Sunday, January 4, 2015

Setahun koma, perjuangan Schumacher belum selesai


Michael Schumacher
Michael Schumacher
SETAHUN koma, tiada pihak yang berani menyatakan bila legenda Formula 1, Michael Schumacher akan sedar semula, lapor Kompas.com.

Schumacher terbaring di hospital selama sembilan bulan sebelum diputuskan untuk menjalani rawatan di rumahnya.

Sejak itu banyak spekulasi yang tersebar mengatakan juara Formula 1 tujuh kali itu sudah sedar dan kian pulih.

Menjelang akhir tahun 2014, rumor itu kembali tersebar apabila sebuah akhbar Perancis melaporkan proses pemulihan Schumacher berjalan dengan baik.

Namun, pengurus Schumacher, Sabine Kehm yang selama ini menjadi jurucakap keluarga itu menjelaskan kepada ESPN F1 bahawa perkara itu memerlukan tempoh yang lama.

“Kita perlukan waktu yang lama...sangat lama dan juga kita perlu perjuangan yang kuat. Ada kemajuan dengan keadaan Schumacher.

“Saya tak boleh mengesahkan laporan tersebut. Saya hanya boleh memberitahu bahawa saya tidak tahu bila akhbar itu mendapatkan informasi tersebut kerana mereka tidak pernah bertemu dengan kami,” katanya.

Schumacher mengalami kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dan terhentak di batu ketika bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, 29 Disember 2013 lalu.

Lauk ayam paling mahal


London: Sebuah keluarga terkejut apabila kesilapan pekerja di sebuah rangkaian restoran terkenal mengenakan bayaran £6,235.88 (RM34,000) untuk makan malam mereka.
Aurel Lupsa, 43, mengakui tidak menyedari kesilapan itu ketika membuat pembayaran secara elektronik di restoran Nando’s berhampiran rumahnya.
“Ini bukan kali pertama kami makan di situ, namun tidak pernah kami mengalami kejadian seperti ini. Silap saya sendiri juga kerana tidak memeriksa bil diberikan,” katanya.
Katanya, dia diberi bil untuk bayaran £62.35 (RM337) namun tidak perasan pelayan terbabit sebenarnya memasukkan jumlah 100 kali lebih tinggi daripada bayaran diperlukan ketika memproses kadnya.
“Sungguh tidak sangka makan malam paling mahal kami di Nando’s. Restoran itu mengakui kesilapan mereka dan berjanji menyiasatnya,” katanya ketika ditemui.
Jurucakap Nando’s berkata: “Kekeliruan itu memang tidak diduga atau disengajakan. Kami memohon maaf atas kejadian itu dan sudah membuat pembayaran semula.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:54 A
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21383#sthash.qNdnaptr.dpuf

Patung mainan selebriti dijual AS$5,100



NOEL mengambil masa kira-kira tiga hari untuk menyiapkan sebuah patung Barbie yang diubah suai menyerupai wajah seorang selebriti. - Agensi


TUSTIN, California – Seorang artis seni Amerika Syarikat (AS) telah menghasilkan model patung mainan beberapa wajah sele­briti antarabangsa terkenal termasuk wajah kerabat diraja seperti mendiang Puteri Diana dan Kate Middleton.
Artis seni itu, Noel Cruz, 53, dari Tustin, California menghasilkan sendiri model patung mainan tersebut dengan menggunakan patung Barbie yang dibeli di kedai menjual permainan dan kemudian mengubah wajah kepada wajah bintang terkenal.
Antara wajah selebriti yang telah dihasilkan ialah mendiang Michael Jackson, Lady Gaga, Beyonce dan Jennifer Lopez yang dijual dalam laman lelongan eBay pada harga AS$5,100 (RM17,900).
“Saya memulakan minat ini selepas isteri saya menjadi seorang pengumpul koleksi anak patung selama beberapa tahun,” kata Noel yang memberitahu, beberapa anak patung berkenaan mempunyai wajah yang seakan-akan hidup.
Noel yang merupakan seorang pelukis potrait biasanya menghasilkan patung selebriti bintang filem terkenal seperti filem Lord of the Rings dan Harry Potter dan turut menghasilkan patung ­legenda seperti Marilyn Monroe dan Bette Davis.
“Saya tertarik untuk menghasilkan wajah selebriti kerana mudah untuk mendapatkan gambar mereka,” kata Noel yang memerlukan masa tiga hari untuk mengubah suai satu-­satu patung. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3NoE81nWx 
Hakcipta terpelihara 

Penerokaan tanah, pembalakan berleluasa ada kaitan rasuah


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Masalah penerokaan tanah dan pembalakan yang berleluasa mempunyai kaitan dengan amalan rasuah kerana kemusnahan alam sekitar yang berlaku seolah-olah tiada langsung pemantauan daripada pihak berkuasa.
Nadzim Johan
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, bencana banjir besar yang berlaku di Pantai Timur boleh dielakkan sekiranya tindakan tegas diambil terhadap amalan rasuah dan pembalakan yang berlaku tanpa kawalan.
“Rasuah ini berlaku dalam banyak peringkat iaitu daripada peringkat kelulusan pemberian tanah sehinggga kepada peringkat pelaksanaannya iaitu pembalakan, sebab itu kerja-kerja yang dibuat tidak mempunyai sistem dan ditarah habis kawasan hutan begitu sahaja.
“Kerosakan alam sekitar yang berlaku ini bagai di luar kawalan, kita tengok sahaja di Sarawak yang kayu balak bernilai RM41.16 juta dirampas dan di Kota Tinggi, Johor pula hutan simpan seluas 39.94 hektar menjadi lokasi pembalakan haram,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas lanjut mengenai Laporan Eksklusif Utusan Malaysia kelmarin mengenai penerokaan hutan yang berleluasa menjadi antara penyumbang kepada banjir besar terutama di Kelantan dan Pahang ketika ini.
Menurut Nadzim, amalan ra­suah dalam kegiatan pembalakan melibatkan banyak pihak termasuk golongan ahli perniagaan, golongan ahli politik dan pegawai kerajaan berkaitan termasuk di Pejabat Tanah negeri dan daerah serta Jabatan Perhutanan.
“Dalam hal ini, kita perlu ada sistem aduan yang lebih efisyen dan rakyat juga perlu menjadi mata dan telinga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan boleh dikenakan terhadap golongan yang tamak dan rakus ini,” kata­nya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata, beliau mencadangkan sistem penggiliran lokasi bertugas dilaksanakan terhadap ter­hadap pegawai di Pejabat Tanah dan Jabatan Perhutanan bagi menyekat perbuatan salah guna kuasa dan amalan ra­suah.
“Pegawai di Pejabat Tanah atau Jabatan Perhutanan tidak boleh berada di satu tempat terlalu lama kerana boleh mengundang penyelewengan. Selain itu, kerajaan kena betul-betul pantau terhadap apa yang berlaku di bawah untuk membendung masalah rasuah ini,” katanya.
Tegas beliau, inisiatif SPRM membuka pejabat di Cameron Highland untuk memantau penerokaan tanah secara haram boleh dijadikan contoh untuk agensi itu lebih agresif memantau kegiatan pembalakan dan penerokaan ta­nah yang mempunyai unsur rasuah di setiap negeri
“Kalau kita tidak serius untuk menangani masalah pembalakan dan penyelewengan ini, mereka yang akan menerima kesan adalah generasi akan datang kerana alam sekitar bakal musnah sekiranya kita tidak menjaganya dan memeliharanya dengan baik,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penerokaan-tanah-pembalakan-berleluasa-ada-kaitan-rasuah-1.44185#sthash.tsCLqunf.dpuf

Siapa gondol Bukit Sungai Pinang?


Muhamad Farid Saad
Muhamad Farid Saad
PULAU PINANG 3 Jan. – Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak menjelaskan kepada penduduk negeri ini mengenai status penerokaan hutan Bukit Sungai Pinang, Telok Bahang di sini yang semakin gondol.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri perlu mendedahkan sama ada kerja-kerja menarah bukit itu mendapat kebenaran dan diberikan permit serta pihak yang bertanggungjawab menerokanya.
Sambil melahirkan rasa kesal, Muhamad Farid berkata, puncak Bukit Sungai Pinang tidak sepatutnya diganggu kerana kesan penerokaan kawasan hutan di situ bakal memberi ancaman kepada penduduk di kawasan tersebut.
“Kesan kemusnahan hutan yang diteroka itu dapat dilihat dengan jelas dari arah Kampung Kuala Sungai Pinang sekali gus membimbangkan penduduk.
“Apa akan berlaku sekiranya hujan lebat? Sudah puas teguran dibuat kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya kawasan bukit tidak dipotong. Tidakkah serik dengan kes banjir lumpur yang berlaku sebelum ini?” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Muhamad Farid, Kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya mengambil pengajaran daripada kejadian bencana alam yang berlaku terhadap penduduk ekoran kerakusan menggondolkan Bukit Relau di sini sebelum ini.
Paling dikesalkan tambah beliau, kawasan hutan di Bukit Relau atau turut dikenali sebagai Bukit Botak sehingga kini masih gagal dibaik pulih sepenuhnya meskipun sudah bertahun-tahun usaha pemuliharaan dijalankan.
Sehubungan itu, beliau turut mempersoalkan bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang mempraktikkan amalan Cekap, Akauntabiliti dan Telus seperti dilaungkan dalam pentadbiran mereka sedangkan boleh terlepas pandang kegiatan menggondolkan hutan di Bukit Sungai Pinang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/siapa-gondol-bukit-sungai-pinang-1.44182#sthash.iJ273jaB.dpuf

Kemusnahan hutan punca banjir terburuk


KUALA LUMPUR 3 Jan. - Bencana banjir terburuk dan tanah runtuh yang berlaku ketika ini disahkan ada kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan di beberapa tempat serta penerokaan tanah ha­ram di Cameron Highlands.
Mohamed Thajudeen Abdul Wahab
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, tindak balas semula jadi itu pasti akan berlaku akibat kerakusan `tangan-tangan manusia’ sendiri kerana permukaan bumi kehilan­g­­an pelindung, daya pengikat dan cengkaman tanah, sekali gus mengakibatkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit tidak stabil.
“Banjir dan pembalakan memang ada kaitan. Kita lihat sendiri paras air naik amat luar biasa iaitu paling teruk selepas kejadian bencana banjir berlaku pada tahun 1967 dan 1971.
“Apa yang kita lakukan terhadap alam semula jadi ada tindak balas, jadi kita sendiri terima akibatnya,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Thajudeen memberitahu, operasi memusnahkan kebun sayur haram di Cameron Highlands akan dimulakan semula selepas kerja-kerja tersebut dihentikan seketika sejak 26 Disember lalu kerana kekangan cuaca tidak baik, selain keadaan jalan yang licin menyukarkan tugas pembersihan.
“Pihak kami akan bermesyuarat Selasa ini untuk melihat sama ada keadaan mengizinkan untuk kita meneruskan kembali tugas-tugas pemusnahan kebun sayur haram itu,’’ katanya.
Sementara itu, beliau berkata, MKN akan membuat taksiran kerugian secara keseluruhan akibat banjir besar yang melanda negara selepas keadaan pulih sepenuhnya.
Kata beliau, pihaknya akan menganalisis semua situasi termasuk nilai kemusnahan rumah penduduk bagi tujuan pembinaan semula membabitkan tiga kategori iaitu penilaian kemusnahan rumah secara total, rumah rosak yang tidak boleh diperbaiki dan rumah separuh rosak boleh diperbaiki.
Jelasnya, ini termasuk kerosakan kemudahan awam lain seperti dewan orang ramai, masjid, sekolah, jalan raya, jambatan dan sebagainya yang belum dapat dipastikan tahap kemusnahannya kerana masih ada tempat ditenggelami air.
“Pada ketika ini kita sudah pun membuat penilaian kerosakan rumah secara berperingkat-peringkat di tempat-tempat yang sudah pulih kerana keutamaan kita adalah membaik pulih rumah.
“Selepas keadaan semuanya pulih, kita akan mulakan kerja-kerja pembaikan dan menilai kerugian selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kemusnahan-hutan-punca-banjir-terburuk-1.44187#sthash.iB26CFYc.dpuf

Saturday, January 3, 2015

Gadis ditoreh muka selamat diijabkabulkan


Shafiqa dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan kelmarin. - Foto Instagram Nur Shafiqa Lah
Shafiqa dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan kelmarin. - Foto Instagram Nur Shafiqa Lah
SHAH ALAM - Gadis yang pernah menggegarkan negara tahun lalu selepas  menjadi mangsa rompakan dan wajahnya ditoreh, Nur Shafiqa Lah,23, selamat diijabkabulkan, kelmarin.

Menurut kemaskini terkini Shafiqa di laman Instagram miliknya, dia sangat bersyukur kerana telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Azij-ja Zafran Mohd Zahari, 24.

“Alhamdulillah, syukur. Buat yang penting dulu. Parut muka boleh tutup dengan mekap dan Camera 360,” tulisnya dalam salah satu gambar yang dimuatnaik.

Terdahulu, pada insiden hitam yang berlaku pada 30 November 2014  itu, Nur Shafiqa telah diserang ketika rumahnya dipecah masuk oleh dua lelaki dan ketika itu dia bersama ibunya di rumah.

Ketika kejadian Nur Shafiqa telah ditoreh sehingga mendapat 15 kesan kecederaan dimuka

Selain kecederaan, kedua-dua mereka kehilangan harta benda bernilai hampir RM10,000.

Majlis akad nikah pasangan itu diadakan di sebuah masjid di Pasir Puteh, Kelantan dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Bekas Pegawai MB Selangor Akan Diminta Kembalikan Wang Pampasan


Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 4:48 PM
Abdul Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diminta memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mendakwa ini berikutan pembayaran wang pampasan itu tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

"Selepas mendapatkan nasihat daripada peguam, pengurusan MBI (Perbadanan Menteri Besar) yang baharu memutuskan supaya mereka kembalikan wang yang sudah dibayar (pampasan) kerana didapati ada beberapa perkara yang melanggar tatacara peraturan kewangan.

"Saya sudah dimaklumkan oleh MBI bahawa surat akan dihantar kepada mereka (berhubung perkara itu) dan mereka perlu memulangkan wang terbabit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor, di sini.

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar yang dilantik MBI, dilaporkan menerima bayaran pampasan kerja bernilai RM2.6 juta.

Pembayaran itu disifatkan pelbagai pihak termasuk anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu didakwa telah dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa 23 Sept lepas.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata bagaimanapun bekas kakitangan MBI itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah yang sepatutnya diterima mereka.

"Pihak pengurusan MBI akan meneliti semula jumlah bayaran yang bersesuaian mengikut terma dan syarat yang terdapat dalam kontrak semua bekas kakitangan terbabit," katanya.

27.73 juta masih miskin

Agensi
Jakarta: Jumlah penduduk miskin di Indonesia semakin berkurangan.
Menurut Agensi Pusat Statistik (BPS) dalam data terbaru mengenai perkara itu yang dikeluarkan semalam, jumlah penduduk miskin di Indonesia sehingga September lalu ialah 27.73 juta orang atau 10.96 peratus daripada populasi negara itu.
Ketua BPS Suryamin berkata, jumlah itu berkurangan jika dibandingan pada Mac 2014 yang menyaksikan seramai 28 juta orang atau 11.25 peratus daripada keseluruhan penduduk Indonesia hidup dalam kemiskinan.
Dia bagaimanapun tidak dapat menjamin sama ada jumlah penduduk miskin Indonesia akan terus berkurangan, lebih-lebih lagi selepas kerajaan menaikkan harga minyak bersubsidi yang memberi kesan kepada kos pengangkutan dan harga barang keperluan tahun lalu.
“Perlu diingat, data terbaru ini tidak menunjukkan kesan kenaikan harga minyak,” katanya.
Suryamin juga berkata, jumlah penduduk miskin berkurangan pada tempoh kedua pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dari 2009 hingga 2014 walaupun perlahan.
Angka kemiskinan pada 2009 mencecah 14.45 peratus dan turun 10.96 peratus sehingga September 2014.
“Penurunan makin lama makin kecil kerana yang ada sekarang ialah mereka yang miskin tegar.
"Jika tidak ada usaha untuk membantu mereka, kadar penurunan mungkin malar," kata Suryamin.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:04 AM


GAMBAR hiasan.
- Lihat lebih lanjut di: http://www.hmetro.com.my/node/21137#sthash.fCcJ1Yy1.dpuf

Friday, January 2, 2015

Internet ancaman terbesar dunia Mampu jatuhkan kerajaan, hasut keganasan 02 Januari 2015 12:25 AM 2 0 Google + 0 Internet merupakan ancaman terbesar kepada manusia kerana mampu Internet merupakan ancaman terbesar kepada manusia kerana mampu menghasut keganasan, menjatuhkan kerajaan, dan menghapuskan spesies manusia. – AGENSI LONDON 1 Jan. - I nternet dianggap sebagai medium yang banyak membantu urusan seharian manusia, namun pakar menganggap, kemudahan itu merupakan ancaman terbesar kepada manusia kerana boleh menghasut keganasan, menjatuhkan kerajaan, dan menghapuskan spesies manusia. Kebimbangan itu disuarakan oleh penyelidik dari Pusat bagi Kajian Kewujudan Risiko (CSER) Universiti Cambridge yang diwujudkan bagi memantau kecerdasan buatan, kemajuan teknologi, bioteknologi, nanoteknologi, dan perubahan iklim. Sebagai contoh menurut mereka, Internet disebut sebagai faktor utama yang mendorong fenomena kebangkitan rakyat di Mesir pada 2011, manakala serangan siber berpotensi menjatuhkan sesebuah kerajaan serta mengancam perniagaan sekali gus boleh merosakkan ekonomi global. “Sains moden sering mengenegahkan idea risiko semula jadi seperti kesan asteroid dan bencana gunung berapi yang mampu mengancam spesies manusia keseluruhannya. “Namun apa yang kita tidak sedar, manusia sendiri sebenarnya berpotensi mengancam populasi sendiri,” kata pensyarah falsafah Universiti Cambridge, Huw Price. Selain Price, projek CSER turut disertai pensyarah kosmologi dan astrofizik universiti itu, Martin Rees serta pengasas bersama Skype, Jaan Tallinn. Penyelidik itu menjelaskan bahawa, kemampuan kemajuan teknologi amat berbahaya ‘dalam beberapa tangan manusia’. Selain ancaman kejatuhan sesebuah kerajaan dan ekonomi, Internet juga menjadi medium yang digunakan penjenayah dan pengganas yang beroperasi di sebalik ‘laman web gelap’ yang boleh menyumbang kepada peperangan global, menyebarkan keganasan, dan jenayah sehingga mencetuskan Perang Dunia Ketiga. Kemajuan Internet dan keupayaan laman web juga menjadikan prospek kecerdasan buatan lebih menonjol sehingga profesor Stephen Hawking mendakwa kejayaan mewujudkan kecerdasan buatan merupakan perkara besar dalam sejarah manusia. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/internet-ancaman-terbesar-dunia-1.43448#sthash.LdGm0xVl.dpuf

Internet ancaman terbesar dunia

Mampu jatuhkan kerajaan, hasut keganasan

Internet merupakan ancaman terbesar kepada manusia kerana mampu
Internet merupakan ancaman terbesar kepada manusia kerana mampu menghasut keganasan, menjatuhkan kerajaan, dan menghapuskan spesies manusia. – AGENSI
LONDON 1 Jan. - I nternet dianggap sebagai medium yang banyak membantu urusan seharian manusia, namun pakar menganggap, kemudahan itu merupakan ancaman terbesar kepada manusia kerana boleh menghasut keganasan, menjatuhkan kerajaan, dan menghapuskan spesies manusia.
Kebimbangan itu disuarakan oleh penyelidik dari Pusat bagi Kajian Kewujudan Risiko (CSER) Universiti Cambridge yang diwujudkan bagi memantau kecerdasan buatan, kemajuan teknologi, bioteknologi, nanoteknologi, dan perubahan iklim.
Sebagai contoh menurut mereka, Internet disebut sebagai faktor utama yang mendorong fenomena kebangkitan rakyat di Mesir pada 2011, manakala serangan siber berpotensi menjatuhkan sesebuah kerajaan serta mengancam perniagaan sekali gus boleh merosakkan ekonomi global.
“Sains moden sering mengenegahkan idea risiko semula jadi seperti kesan asteroid dan bencana gunung berapi yang mampu mengancam spesies manusia keseluruhannya.
“Namun apa yang kita tidak sedar, manusia sendiri sebenarnya berpotensi mengancam populasi sendiri,” kata pensyarah falsafah Universiti Cambridge, Huw Price.
Selain Price, projek CSER turut disertai pensyarah kosmologi dan astrofizik universiti itu, Martin Rees serta pengasas bersama Skype, Jaan Tallinn.
Penyelidik itu menjelaskan bahawa, kemampuan kemajuan teknologi amat berbahaya ‘dalam beberapa tangan manusia’.
Selain ancaman kejatuhan sesebuah kerajaan dan ekonomi, Internet juga menjadi medium yang digunakan penjenayah dan pengganas yang beroperasi di sebalik ‘laman web gelap’ yang boleh menyumbang kepada peperangan global, menyebarkan keganasan, dan jenayah sehingga mencetuskan Perang Dunia Ketiga.
Kemajuan Internet dan keupayaan laman web juga menjadikan prospek kecerdasan buatan lebih menonjol sehingga profesor Stephen Hawking mendakwa kejayaan mewujudkan kecerdasan buatan merupakan perkara besar dalam sejarah manusia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/internet-ancaman-terbesar-dunia-1.43448#sthash.LdGm0xVl.dpuf

Wednesday, December 31, 2014

Putin kurang pintar: Obama

OBAMA (kanan) ketika diwawancara stesen televisyen NPR. 
Putin kurang pintar: Obama | Harian Metro: "Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata, rakan sejawatannya dari Russia Vladimir Putin melakukan kesilapan strategi apabila menguasai Crimea, langkah yang dianggap pemimpin Amerika itu sebagai ‘tidak begitu pintar.’

“Mereka yang menyangka Presiden Russia itu ‘genius’ terbukti salah dengan krisis ekonomi yang melanda Russia sekarang,” kata Obama.

Presiden Amerika Syarikat itu berkata demikian dalam satu wawancara panjang lebar dengan stesen televisyen NPR yang disiarkan semalam.

Beliau mengkritik penentang politiknya yang sebelum ini mendakwa beliau dikalahkan oleh Putin.

“Jika anda masih ingat tiga atau empat bulan lalu, ramai di Washington yakin Putin genius. Beliau mengalahkan kita semua dan beliau membuli serta melaksanakan strategi untuk meluaskan kuasa Russia,” katanya.

“Hari ini, saya dapat merasakan ada pihak, sekurang-kurangnya di luar Russia berpendapat apa yang dilakukan Putin itu adalah sesuatu yang kurang pintar,” katanya.

Obama juga berkata, sekatan yang dilakukan ke atas Russia kerana pembabitannya dalam hal ehwal dalaman Ukraine berjaya menjejaskan ekonomi Russia.

Keadaan ekonomi negara itu, katanya, menjadi lebih parah berikutan kejatuhan harga minyak.

“Apa yang kita miliki dan Russia tidak miliki ialah ekonomi yang dinamik. Mereka hanya bergantung kepada minyak sedangkan kita bergantung kepada minyak, iPad, filem dan apa saja yang anda boleh sebutkan,” kata Obama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:07 AM"



'via Blog this'

QZ8501: Penemuan mangsa berjaket keselamatan cetus persoalan

QZ8501: Penemuan mangsa berjaket keselamatan cetus persoalan - Nasional - Utusan Online: "31 Disember 2014 4:08 PM
 16.6K  97 Google +4
SURABAYA 31 Dis. - Satu mayat pesawat AirAsia QZ8501 yang memakai jaket keselamatan ditemukan di Laut Jawa hari ini, menimbulkan persoalan mengenai bagaimana tragedi itu berlaku.

Pihak berkuasa menyatakan, mayat enam mayat yang ditemui di laut itu dengan beberapa masih berpakaian lengkap, menunjukkan pesawat Airbus A320-200 itu berada dalam keadaan baik selepas terhempas.

Penemuan mayat tersebut juga mungkin menunjukkan penumpang sekurang-kurangnya mempunyai masa sebelum pesawat terhempas ke dalam laut atau memakai jaket keselamatan berkenaan selepas pesawat itu terhempas dan tenggelam. - Reuters"



'via Blog this'

RON95 turun 35 sen kepada RM1.91 mulai tengah malam ini

RON95 turun 35 sen kepada RM1.91 mulai tengah malam ini - Nasional - Utusan Online: "31 Disember 2014 8:13 PM
 91  3 Google +1
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Kerajaan hari ini mengumumkan harga minyak RON95 diturunkan sebanyak 35 sen kepada RM1.91 berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini, 1 Januari 2015.

Harga baharu diesel pula ialah RM1.93 dan RON97, RM2.11.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE"



'via Blog this'

Hutan Malaysia 'diratah' lebih besar dari Denmark

Hutan Malaysia 'diratah' lebih besar dari Denmark - The Rakyat Post BM Version:

hutan
Kebanyakan kehilangan hutan di Malaysia berlaku di kawasan paling tebal, melebihi 50 peratus iaitu kawasan penyimpanan karbon dan paling kaya dengan kehidupan liar termasuk spesies terancam seperti orang utan, Gajah Kalimantan, badak sumbu Sumatera dan harimau bintang.

KUALA LUMPUR, 29 Disember :

Aktiviti pembersihan hutan di Malaysia merupakan yang tertinggi antara tahun 2000 dan 2012, di mana 14.4 peratus keluasan hutan yang dicatat pada tahun 2000, dibersihkan.
Menurut data peta hutan global yang dibangunkan bersama Google dan diterbitkan oleh news.mongabay.com, keluasan hutan yang dibersihkan itu adalah pada 47,278 kilometer persegi, iaitu keluasan yang melebihi negara Denmark.
Walaupun jumlah pembersihan hutan tetap tinggi, sekitar 25,978 kilometer persegi kawasan kembali hijau hasil daripada pemulihan hutan, penanaman semula untuk industri pembalakan dan ladang kelapa sawit.
Namun ladang kelapa sawit tidak dapat mengembalikan biodiversiti semula jadi hutan, menjadi setor karbon atau menyelenggara ekosistem, dan ini menunjukkan Malaysia semakin tenat dalam kehilangan alam semula jadi.
Kebanyakan kehilangan hutan di Malaysia berlaku di kawasan paling tebal, melebihi 50 peratus iaitu kawasan penyimpanan karbon dan paling kaya dengan kehidupan liar termasuk spesies terancam seperti orang utan, Gajah Kalimantan, badak sumbu Sumatera dan Harimau Bintang.
Pengarah Program Perubahan Iklim dan Penggunaan Tanah Dan Zarin berkata, kadar kehilangan hutan di Malaysia dalam tempoh dua tahun itu, hampir 50 peratus tinggi berbanding negara kedua tertinggi, iaitu Paraguay (9.6 peratus).
Jumlah kawasan hutan yang dibersihkan berada di kedudukan kesembilan selepas Rusia, Brazil, Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia, China Republik Congo dan Australia.
Malaysia berada di kedudukan ke-12 dunia dalam jumlah bersih pengurangan hutan.
Semalam, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah mahu rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik, kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.
Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah diri dengan tindakan mereka dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.
Baginda turut menitahkan rakyat menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan menyedari musibah bencana alam serta malapetaka yang terjadi itu, disebabkan kerakusan tangan manusia.
“Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak,” titahnya.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/29/hutan-malaysia-diratah-lebih-besar-dari-denmark/#ixzz3NU5P8lNK


'via Blog this'

Bayi lahir dengan tiga tangan



KEADAAN bayi di Gujarat, India yang dilahirkan dengan tiga tangan.


BHAVANGAR, India – Sekumpulan doktor di Hospital Awam Ahmedabad di negeri Gujarat berjaya membuang tangan seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan tiga tangan.
Pembedahan terhadap bayi berusia dua minggu tersebut dilakukan oleh seorang doktor pakar, Dr. Rakesh Joshi pada 17 Disember lalu.
Bayi tersebut yang memiliki dua tangan kiri berpunca daripada sindrom polymelia yang menyebabkan dia dilahirkan dengan lebihan anggota badan.
Keadaan itu terjadi apabila satu daripada dua embrio di dalam rahim yang sepatutnya menjadi kembar siam berhenti membesar lalu meninggalkan anggota badannya melekat pada bayi yang lahir.
Sindrom berkenaan sangat jarang terjadi dan hanya ditemui satu dalam sejuta kelahiran.
Joshi berkata, bayi tersebut bukan saja dilahirkan dengan tiga tangan tetapi dia turut memiliki kaki kanan yang bengkok serta hanya mempunyai satu buah pinggang. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3NQhYHiMz 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki kerdil jadi bintang bola keranjang



WALAUPUN memiliki tubuh badan yang kerdil tetapi Swanson mampu bersaing dengan lawan yang lebih tinggi. - Agensi


NEW YORK – Seorang lelaki kerdil menerima pujian daripada peminat sukan bola keranjang kerana memiliki kemahiran yang tinggi dan mampu bersaing dengan lawan yang dua kali ganda lebih tinggi.
Lelaki tersebut, Jahmani Swanson, 29, yang memiliki ketinggian 1.34 meter juga dianggap setanding pemain legenda bola keranjang, Michael Jordan selepas berjaya membantu pasukannya memenangi pelbagai kejohanan.
Swanson kini bintang utama pasukan New York Towers yang beraksi dalam liga bola keranjang orang kerdil di Amerika Syarikat.
Sejak beraksi dalam pasukan tersebut, Swanson sering membuat penonton terpegun dengan kemahirannya di atas gelanggang dan kemampuannya menjaringkan gol.
“Ramai peminat percaya saya boleh menjadi pemain bola keranjang terkenal dunia jika saya memiliki tubuh badan yang tinggi.
“Bagaimanapun, saya tidak pernah berasa sedih dilahirkan sebegini kerana percaya saya dianugerahkan bakat yang luar biasa ini.
“Saya sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan terasa teruja apabila berdepan lawan yang lebih tinggi dari saya,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3NQhH4qoM 
Hakcipta terpelihara 

Indonesia turunkan harga minyak 1 Januari 2015


JAKARTA 30 Dis. – Indonesia dilaporkan akan menurunkan harga minyak bersubsidi di republik ini pada 1 Januari ini, ekoran trend penurunan harga minyak global, selepas menaikkan harga komoditi itu pada November lalu.
“Rakyat mungkin akan membeli minyak bersubsidi dengan harga baharu pada hari Tahun Baharu 2015, 1 Januari,’’ kata Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Sofyan Djalil kepada media, semalam, lapor portal Jakarta Post.
Beliau juga membayangkan akan berlaku pelarasan yang diikuti dengan pelaksanaan dasar subsidi tetap yang menyaksikan minyak bersubsidi akan ditetapkan pada satu harga tertentu.
Jelasnya, minyak itu mungkin ditetapkan pada harga subsidi 500 rupiah (14 sen) atau 1,000 rupiah (28 sen) seliter bagi melindungi bajet negara daripada sebarang kenaikan dan penurunan harga minyak import yang tidak diingini ekoran faktor-faktor luaran.
“Kami sedang membincangkan semua pilihan yang ditawarkan berdasarkan harga minyak pasaran semasa. Kami mahu melaksanakan satu dasar yang membolehkan bajet negara tidak terkesan (oleh harga minyak dan kadar tukaran wang asing),’’ katanya.
Semalam, Kementerian Penyelaras Ekonomi mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan, Bank Indonesia dan Agensi Statistik Pusat (BPS) bagi membincangkan kemungkinan kesan inflasi ekoran pelaksanaan dasar itu.
November lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menaikkan harga minyak bersubsidi iaitu minyak premium kepada 31 peratus menjadi 8,500 rupiah (RM2.38) seliter dan minyak diesel kepada 36 peratus atau 7,500 rupiah (RM2.10) seliter.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/indonesia-turunkan-harga-minyak-1-januari-2015-1.42844#sthash.4vlYiQgJ.dpuf