik ni !

Pakcik nie penyokong tegar UMNO. Dia bagitahu kat bakal ADUN (N26 Bangi), bahawa Kelantan tak maju sampai sekarang. Bila ditanya bila kali terakhir dia(pakcik) ni pergi Kelantan, dijawabnya kali terakhir tahun 1980.

Bila bakal ADUN Pakatan Rakyat(PAS) jawab Kelantan diperintah oleh PAS sejak 1990, dengan muka kelat terus dia masuk ke dalam rumah..

SABAH YANG KAYA RAYA

1.5.2013
SABAH YANG KAYA RAYA

Sejak menyertai Malaysia tahun 1963, Sabah tidak menikmati banyak pembangunan walaupun negeri berkenaan adalah antara yg terkaya dengan hasil bumi dan antara negeri yang terbesar di Malaysia. Di mana silapnya. Kemasukkan Umno ke Sabah hanya menambah luka dan menjadikan Sabah menerima lebih banyak kerugian dimana Yayasan Sabah yang selama ini menjadi penyumbang besar kepada kebajikan rakyat termasuk bantuan penuh di Sekolah2 dikawal oleh Kerajaan Negeri yg dimonopoli Umno. Dana besar milik Yayasan Sabah dipergunakan utk membantu dana Umno-BN di Semenanjung......

Ingat lagi, masa sekolah rendah dulu....anak2 Sabah hanya perlu daftar dan hadir ke sekolah, kerana Yayasan Sabah telah mbekalkan pakaian, kasut, buku2 termasuk alat tulis, minuman dan lain2. Tapi bila Umno masuk Sabah, ke semua bantuan ini dihadkan...dan akhirnya dikurangkan.

Kini Sabah perlukan kepimpinan Politik Baru.....supaya hasil Minyak, Balak, dan lain2 dpt dipertingkatkan dan diberikan semula kepada rakyat.

p/s
Syed Abdullah Syed Hashim Memang akui. Keadaan Sekolah Kebangsaan Kalabakan, Tawau pada masa ini sama keadaannya dengan tahun 1989. Pertama kali aku ke sana 1989 dan kali kedua pada tahun 2006 dan aku termangu melihat keadaan sekolah yang tidak berubah. Apakan daya aku bukan wira hanya seorang hamba

Fitnah TG Nik Aziz: Ibrahim Ali Bunga raya aka Hanturaya diberi tempoh 24 jam tarik balik

Wednesday, 1 May 2013


KOTA BHARU: Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Bebas di parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluar dakwaan fitnah terhadap Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, tempoh 24 jam yang diberi semalam bagi membolehkan Presiden Perkasa itu memohon maaf dan menarik balik fitnah sudah berakhir.

“Tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya sebagai pemegang amanah sahaja kepada tanah yang dimilik agensi berkenaan,” katanya.

Sebelum ini Ibrahim mendakwa Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.

Pecah Berita! Tidak Di Bayar RM 20, Pondok Panas BN di Bakar Di Jengka Pahang!

Wednesday, May 1, 2013 


Kuala Lumpur - by @tiewnama
felda jengka pahang di kejutkan lagi dengan sabotaj oleh ahli BN kepada partinya sendiri,
mendapat khabar dari sana kes PEMBAKARAN pondok PANAS BN berlaku apabila
duit yang di janjikan untuk pemasangan BENDERA BN tidak di TEPATI malahan
telah di capatikan oleh pemimpin pemimpin BN di sana.

berikut temuramah ajensi berita fakap EP yang bergegas kesana untuk mendapatkan
kepastian penduduk di sana terhadap apa yang berlaku.

Dr @tiewnama - saudara, kenapa pondok panas BN ini tiba tiba terbakar?

Penduduk - saya tidak pasti, tapi ada yang kata kena bakar sebab duit pasang
bendera tidak dapat, dan ada pula kata janji nak bagi rm 80 satu malam, tapi
sudahnya hanya rm 20 saja dan minyak tanggung sendiri.

Dr @tiewnama - adakah anda tahu siapakah yang membakarnya?

Penduduk - tidak tahu.

Dr @tiewnama - apakah ini adalah sebahagian dari mukadimah sabotaj dan
khianat ahli terhadap parti BN sendiri?

Penduduk - kita kan semua tahu macamana ahli ahli Barisan Nasional ini, bagi
duit baru jalan, tak bagi duit tak jalan, tipu duit pondok panas la jalan.

Dr @tiewnama - jadi anda rasa Barisan Nasional ini memang parti penipu duit
budak pasang bendera?

Penduduk - dari dulu lagi lah bro, pusat bagi peruntukan rm 100k, sampai dekat
bahagian tinggal rm 60k, sampai ke cawangan rm 20k, sampai ke pemuda rm 1k,
sampai ke budak budak pasang bendera rm 20 sajalah. takkan itu pun awak tak
faham lagi?

Dr @tiewnama - owh.. kami faham.. terima kasih kerana sudi di temuramah oleh
kami atas kejadian bakar membakar ini..

Penduduk - sama sama, jangan lupa ''undi BN'' kay.
(SAMBIL MATA KE ATAS, TANGAN DI BAHU)

tiewnama - bagi duit baru jalan, tak bagi duit pondak panas pun jalan! kah3

Zambry Kadir anugerahkan Kroninya 50 Ekar tanah!

Dalam riuh rendah Pemimpin UMNO dan MCA menyerang pimpinan DAP kerana dikatakan telah mengeluarkan surat sokongan atau surat cadangan bagi membantu usaha memenangi kontrak dari kerajaan negeri Selangor, Pemimpin mereka sendiri telah mengangerahkan tanah kepada Kroni.

Menteri Besar Perak yang telah dilantik oleh Mahkamah Zambry Kadir dikatakan telah menyerahkan tanah seluas 50 ekar yang bernilai diantara RM6 Juta hingga RM8 Juta itu kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh kroni UMNO.

Ahli Parlimen Teja, Chang Lih Kang telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tanah yang terletak di Kampung Sungai Itek di Gopeng, Perak.

Sambil meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan Zambry itu , Ahli Parlimen Teja itu juga menggesa agar Zambry digantung keahliannya dari Jawatankuasa Tanah dan kelususan yang telah dikeluarkan itu ditahan sehingga siasatan selesai..

Tambahnya lagi " Disini (di Perak laa..)mereka hanya menganugerahkan tanah milik negeri kepada kroni mereka, tiada seorangpun dari mereka yang terfikir untuk menganugerahkan tanah kepada petani-petani yang telah mengusahakan tanah kerajaan selama lebih dari 20 tahun.

Zambry in hot soup for giving land worth RM6-8 mil to cronies
Malaysia Chronicle

Perak Mentri Besar Zambry Kadir has come under fire for alleged corruption after he gave a 50-acre piece of land worth between RM6 to 8 million to a company owned by an Umno crony.

The news comes amid a storm of Umno and MCA accusations against the DAP for issuing recommendation letters to help businesses win contracts from the Selangor state government.

“This is the biggest joke. Here they just hand over the state’s land to their cronies. Not once have they thought about the aqua farmers who have been toiling the land for more than 20 years,” Teja assemblyman Chang Lih Kang told Malaysia Chronicle.

Unkindest cut, and not the first time

Chang has lodged a complaint with the Malaysian Anti-Corruption Commission over the land in Kampung Sungai Itek in Gopeng, Perak. He has also demanded that Zambry be suspended from the Land Committee and that approval granted to the crony firm is immediately revoked pending investigations.

“This is the unkindest cut of all. Zambry not only ignored the claims of the farmers who have worked on land and contributed to the state’s economy all these years but he actually gave away the land to his cronies. It is a clear case of abuse of power,” said Chang.

The land is currently being cultivated by ornamental fish breeders and farmers, who have for years been applying for land titles from the state authorities but to no avail. When they found out about Zambry’s grant, they complained to their assemblymen.

Chang then raised the matter in the Perak state assembly and a written reply revealed that the land had been given to a company called Safura House of Diamond Sdn Bhd under the state’s Proper Village Planning Plan. A check with the Companies Commission of Malaysia showed that one of Safura’s shareholders is the deputy chief of Umno Gopeng.

“It is actually the second time this sort of shenanigan has taken place. The first scandal also took place in Kampung Sungai Itek, where the UMNO Gopeng division chief was given 10 lots of land in the planned village scheme,” said Chang.

More farmers are being evicted

He warned that if the federal authorities ignored the charges against Zambry and if the MACC delayed taking action, more farmers would be expelled from the land.

“Their livelihood will be badly affected. It is the duty of the government to care for the people and not grab their land from them and give to their friends and families,” Chang said.

"Through the years, the farmers in Sungai Itek have invested a lot of their savings and if they are evicted, they will have nothing. Even if Zambry offers compensation, the water quality might not be suitable for fishes. So what is going on, where are the priorities?”

Malaysia Chronicle

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/08/zambry-kadir-anugerahkan-kroninya-50.html

Bangla mai dah kat KLIA!!....

Around 400 Bangla, Myanmar are located at KLIA just now. They was guarded by Police and been located at secret place

GAMBAR PENGUNDI HANTU DI RAKAM DARI KLIA KE TERENGGANU!!


Posted by era pasca Wednesday, May 1, 2013 

Sebelum ini kita hanya melihat Zombie di Televisyen dan cerita di panggung wayang. Tapi kali ini anda boleh melihat sendiri ZOMBIE secara live !!!

Pagi ini admin digemparkan dengan sebuah berita mengenai Pengundi Hantu zombie yang telah pun tiba di Terengganu PAGI tadi sekitar Jam 6.30 pagi di sebuah hotel terkemuka di Terengganu.

Saksi cuba untuk masuk ke dalam hotel untuk bertanyakan kepada penumpang bas mengenai tujuan mereka datang ke Terengganu, namun gagal kerana mereka dikawal ketat oleh pihak polis. Yang lebih mencurigakan semua yang hadir itu adalah orang tua2. UMNO sudah makin pandai bermain helah dengan rakyat.

*akan diberitahu kelak apabila mendapat maklumat lanjut

Sumber : Terunasepi

Gambar Bas yang membawa pendundi hantu di ambil di sebuah hotel Terengganu. Gambar lain akan cuba di upload kemudian.

http://www.erapasca.com/2013/05/gambar-pengundi-hantu-di-rakam-dari.html

kerajaan cekik rakyat

3 anggota TUDM buat laporan polis

Kepala Batas: Tiga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Butterworth, dekat sini, membuat laporan polis berhubung isu dakwat kekal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Seberang Perai Utara (SPU), jam 10.30 pagi semalam.

Laporan itu dibuat bagi menyangkal dakwaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang mendakwa dakwat yang dicalit di atas jari setiap pengundi dapat bertahan tujuh hari. Bagaimanapun, Mejar Zaidi Ahmad, 45, mendakwa dakwat itu tanggal sejurus dia mencuci jarinya yang dicalit dengan dakwat menggunakan sabun pencuci pinggan.


“Saya membuang undi pada jam 12 tengah hari semalam (kelmarin). Selepas beberapa jam, saya ingin mencuba sama ada dakwat ini kekal atau tidak. Saya terkejut apabila mencuci dengan sabun basuh pinggan, dakwat itu hilang dan jari yang dicalit dengan dakwat berwarna merah saga itu menjadi bersih,” katanya.


Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim, 41, berkata, dia tidak takut membuat laporan polis itu kerana ia adalah tanggungjawabnya bagi memastikan proses PRU-13 berjalan lancar.


“Jika takut saya tidak datang membuat laporan polis tetapi atas dasar tanggungjawab seperti yang dipupuk dalam amalan tentera, saya beranikan diri tampil supaya proses PRU13 tidak dicemari.


“Tindakan saya ini kerana bimbang terdapat pengundi yang mengundi dua kali pada PRU13,” katanya.

Turut membuat laporan polis ialah Isteri Zaidi yang juga seorang anggota TUDM, Sharil Aida Sabu, 46, turut membuat laporan polis mahu SPR lebih peka terhadap penggunaan dakwat kekal itu.

460 kematian dicatat keganasan di Iraq bulan lalu

BAGHDAD 1 Mei - Gelombang keganasan di Iraq semakin parah selepas sekurang-kurang 460 kematian dicatatkan hanya pada bulan lalu sekali gus meningkatkan kebimbangan negara ini akan kembali kepada konflik perbezaan puak yang membelenggu sejak beberapa tahun lalu.
Menurut rekod AFP, pergolakan pada April lalu turut mengakibatkan 1,219 penduduk cedera berdasarkan angka yang dikeluarkan daripada sumber pihak perubatan dan keselamatan.
Antara yang terbunuh termasuk 54 anggota polis, 53 tentera, 14 anggota militia anti al-Qaeda, Sahwa dan dua anggota tentera Kurdish.
Majoriti baki mereka yang terbunuh dalam kekacauan itu adalah orang awam walaupun ia turut memasukkan senarai lelaki bersenjata yang terkorban dengan pasukan keselamatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130501/lu_11/460-kematian-dicatat-keganasan-di-Iraq-bulan-lalu#ixzz2S5O2Erak
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Enam maut ditembak di selatan Thailand

02/05/2013 1:10am

PATTANI — Polis Thailand menyatakan, kumpulan pemisah membunuh enam orang termasuk seorang budak lelaki berumur dua tahun dalam insiden tembakan di sini
Insiden tersebut merupakan antara yang terburuk di selatan Thailand pada tahun ini.
Kolonel Polis, Tuanday Juthanan berkata, empat gerila melepaskan tembakan raifal M16 di hadapan sebuah kedai runcit di sini, malam semalam.
Menurutnya, serangan itu meragut enam nyawa penganut Buddha dan mencederakan seorang lelaki.
Kata Tuanday, keempat-empat penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki dua motosikal sambil menabur paku di atas jalan untuk mengelak daripada dikejar pasukan keselamatan.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kebangkitan Islam bermula pada 2004 di tiga buah wilayah di selatan Thailand.
Serangan berlaku hampir setiap hari di selatan negara itu di sebalik usaha terbaru kerajaan untuk mengadakan rundingan damai dengan kumpulan-kumpulan pemisah. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz2S5Iuab8N 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, May 1, 2013

Polis China tahan 19 disyaki anggota kumpulan pemisah



BEIJING 30 April - Polis China semalam menahan 19 suspek dipercayai anggota kumpulan pemisah yang terlibat dalam pertempuran dengan pihak berkuasa yang mengorbankan 21 orang di wilayah Xinjiang, minggu lalu.
Kesemua suspek itu ditahan di Kashgar, Urumqi dan Bayingolin, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam operasi itu pihak polis turut merampas senjata dan bahan letupan buatan sendiri.
Kerajaan menyifatkan keganasan itu sebagai 'serangan pengganas', meskipun Kongres Uighur Dunia menyatakan tembakan dan pembunuhan pemuda Uighur oleh 'tentera China' menyebabkan etnik Uighur bertindak balas. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130430/lu_08/Polis-China-tahan-19-disyaki-anggota-kumpulan-pemisah#ixzz2S3bUVz2W
© Utusan Melayu (M) Bhd 

460 kematian dicatat keganasan di Iraq bulan lalu



BAGHDAD 1 Mei - Gelombang keganasan di Iraq semakin parah selepas sekurang-kurang 460 kematian dicatatkan hanya pada bulan lalu sekali gus meningkatkan kebimbangan negara ini akan kembali kepada konflik perbezaan puak yang membelenggu sejak beberapa tahun lalu.
Menurut rekod AFP, pergolakan pada April lalu turut mengakibatkan 1,219 penduduk cedera berdasarkan angka yang dikeluarkan daripada sumber pihak perubatan dan keselamatan.
Antara yang terbunuh termasuk 54 anggota polis, 53 tentera, 14 anggota militia anti al-Qaeda, Sahwa dan dua anggota tentera Kurdish.
Majoriti baki mereka yang terbunuh dalam kekacauan itu adalah orang awam walaupun ia turut memasukkan senarai lelaki bersenjata yang terkorban dengan pasukan keselamatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130501/lu_11/460-kematian-dicatat-keganasan-di-Iraq-bulan-lalu#ixzz2S3UVrMFl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MBI didesak tarik balik larangan siar manifesto PR



Salman
Salman pada sidang media, semalam.
IPOH - Pemuda Pas Negeri mendesak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) segera menarik balik larangan penyiaran iklan serta papan iklan (billboard) Manifesto Pakatan Rakyat (PR) di kawasan Station 18 dan berhampiran persimpangan lampu isyarat pusat membeli belah Jusco di Jalan Sultan Azlan Shah Utara.

Setiausahanya, Salman Salleh berkata, penarikan semula larangan itu perlu dilaksanakan serta merta kerana ia adalah antara bahan kempen yang tidak menyalahi peraturan ketika berkempen pada musim pilihan raya kali ini.

Malah menurutnya, papan iklan serta penyiaran iklan itu juga jelas tidak menyalahi undang-undang secara keseluruhannya.

“Kami agak kecewa dengan larangan ini yang tidak sewajarnya dikeluarkan pihak MBI kerana kami telah pun membuat pembayaran serta mendapat kelulusan untuk papan iklan serta penyiaran iklan tersebut.

“Bagi kami dalam tempoh pilihan raya seperti ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlulah  bersikap adil dan tidak ‘menurut’ pihak-pihak tertentu dalam hal sebegini kerana kerajaan sementara atau ‘caretaker government’ tidak memiliki kuasa dalam hal-hal ini,” katanya dalam sidang media, semalam.

Sementara itu, Salman turut menggesa agar semua dewan-dewan orang ramai disiasat berikutan ada yang digunakan sebagai bilik gerakan sempena pilihan raya kali ini.

Malah katanya, ketika diajukan soalan, rata-rata pengurusan dewan mengatakan mereka  mendapat kebenaran untuk menggunakan dewan berkenaan.

“Kita juga telah senaraikan dewan-dewan berkenaan dan berharap pihak SPR dapat melakukan siasatan.

“Sekiranya benar mendapat kebenaran, pihak dewan tersebut juga perlu mengemukakan surat kebenaran yang diterima,” katanya.

Kes liwat: Azlan tarik balik kenyataan 8 Mac, minta maaf kepada Saiful



Azlan Mohd Lazim
Bapa Saiful Bukhari ketika membuat kenyataan tergempar menarik balik kenyataannya yang mengatakan anaknya dipergunakan pihak tertentu
KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.

Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.

Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.

Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.

"Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.

"Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.

Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.

"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.

Komander Taliban maut di selatan Afghanistan



Komander Taliban maut di selatan Afghanistan
Lokasi pembunuhan di Bahar Naw.
KABUL - Seorang komander Taliban bersama tiga pengikutnya terbunuh selepas tentera Afghanistan menyerbu tempat persembunyian mereka di selatan wilayah Zabul, selatan Kabul, Afghanistan.

Gabenor daerah Wazir Mohammad Jawadi berkata, anggota polis melakukan serbuan selepas menerima laporan risikan di mana kumpulan militan itu bersembunyi di daerah Bahar Naw.

“Operasi itu mengambil masa dua jam. Tiada anggota keselamatan tercedera,” katanya dipetik  Xinhua

Tempoh tahanan rumah Musharraf dilanjutkan




1 Mei 2013
Tempoh tahanan rumah Musharraf dilanjutkan
Beberapa anggota polis berkawal di luar vila milik Musharraf sejak beliau dikenakan tahanan rumah, bulan lalu.
RAWALPINDI - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf akan kekal berada di bawah tahanan rumah selepas mahkamah, semalam memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan beliau.

Mahkamah Antikeganasan di Rawalpindi mengarahkan Musharraf ditahan 14 hari lagi berhubung kes pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto.

Sebelum ini, Musharraf didakwa gagal memberi perlindungankeselamatan ke atas pemimpin itu hingga menyebabkan beliau ditembak mati pada 2007. Susulan daripada keputusan tersebut, bekas jeneral tentera itu juga dilarang untuk bertanding dalam pilihan raya pada 11 Mei depan.

Laporan yang dipetik AFP,pada masa ini, Musharraf sedang menjalani tahanan rumah selama dua minggu di vila miliknya atas dakwaan melakukan khianat semasa beliau mengisytiharkan darurat di negara tersebut yang dijangka tamat Sabtu ini.

CIA beri wang rahsia




1 Mei 2013
CIA beri wang rahsia
KARZAI
KABUL - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, kelmarin mengesahkan pasukan keselamatan negara itu menerima 'bayaran' daripada Amerika Syarikat (AS) sejak sedekad lalu.

Karzai berkata, wang bantuan itu digunakan bagi membantu anggota yang cedera dan membayar sewa rumah selain untuk kegunaan lain.

Beliau membuat pendedahan tersebut selepas The New York Times melaporkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membayar puluhan juta ringgit kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan Afghanistan.

Menurut akhbar itu lagi, wang yang diberikan setiap bulan secara rahsia tersebut dihantar ke negara terbabit hanya melalui beg pakaian, beg galas dan beg plastik lapor Al- Jazeera.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Jay Carney enggan memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan tersebut.

Musharraf diharam aktif berpolitik seumur hidup



 Pervez Musharraf
Pervez Musharraf
PESHAWAR - Rancangan bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf kembali semula ke pentas politik hancur berikutan keputusan mahkamah melarang beliau daripada bertanding dalam pilihan raya.

Mahkamah Pakistan telah mengenakan larangan seumur hidup ke atas bekas pemimpin nombor satu negara itu daripada bertanding dalam pilihan raya dan ini  merupakan satu tamparan hebat ke atas beliau.

Mahkamah Tinggi Peshawar semalam memutuskan pengharaman beliau seumur hidup dalam menyertai politik selepas  mendengar rayuan peguam Pervez bagi membenarkan beliau bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Peguamnya mahu mencabar keputusan mahkamah dan ingin ingin membuat rayuan di Makhamah Agung, Selasa depan.

Keputusan semalam merupakan yang pertama kali diisytiharkan ke atas warganegara.

Beliau kembali semula ke Pakistan bulan lalu dan merancang bertanding sebagai calon dalam pilihan raya negara itu yang bakal berlangsung pada 11 Mei ini.

Pervez berada dalam buangan kendiri selama empat tahun.

Dulu lain sekarang lain

Keputusannya menyertai UMNO adalah salah tetapi kesan dari penyingkirannya amat besar kepada politik negara. Kalau bukan kerana penyingkiran DSAI dari UMNO, usaha pembangkang untuk menyedarkan rakyat tidak akan jadi seperti hari ini.Kalau dulu PAS ditertawakan kerana bermimpi untuk menegakkan negara Islam sedang bertanding cuma 70 kerusi tetapi hari ini mimpi itu bukan mimpi lagi, ianya hampir menjadi kenyataan.Kalau dulu PAS tidak dianggap boleh bergabung dengan DAP kerana ideologi yang bertentangan seperti dua orang yang tidur sebantal tetapi mimpi lain lain tetapi hari ini DAP sudah bersedia menjadi adik kepada PAS dan mempertahankan PAS walaupun masih lagi tegas dengan ideologi mereka.

Khalid Ibrahim, pengerusi Pakatan Rakyat Selangor semalam mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar

Liza MN
Khalid Ibrahim, pengerusi Pakatan Rakyat Selangor semalam mendakwa, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) tetapi di "kawasan tertentu".

Sungai lembing kuantan-Parlimen Paya Besar.

Sungai lembing kuantan-Parlimen Paya Besar.
Scorpene sudah timbul
Dari Rakan FB..

Kuantan dah berubah kepada PR!

Kepada DSAI Bakal PM Malaysia..

Kepada DSAI Bakal PM Malaysia..

Daripada : Anggota Tentera Malaysia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YangBerbahagia Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya adalah anggota tentera dan merupakan salah seorang penyokong tegar PR. Saya telah pun mengundi PR di Undian Awal pada 30 April semalam.

Ramai juga dalam kalangan rakan-rakan tentera saya yang turut mengundi PR semalam. Semuanya inginkan perubahan dan mengharapkan Manifesto PR dapat dilaksanakan selepas kemenangan PR nanti. Saya amat mengharapkan BN dan UMNO dapat dikuburkan pada PRU kali ini.

Selain kebajikan-kebajikan lain, kami warga tentera juga mengharapkan agar KADAR FAEDAH PINJAMAN di KOPERASI TENTERA dapat dikaji semula. Hal ini kerana, kadar faedah pinjaman di Koperasi Tentera adalah 6% jauh lebih tinggi berbanding kadar faedah di bank-bank lain iaitu hanya dalam lingkungan 3.9%.

Hal ini ditambah lagi dengan kebajikan kami sebagai Lain-Lain Pangkat (LLP) langsung tidak boleh untuk membuat Personal Loan di bank-bank lain. Hanya boleh di Koperasi Tentera sahaja. Saya pun tidak pasti mana silapnya, samada pihak kroni atau atasan ada kepentingan sehinggakan kami disekat untuk di bank-bank lain. Tapi hal ini tidak berlaku pada Pegawai. Pegawai tetap boleh membuat loan di bank-bank lain.

Besarlah harapan saya serta warga tentera yang lain agar Dato Seri dapat mempertimbangkan perkara ini. Semoga PR menang majoriti 3/2 pada PRU 13 kali ini.

PAKATAN HARAPAN RAKYAT.

Foto Hiasan.

Dakwatpun tipu jugak....

Abdul Rahman Abdullah
Pagi tadi saya bersama hasbullah, azmi, di shabudin dan dr safari pergi ke Lumut Perak kerana urusan tentang pusat dialisis masjid , berjumpa dengan seorang doktor tentera maklumkan kpd kami beliau telah mengundi dlm kem tentera kemarin 30.4.13 , beliau tunjukan kepada kami dakwat yang dicalitkan pada jari beliau telah hilang selepas dicuci dengan sabun mandi sahaja .........mari kita berfikir dengan tenang dan fikiran terbuka ....??????