Wednesday, May 26, 2010

majikan aniaya pekerja

Bekerja 15 tahun tanpa gaji 

KUCHING - Dua beradik dari Serian, dekat sini, yang mendakwa bekerja tanpa gaji selama 15 tahun di sebuah kilang kuih pau di Puchong, Selangor, akhirnya berhenti kerja dan kembali ke Sarawak. 

Sejak Radin anak Bangan, 31, dan adiknya Simon, 30, meninggalkan keluarga ketika masing-masing berumur 16 dan 15 tahun, mereka tidak diberi peluang berhubung dengan keluarga di Kampung Antayan. 

“Kami bekerja di sebuah kilang membuat pau di sebuah kawasan terpencil dekat Puchong dan tidak pernah mendapat gaji, walaupun makan dan tempat tinggal kami ditanggung majikan,” kata Radin kepada pemberita, di sini, semalam. 

Katanya, ada dua lagi pekerja dari Sarawak dan tiga dari Perak bekerja di kilang berkenaan. 

"Pada 1995, kami dibawa ke Puchong oleh sebuah syarikat ejen pekerja tempatan dengan tawaran gaji RM2,000 sebulan. 

"Oleh kerana tidak tahan bekerja tanpa gaji, saya dan adik saya bertekad untuk balik kampung pada Februari lalu, dan semua kos ditanggung majikan," katanya. 

Bapanya, Bangan anak Jelian, 60, berkata, walaupun majikan menanggung tiket penerbangan balik ke Sarawak untuk kedua-dua anaknya, tetapi itu masih tidak memadai dengan kerja yang dibuat Radin dan Simon selama 15 tahun. 

"Walaupun kecewa dengan apa yang berlaku, saya tetap bersyukur kerana dapat berjumpa semula dengan anak-anak setelah 15 tahun berpisah. 

“Kepulangan mereka adalah rahmat kepada seluruh keluarga saya sempena sambutan Hari Gawai minggu depan,” katanya. - Bernama

Anak Samy Vellu jangan biadab



PAGOH - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur anak Presiden MIC, S Samy Vellu iaitu, S Vell Paari agar tidak bertindak biadab dengan menuduh UMNO sebagai ‘pembunuh politik’ yang memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional itu. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, tindakan Vell Paari itu perbuatan yang tidak adil dan tidak bertanggungjawab. 

“Saya percaya Samy Vellu boleh menasihatkan anak beliau agar tidak mengeluarkan kenyataan seperti ini dengan mudah dan terlepas cakap yang menyentuh perasaan kepimpinan parti-parti yang lain” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra bersama warga pendidik Daerah Muar dan Ledang sempena Hari Guru 2010, di sini. 

Muhyiddin turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa UMNO terlibat dalam menggulingkan Presiden MIC itu seperti yang didakwa Vell Paari yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MIC. 

Beliau melihat kenyataan Vell Paari itu mempunyai ‘kepentingan’ kerana jawatan yang disandang bapanya. 

Beliau, kepimpinan BN sedaya upaya menjaga kepentingan semua pihak dengan mencari jalan penyelesaian bukannya menambah lebih banyak masalah. 

Vell Paari yang mengeluarkan kenyataan ketidakpuasan mengenai kewujudan desas desus Gerakan Anti Samy Vellu mendapat restu dari kepimpinan Tertinggi UMNO dalam wawancara di laman Free Malaysia Today, kelmarin 

Muhyiddin bagaimanapun tidak mahu memberi komen mengenai kepincangan yang berlaku dalam MIC, kerana ia membabitkan hal dalaman parti dan mengingatkan pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan berlandaskan keadilan dan perlembagaan parti.

Polis tangkap polis


Peras ugut: Tiga polis ditahan

KUALA LUMPUR 25 Mei - Tugas polis sepatutnya melindungi orang awam daripada menjadi mangsa penjenayah, namun seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dan dua rakannya yang juga anggota polis boleh diibaratkan seperti 'harapkan pagar, pagar makan padi'.
Ini kerana ketiga-tiga mereka menyamar sebagai anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman untuk memeras ugut seorang pemilik rumah urut supaya membayar RM10,000 bagi mengelak premis dan pekerjanya dikenakan tindakan.
Namun, tembelang pegawai dari Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 6 Terengganu dan anggota detektif berpangkat Lans Koperal dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras serta anggota Polis Sukarelawan dari IPD Dang Wangi itu terbongkar apabila pemilik rumah urut terbabit menghubungi IPD Gombak memaklumkan perkara itu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek yang menyamar sebagai anggota D7 Bukit Aman pergi ke rumah urut di Medan Batu Caves pada pukul 5.30 petang kelmarin.
"Selepas memperkenalkan diri sebagai anggota polis, mereka kemudian berpura-pura melakukan pemeriksaan lesen dan pasport semua pekerja di situ.
"Semasa membuat semakan pasport, suspek mendakwa pekerja terbabit telah melanggar syarat bekerja di negara ini lalu meminta seorang penyelia lelaki berusia 39 tahun di premis itu menghubungi majikannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, sewaktu berbual dalam telefon dengan pemilik rumah urut terbabit, suspek telah meminta wang RM10,000 sebagai syarat untuk menyelesaikan kes berkenaan.
Abdul Rahim berkata, mangsa berpura-pura setuju dengan syarat tersebut dan berjanji menghantar wang terbabit kepada suspek tetapi pada masa yang sama menghubungi IPD Gombak meminta menyiasat suspek yang berada di premisnya.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis dari IPD Gombak yang pergi menyiasat ketiga-tiga suspek kemudian mendapati mereka menyamar dan melakukan ugutan terhadap pemilik rumah urut berkenaan.
"Ketiga-tiga mereka kemudian ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan," katanya.

Tuesday, May 25, 2010

Malaysia setuju serah tanah KTMB di Singapura



Mei 24, 10 5:28pm
Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. 

Tana
h KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar, akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.

Menurut kenyataan berkenaan, tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura. 

Kedua-dua negara akan membuat penilaian masing-masing, dan Lee dijangka melawat Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan ini, dengan cadangan mengenai penukaran tanah itu untuk pertimbangan Malaysia.
Bernama

Stesen KTMB di Tanjong Pagar pindah ke Woodlands Julai 2011



STESEN KTMB Tanjong Pagar di Singapura yang akan dipindahkan ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands pada 1 Julai 2011 - AFP


SINGAPURA 24 Mei - Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Tanjong Pagar di sini akan berpindah ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) pada 1 Julai 2011, seperti yang termaktub dalam perjanjian Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perpindahan tersebut turut melibatkan pemindahan kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Malaysia juga dari Tanjong Pagar ke Woodlands, yang juga satu lagi perjanjian dalam POA, yang ditandatangani pada 27 November 1990.
Katanya, kedua-dua negara turut sekata untuk membangunkan sebuah perkhidmatan rel pantas atau sistem transit pantas (rapid transit system, RTS) secara bersama bagi menghubungkan Woodlands di sini dan Tanjung Puteri di Johor Bahru, yang bakal beroperasi menjelang 2018.
"Apabila, RTS itu dapat beroperasi dengan sempurna, Malaysia boleh menimbangkan untuk memindahkan stesen KTMB dan CIQ Malaysia di Woodlands ke terminal baru kereta api di Johor Bahru selepas itu," tambah beliau pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong di sini hari ini.
Perdana Menteri berada di sini dalam rangka lawatan kerja berkonsep pemukiman selama dua hari, yang bermula semalam. Ini adalah lawatan kedua beliau ke negara republik ini sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April tahun lalu.
Najib memaklumkan, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk bukan sahaja meletakkan isu-isu berkaitan POA di belakang hubungan baru Malaysia-Singapura yang lebih erat kini, tetapi memberi nilai tambah terhadap perjanjian-perjanjian yang terkandung dalam POA itu.
"Ini penting bagi memastikan peningkatan lagi perhubungan (connectivity) antara kedua-dua negara dapat melangkah ke tahap yang lebih bermakna dan produktif," jelasnya.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada akhir lawatan dua hari itu, Malaysia dan Singapura bersetuju menurunkan kadar bayaran tol di Lebuh Raya Laluan Kedua bagi mengoptimumkan pengunaan jambatan kedua tersebut.
"Pengumuman mengenai penurunan kadar bayaran tol itu oleh kedua-dua pihak akan diumumkan dalam tempoh sebulan," menurut kenyataan 11 perkara itu.
Kedua-dua negara juga bersetuju menggandakan laluan perkhidmatan bas sebanyak lapan laluan baru antara Pasar Bakti dan Larkin di Johor dengan dua kawasan resort bersepadu serta dengan Boon Lay, Yishun, Newton dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.
Kedua-dua negara akan turut menyokong dasar liberalisasi untuk teksi sempadan dengan membenarkan teksi tersebut mengambil dan menurunkan penumpang dalam laluan domestik perkhidmatan teksi berkenaan dan tidak lagi di terminal-terminal teksi yang ditetapkan.
Sehubungan itu, Singapura akan melaksanakan Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS) bagi membolehkan lebih banyak rakyat dan pelancong berulang-alik antara kedua-dua negara.
Selain itu, Malaysia dan Singapura telah pun menubuhkan Jawatankuasa Pemeriksaan Laluan Darat Sempadan bagi menyelaraskan kerjasama dan pengurusan operasi untuk trafik seberang sempadan. - Utusan

Perjelas isu KTMB Tanjong Pagar di Parlimen



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi penjelasan di Parlimen mengani isu tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar yang akan berpindah ke Woodlands.
“Kita menuntut Perdana Menteri menjelaskan butiran perjanjian bersama PM Singapura, Lee Hsien Loong agar rakyat dimaklumkan isu berkenaan dengan ini dengan jelas dan munasabah,” kata Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut kepada Harakahdaily.
Katanya, AMK Selangor melihat seolah-olah Perdana Menteri mudah ‘tunduk  melutut’ kepada permintaan negara-negara luar dalam isu hak dan kedaulatan negara yang bakal merugikan masa hadapan negara.
“Dalam isu KTMB ini, kita melihat seolah-olah Perdana Menteri tunduk dengan tekanan Singapura apabila dengan mudahnya sanggup bersetuju dengan perpindahan KTMB dari Tanjung Pagar ke Woodlands dengan beralasan tanah seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahkan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60 peratus Malaysia dan 40 peratus Singapura,” ujarnya.
Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar atau 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun.
Menjelang hujung tahun ini, satu syarikat yang diberi nama M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan yang kononnya 60 peratus milik Malaysia dan 40 peratus milik Singapura.
“Apakah berbaloi Malaysia akur dengan persetujuan ini dalam masa pendek dan panjang?” tanya Mohd Ezli lagi.
Tambahnya, AMK Selangor mempersoalkan penubuhan syarikat itu berhubung pegangan ekuiti tersebut di mana pada masa akan datang yang mudah dibeli oleh pihak Singapura melalui Temasek Holdings Limited.
Malahan, katanya sebelum ini Malaysia yang sudah pun kehilangan hak kedaulatan Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.
“Kali ini sekali lagi negara bakal kerugian besar terhadap potensi masa hadapan yang tidak dapat dikenalpasti dan dinilai pada masa sekarang,” ujarnya.
AMK Selangor juga, tambahnya melihat keputusan perpindahan KTMB ke Woodlands Train Checkpoint pada 1 Julai 2011 dan kemudian ke Johor menjelang 2018 adalah agenda terancang Singapura secara berperingkat ‘menghalau’ hak dan kedaulatan Malaysia sedikit demi sedikit yang kelak merugikan negara.
Perkara itu ada disebut dalam kenyataan media bersama antara kedua-kedua Perdana Menteri, semalam.
For the convenience of commuters, the rapid transit system link will have a single co-located CIQ facility in Singapore with the exact location to be determined later. It is targeted that the proposed rapid transit system link will be operational by 2018. Thereafter Malaysia may consider to relocate the KTMB Station from Woodlands to Johor.”
AMK Selangor juga, katanya lagi menggesa Perdana Menteri memberi penjelasan di Parlimen pertemuan beliau bersama Perdana Menteri Singapura perkara-perkara yang dibincangkan yang perlu diketahui oleh rakyat.
“Kita tidak mahu media-media hanya mengumumkan perkara-perkara yang positif tetapi pada realitinya menenggelamkan isu-isu yang amat penting berkenaan hak dan kedaulatan negara,” ujarnya.
Justeru, tegasnya AMK Selangor menggesa agar kerajaan bertegas dan tidak mudah tunduk kepada negara luar khususnya yang melibatkan hak dan kedaulatan negara.
Menurutnya, rakyat tidak sanggup melihat negara kerugian besar di masa hadapan akibat kegagalan Perdana Menteri masa kini melihat dan berpandangan futuristik membuat keputusan tepat dan terbaik untuk negara.
“Kita menggesa agar rakyat bangkit mempersoalkan kewajaran keakuran kerajaan Malaysia berkenaan isu-isu dengan Singapura mutakhir ini.
“Kita mahu hak dan kedaulatan negara tidak mudah tergadai dan digadai kepada negara luar dengan mudahnya. Negara ini adalah hak, amanah dan tanggungjawab kita semua bersama-sama,” tegasnya.

Muhyiddin anggap kenyataan anak Samy Vellu biadap


25/05/2010 5:01pm

PAGOH 25 Mei _ Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan anak Presiden MIC, Vell Paari menuduh UMNO menggunakan pembunuhan politik untuk memecah-belahkan parti komponen Barisan Nasional (BN), sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.
Timbalan Pengerusi BN itu menegaskan, BN dan parti-parti komponennya terutama UMNO tidak terlibat sama sekali dalam sebarang usaha yang menimbulkan masalah dalam MIC.
"Saya hendak menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana kita, lebih-lebih UMNO tidak pernah terlibat dalam perkara seperti itu.
"Ini adalah (tuduhan) tidak adil, biadap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjli ramah mesra warga pendidik dan guru-guru Muar di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini. - Utusan

Kejayaan kerajaan Barisan Nasional yang membanggakan


Sepuluh buah penjara alami kesesakan

24/05/2010 5:50pm

KOTA BAHARU 24 Mei — Sebanyak 10 penjara di negara ini mengalami kesesakan berikutan penempatan banduan lelaki dan perempuan yang tidak seimbang dengan kapasiti yang ditetapkan di penjara tersebut, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar.
Beliau berkata penjara berkenaan termasuk di Sandakan, Kota Kinabalu, Marang, Pengkalan Chepa, Tapah dan Kluang mana bilangan banduan melebihi 10 peratus daripada kapasiti yang sepatutnya.
Sehingga kini terdapat 38,124 banduan di 41 buah penjara di seluruh negara dengan kira-kira 32 peratus atau kira-kira 12,000 orang banduan adalah rakyat asing termasuk pendatang tanpa izin, katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sijil penghargaan kepada 100 pegawai, anggota dan kakitangan awam penjara Kelantan dan Terengganu di sini hari ini.
"Bagaimanapun secara keseluruhan, keadaan kesesakan di penjara-penjara itu tidaklah serius dan bilangan banduan yang ada sekarang boleh ditampung dengan jumlah penjara lain yang ada,” katanya.
Zulkifli berkata beberapa rancangan sedang dibuat bagi memastikan tidak berlaku kesesakan termasuk pembinaan penjara baru. - Bernama

Pas terpaksa mengemis sokongan bukan Islam - Syed Ali



KUALA LUMPUR 24 Mei - Cadangan Pas untuk membenarkan ahlinya yang bukan Islam mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa depan menunjukkan mereka kini seolah-olah mengemis simpati bukan Islam.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee (gambar) berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menunjukkan kepimpinan tertinggi parti tersebut tidak lagi mampu membela masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Kenyataan Hadi itu sebenarnya hanya untuk menarik minat penyokong bukan Islam supaya terus memberikan sokongan kepada mereka.
"Namun, situasinya berbeza jika berada bersama masyarakat Islam terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah dengan berulang kali memberitahu penyokong mereka bahawa Pas akan memperjuangkan hak orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Hadi semalam bahawa Pas bersedia membenarkan ahli bukan Islamnya mengundi dalam pemilihan parti pada masa depan dan ia mungkin direalisasikan dengan penubuhan sayap baru parti itu iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).
Kata Syed Ali lagi, idea itu merupakan cerita lapuk yang sengaja dibangkitkan semula oleh Pas bertujuan menyedapkan hati penyokong bukan Islamnya.
"Tindakan Hadi samalah seperti tukang jual ubat di kali lima yang mengeluarkan pelbagai petua untuk melariskan jualannya," kata beliau.
Menurutnya, kenyataan Ahli Parlimen Marang itu hanya mengingatkan kembali idea Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa bukan Islam boleh dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Azizan hanya yakin dengan Pas



KUALA LUMPUR 24 Mei - Hasrat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mempertahankan kerajaan negeri meskipun dengan majoriti satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membuktikan beliau hanya yakin dengan kekuatan Pas sahaja.
Pensyarah dari Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid menjelaskan, kenyataan Azizan itu didorong oleh perkembangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa negeri yang menyaksikan para pemimpinnya bertindak meninggalkan parti.
''Jadi sekiranya kesemua pemimpin PKR dan DAP di Kedah menjadi wakil rakyat bebas, Pas masih ada 16 (Ahli Dewan Undangan Negeri-ADUN) sementara BN ada 14 (ADUN) dan Pas boleh terus perintah.
''Berdasarkan perkembangan politik tanah air pula, beliau juga menyaksikan memang ramai pemimpin PKR keluar parti sejak beberapa tahun lalu dan terbaru Wee Choo Keong (PKR-Setiawangsa)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr. Mohd. Noor mengulas kenyataan terbaru Azizan yang dibuat menteri besar itu ketika berucap pada majlis penerangan isu keluar parti empat ADUN Kedah di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di Alor Setar malam tadi.
Pada majlis itu, Azizan turut memberitahu bahawa beliau belum lagi 'gila' sehingga perlu membubarkan DUN dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba ke peringkat tidak mampu lagi 'bertahan'.

Lompat parti: BN Kedah tiada kaitan



BALING 24 Mei - Barisan Nasional (BN) Kedah lebih berminat memberi tumpuan terhadap usaha-usaha membangunkan negeri ini daripada mencampuri masalah dalaman yang berlaku di kalangan parti-parti pakatan pembangkang.
Ketua Penerangan UMNO Kedah, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, sehubungan tu adalah tidak wajar sekiranya BN dikaitkan dengan spekulasi kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang di negeri ini akan melompat parti.
Menurutnya, jika benar terdapat ADUN pakatan pembangkang melompat parti, ia mungkin disebabkan oleh rasa tidak puas hati mereka sendiri terhadap kerajaan negeri.
''BN tidak pernah membuat sebarang tawaran kepada ADUN terbabit,'' katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil di sini semalam.
Katanya, beliau kesal dengan pihak tertentu yang menyalahkan BN apabila ada wakil rakyat mereka bertindak berpaling tadah.
''Apabila ada isu lompat parti, mereka akan menyalahkan BN yang kononnya membuat tawaran dan pelbagai lagi andaian," ujarnya.
Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Naib Ketua UMNO Bahagian Baling, Ishak Mat; Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Hasliza Harundan dan Penyelaras DUN Kuala Ketil, Mohd. Khairul Azhar Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kerajaan negeri Kedah di bawah pakatan pembangkang akan tumbang kerana empat wakil rakyatnya akan berpaling tadah dengan memberi sokongan kepada BN.
Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, bagaimanapun BN Kedah sudah bersiap sedia pada bila-bila masa bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya diadakan sekiranya DUN Kedah dibubarkan.

2 lagi anggota Jawatankuasa Pusat MIC dipecat



KUALA LUMPUR 24 Mei - Dua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, G. Kumar Aamaan dan KP Samy dipecat daripada parti itu hari ini kerana menggesa Datuk Seri S. Samy Vellu segera melepaskan jawatannya.
Selain itu, tindakan berkenaan turut diambil kerana mereka didakwa menjadi tulang belakang dalam menganjurkan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) yang akan diadakan pada 30 Mei ini bagi menggesa Presiden MIC itu berundur.
Kumar Aamaan berkata, Malaysia merupakan negara demokrasi dan setiap individu termasuk ahli parti mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.
''Tetapi di dalam MIC, pemimpin dan ahli-ahli akar umbi tidak diberi peluang untuk meluahkan pendapat masing-masing. Jika sesiapa menentang presiden, hukumannya sangat berat sehingga dibuang daripada parti serta-merta tanpa alasan munasabah.
''Hukuman ke atas saya tidak adil sama sekali. Samy Vellu menghukum sesiapa yang mengingkari perintahnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pemecatan KP Samy dan Kumar Aamaan dikatakan mempunyai kaitan dengan sokongan mereka terhadap kenyataan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan yang mendesak Samy Vellu melepaskan jawatan dengan segera.
Mugilan turut dipecat selepas membuat desakan berkenaan dan beliau kemudiannya bertindak melancarkan GAS pada Sabtu lalu.
Sebelum ini Samy Vellu menyatakan akan berundur sebagai Presiden MIC dalam tempoh lapan hingga sembilan bulan sebelum penggalnya berakhir pada Mei 2012.
Mengulas lanjut, Kumar Aamaan berkata, beliau juga sanggup berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu campur tangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli MIC berikutan kepimpinan Samy Vellu.
''Hanya Perdana Menteri mampu menyelesaikan masalah ini, jika tidak, Samy Vellu akan menghukum sesiapa sahaja yang menentangnya," katanya.
Dalam pada itu, KP. Samy berkata, beliau turut berhasrat berjumpa Perdana Menteri bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan dan kepimpinan Samy Vellu.
''Saya berjuang untuk parti sejak 37 tahun lalu dan tidak pernah mengambil satu sen pun daripada parti. Saya pernah membawa beribu-ribu penyokong ke dalam parti, saya adalah aset bagi BN tetapi Samy Vellu hanyalah liabiliti.
''Samy Vellu harus menyedari hakikat ini dan tidak patut mengambil keputusan secara membuta-tuli kerana ia hanya akan menghancurkan nama baik parti," jelasnya.

Singapura tidak lagi sambung perjanjian air



SINGAPURA 24 Mei - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, negaranya akan menyerahkan semua kemudahan air yang terkandung di bawah Perjanjian Air 1961 kepada pihak berkuasa air Johor secara percuma dan dalam keadaan berfungsi dengan baik selepas 1 Julai 2011.
"Selain itu, Singapura turut mencadangkan projek bersifat "mercu tanda" bagi Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), yang melibatkan kawasan pembangunan seluas 500 ekar.
"Kedua-dua pemimpin telah bersetuju menyokong sebuah perbandaran yang dibina mengikut konsep 'menetap bekerja bersantai' (live work play), yang mana ia akan menawarkan kemudahan serta perkhidmatan yang berasaskan kesejahteraan hidup," jelas Hsien Loong pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Perjanjian pertama pembekalan air dari Malaysia untuk Singapura itu melibatkan penjualan air mentah dari Loji Air Skudai di Johor Bahru yang diurus oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura untuk pembekalan air bersih kepada Johor dan Singapura.
Perjanjian itu dijadualkan akan berakhir pada 1 Julai 2011 dan Singapura telah menyatakan bahawa negara pulau itu tidak berhasrat untuk menyambung perjanjian berkenaan.
Mengenai projek "mercu tanda" untuk Iskandar Malaysia, Hsien Loong berkata, ciri unik projek tersebut ialah ia akan merangkumi segala aspek "kesejahteraan hidup" menerusi pelbagai aktiviti dalam sebuah perbandaran, seperti kaedah-kaedah rawatan tradisional, perubatan alternatif yang saling melengkapi dan rawatan-rawatan serba moden.
"Kedua-dua Perdana Menteri juga bersetuju Khazanah Nasional Bhd. dan Temasek Holdings Ltd. akan membentuk sebuah syarikat usaha sama dengan ekuiti 50-50 bagi melaksanakan projek pembangunan itu.
"Pastinya projek itu akan melibatkan penyertaan sektor swasta dari kedua-dua negara dan kami (Hsien Loong dan Najib) harap untuk melihat pelancaran projek berkenaan dalam tempoh satu tahun," ujarnya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Singapura dan Malaysia turut bersetuju untuk berkongsi pengalaman dan sama-sama merencanakan pelan pembangunan bersama untuk pembersihan sungai, yang selari dengan usaha-usaha yang kini dilakukan di Iskandar Malaysia.
Kedua-dua negara juga akan melihat kemungkinan melakukan program berkembar bagi produk-produk pelancongan khususnya ekopelancongan. - Utusan

Stesen KTMB di Tanjong Pagar pindah ke Woodlands Julai 2011



STESEN KTMB Tanjong Pagar di Singapura yang akan dipindahkan ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands pada 1 Julai 2011 - AFP


SINGAPURA 24 Mei - Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Tanjong Pagar di sini akan berpindah ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) pada 1 Julai 2011, seperti yang termaktub dalam perjanjian Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perpindahan tersebut turut melibatkan pemindahan kemudahan Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Malaysia juga dari Tanjong Pagar ke Woodlands, yang juga satu lagi perjanjian dalam POA, yang ditandatangani pada 27 November 1990.
Katanya, kedua-dua negara turut sekata untuk membangunkan sebuah perkhidmatan rel pantas atau sistem transit pantas (rapid transit system, RTS) secara bersama bagi menghubungkan Woodlands di sini dan Tanjung Puteri di Johor Bahru, yang bakal beroperasi menjelang 2018.
"Apabila, RTS itu dapat beroperasi dengan sempurna, Malaysia boleh menimbangkan untuk memindahkan stesen KTMB dan CIQ Malaysia di Woodlands ke terminal baru kereta api di Johor Bahru selepas itu," tambah beliau pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong di sini hari ini.
Perdana Menteri berada di sini dalam rangka lawatan kerja berkonsep pemukiman selama dua hari, yang bermula semalam. Ini adalah lawatan kedua beliau ke negara republik ini sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April tahun lalu.
Najib memaklumkan, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk bukan sahaja meletakkan isu-isu berkaitan POA di belakang hubungan baru Malaysia-Singapura yang lebih erat kini, tetapi memberi nilai tambah terhadap perjanjian-perjanjian yang terkandung dalam POA itu.
"Ini penting bagi memastikan peningkatan lagi perhubungan (connectivity) antara kedua-dua negara dapat melangkah ke tahap yang lebih bermakna dan produktif," jelasnya.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada akhir lawatan dua hari itu, Malaysia dan Singapura bersetuju menurunkan kadar bayaran tol di Lebuh Raya Laluan Kedua bagi mengoptimumkan pengunaan jambatan kedua tersebut.
"Pengumuman mengenai penurunan kadar bayaran tol itu oleh kedua-dua pihak akan diumumkan dalam tempoh sebulan," menurut kenyataan 11 perkara itu.
Kedua-dua negara juga bersetuju menggandakan laluan perkhidmatan bas sebanyak lapan laluan baru antara Pasar Bakti dan Larkin di Johor dengan dua kawasan resort bersepadu serta dengan Boon Lay, Yishun, Newton dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.
Kedua-dua negara akan turut menyokong dasar liberalisasi untuk teksi sempadan dengan membenarkan teksi tersebut mengambil dan menurunkan penumpang dalam laluan domestik perkhidmatan teksi berkenaan dan tidak lagi di terminal-terminal teksi yang ditetapkan.
Sehubungan itu, Singapura akan melaksanakan Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS) bagi membolehkan lebih banyak rakyat dan pelancong berulang-alik antara kedua-dua negara.
Selain itu, Malaysia dan Singapura telah pun menubuhkan Jawatankuasa Pemeriksaan Laluan Darat Sempadan bagi menyelaraskan kerjasama dan pengurusan operasi untuk trafik seberang sempadan. - Utusan

Monday, May 24, 2010

Kickdefella (10/17) - 'Global Media Channel'; 'Tok Guru'; 'Otak UMNO'; 'Jutawan PAS' - YB Husam Musa

Kickdefella (9/17) - '1Israel'; 'APCO'; 'Wang Ihsan'; '4 Juta'; 'UMNO Kalah'; 'Nama' - YB Husam Musa

Kickdefella (8/17) - 'Judi & Arak'; 'Zaid'; 'Anwar'; 'APCO'; 'Yahudi'; '1Malaysia' - YB Husam Musa

Kickdefella (7/17) - 'Dosa'; 'Kaunter Dadah'; 'Luluskan Judi'; 'Mufti'; 'UMNO Minum' - YB Husam Musa

Kickdefella (6/17) - 'Kes Kugan'; 'Tugas Agama'; 'Awang Adek Isytihar'; 'Mamposlah' - YB Husam Musa

Kickdefella (5/17) - 'Hukum Dia'; 'Kes Aminurrasyid'; 'Pembunuhan'; 'Pembohongan' - YB Husam Musa

Zaid fail petisyen batal keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor



24/05/2010 6:44pm

PETALING JAYA 24 Mei - Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat yang tewas dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan lepas, memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini bagi memohon perintah agar keputusan pilihan raya kecil itu diisytihar sebagai batal.
Petisyen, yang difailkan menerusi Tetuan Thomas Philip itu, menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan.
Dalam pilihan raya kecil pada 25 April itu, Zaid kalah kepada calon Barisan Nasional P. Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi.
Peguamnya Malik Imtiaz Sarwar berkata petisyen itu dibuat berdasarkan alasan berlakunya perbuatan rasuah dalam bentuk sogokan kepada pengundi. - Bernama

RAHSIA NYAMUK DALAM AL-QURAN

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سبح ــآن اللــــه
  1. Memilki 100 mata di atas kepala.
  2. Memilki 48 gigi pada mulutnya.
  3. Memilki 3 hati yang berasingan.
  4. Memilki 6  bilah pemotong pada muncungnya.
  5. Memiliki 3 sayap setiap bahagian samada kiri atau kanan.
  6. Dapat mengesan haba.
  7. Memilki warna seperti warna kulit manusia.
  8. Dapat melihat semua warna walau dalam gelap.
  9. Dapat membezakan kandungan darah pada manusia.
  10. Muncungnya dapat mengisap darah.
  11. Mampu mengelak untuk dikesan oleh musuh.
  12. Dapat menghidu peluh manusia dari jarak yang jauh.
  13. Dapat mengelak dari bahan berbahaya yang terdapat pada manusia.
واغرب مافي هذا كله أن العلم الحديث اكتشف أن فوق ظهر البعوضة تعيش حشرة صغيرة جداً لا تُرى الا بالعين المجهرية وهذا مصداق لقوله تعالى
{إِنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَحْيِي أَن يَضْرِبَ مَثَلاً مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا}

Ada lagi polis tembak pelajar 18 tahun


Ibu Minta Suruhanjaya Ditubuhkan Siasat Kematian Anak
JOHOR BAHARU, 24 Mei (Bernama) -- Seorang ibu pada Isnin meminta satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian anaknya akibat ditembak polis selepas dipercayai terlibat dengan jenayah ragut, 20 Oktober tahun lepas.

Sapiah Elah, 52, dari Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, berkata pihak berkuasa masih tidak memberikan penjelasan dan siasatan terperinci mengenai kematian anak lelakinya, Mohd Afham Arin, 18, walaupun kejadian terbabit sudah berlaku tujuh bulan lepas.

"Saya tidak berpuas hati kerana polis juga cuba menipu saya dengan mengatakan anak saya masih hidup apabila saya tiba di Balai Polis Seri Alam sedangkan dia sudah meninggal dunia akibat ditembak polis pada awal pagi, 20 Oktober itu.

"Saya juga amat kesal kerana terpaksa menunggu lama untuk berjumpa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor dan menuntut jenazah anak saya di Hospital Sultanah Aminah," katanya kepada pemberita pada satu pertemuan yang diaturkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor, di sini, hari ini.

Sapiah mendakwa Mohd Afham, yang menunggang motosikal bersama pembonceng, Mohd Firdaus Marsani, 19, seorang anak yang baik dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Sehubungan itu, dia meminta Kementerian Dalam Negeri memandang serius kejadian terbabit dan mengharapkan suruhanjaya yang ditubuhkan itu dapat membersihkan nama Mohd Afham yang didakwa polis sebagai terlibat dengan 25 kes samun.

Sementara itu, Mohd Firdaus yang menuntut keadilan, turut menyangkal dakwaan polis yang mengatakan dia melibas pihak berkuasa dengan parang lalu menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menceritakan kejadian tembakan itu, Mohd Firdaus berkata, dia bersama Mohd Afham dikejar tiga lelaki menaiki motosikal di kawasan Taman Johor Jaya selepas selesai menikmati makan malam.

Katanya disebabkan rasa takut kerana ketiga-tiga lelaki tersebut hanya berpakaian biasa dan tidak menunjukkan kad kuasa, Mohd Afham terus memecut motosikalnya menghala ke Pasir Gudang sambil dikejar ketiga-tiga lelaki terbabit.

"Apabila tiba di satu selekoh berhampiran jambatan menuju ke Seri Alam, saya terdengar satu das tembakan dari arah belakang sebelum disusuli dua lagi tembakan lain yang menyebabkan motosikal yang kami naiki terjatuh," katanya yang berpeluang melarikan diri selepas terjatuh di dalam semak.

Mohd Firdaus menegaskan, dakwaan mengatakan dia melibaskan parang adalah tidak benar sebaliknya kematian Mohd Afham yang merupakan pelajar Kolej Komuniti Ledang dan sedang menjalani latihan amali di Larkin, di sini, adalah disebabkan kecuaian polis dalam menjalankan tindakan.

Katanya dia sudah memberikan keterangan kepada polis mengenai kejadian itu pada Januari lepas, namun, sehingga kini masih tidak menerima sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa.

-- BERNAMA

“Bukan Islam jadi calon”



KUALA LUMPUR – Pas bersedia meminda perlembagaannya supaya ahli bukan Islam dalam parti itu diberi hak sama malah mereka boleh dicalonkan pada pilihan raya dan menjadi Senator di Dewan Negara. 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun pencalonan ahli bukan Islam bergantung kepada keperluan dan agihan kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat kerana mereka tidak mahu sebarang pertembungan. 

“Kuota untuk ahli bukan Islam belum ditentukan lagi, kerusi untuk Pas pun kita masih tidak tahu, bagaimana saya mahu beritahu. 

:“Tetapi yang paling penting adalah PR tidak mahukan sebarang pertembungan, kita lebih suka pertandingan dua penjuru dengan Barisan Nasional (BN) saja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas di sini, semalam. 

Hadi berkata, pengiktirafan Kelab Penyokong Pas menjadi status Dewan Himpunan Penyokong itu, sekali gus menjadi sayap penting parti membuktikan Pas bersungguh-sungguh mahu merealisasikan slogan ‘Pas untuk semua’. 

Ditanya bila ahli Dewan Himpunan Penyokong akan diberi hak yang sama dengan ahli Pas, Hadi menjelaskan banyak perkara perlu dilakukan seperti pindaan perlembagaan dan Pas bersedia bergerak ke arah itu. 

“Apa yang paling penting sekarang adalah mereka diberi peranan yang aktif dalam perjuangan Pas, itu yang lebih penting,” katanya. 

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas semalam mengulangi sejarah yang pernah dibuat Nabi Muhammad SAW untuk mewujudkan masyarakat pelbagai kaum di Madinah. 

“Pas adalah parti Islam pertama dalam dunia selepas zaman Nabi Muhammad yang membuka keahlian kepada orang bukan Islam, kamu melihat sejarah pada hari ini,” katanya diiringi tepukan gemuruh delegasi yang tiba. 

Mengulas mengenai judi bola yang dibenarkan kerajaan, Pas menegaskan mereka tetap dengan pendirian tidak boleh membenarkan sebarang permit perjudian walau apapun alasannya. 

“Yang peliknya, UMNO menyokong tetapi parti komponen lain seperti MCA dan Gerakan pula yang menolak judi bola ini, ingin saya tegaskan lesen judi di bawah kuasa Kerajaan Pusat, bukannya kerajaan negeri,” katanya. 

Antara pemimpin PR yang hadir pada perasmian tersebut adalah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu serta kira-kira 1,000 ahli Dewan.

Orang Islam tidak boleh kata judi halal: Zambry



MENGLEMBU – Prinsip saya sebagai orang Islam tetap tidak boleh mengatakan judi itu halal, haram tetap haram, demikian tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika ditanya mengenai perhimpunan aman membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Berjaya Group yang dianjurkan oleh Pas, Jumaat lalu. 

Bagaimanapun, katanya, tindakan seumpama itu perlu dilaksanakan juga di negeri Pakatan Rakyat (PR) dalam membantah kegiatan judi ini. 

“Mereka lantang menentang kelulusan ini, tetapi seharusnya bantah dulu di negeri PR contohnya Selangor seperti yang disebutkan Datuk Seri Mohd Khir Toyo, bukan saja beratus tapi beribu. 

“Jangan kata saya sebagai Menteri Besar, saya akan menghalalkan semua, ia tetap haram,” katanya kepada media selepas merasmikan Pertandingan Futsal Puteri UMNO peringkat negeri perak di Sports Planet di sini, semalam. 

Zambry berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan lanjut dengan meneliti lesen pertaruhan Piala Dunia. 

“Saya yakin kerajaan akan melihat semua masyarakat seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dengan mengambil kira semua pandangan kalangan Islam dan bukan Islam,” katanya.

Pelancong bersihkan Bangkok




PELAJAR-PELAJAR sekolah dan penduduk tempatan membersihkan sebatang jalan raya di Bangkok semalam.


BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam menyatakan bahawa bandar raya Bangkok akan kembali beroperasi semula seperti biasa pada hari ini selepas kerja-kerja pembersihan besar-besaran dilakukan di lokasi bekas kem penunjuk perasaan antikerajaan.
Menurutnya, sekolah-sekolah, bangunan kerajaan dan jalan-jalan akan dibuka selepas ditutup bagi memastikan orang awam menjauhi tengah bandar raya ini semasa berlakunya pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan antikerajaan pada Rabu lalu.
"Semuanya tenang dan kembali normal," katanya menerusi ucapan di televisyen.
Perdana Menteri itu kelihatan penuh keyakinan semasa berucap selepas krisis politik berlaku selama dua bulan di Bangkok sehingga mengakibatkan 86 orang terbunuh dan 1,900 lagi cedera.
Namun, pihak berkuasa melanjutkan tempoh perintah berkurung selama empat malam di sini dan di 23 buah wilayah lain sehingga esok.
Di Bangkok, sejumlah pekerja sukarelawan termasuk warga asing membersihkan contengan dan poster selain membersihkan jalan-jalan daripada timbunan sampah.
Abhisit berkata, beliau akan meneruskan pelan damai yang bertujuan untuk memulihkan perpaduan penduduk Thai yang berpecah tetapi tidak memberikan pengesahan mengenai tarikh pilihan raya yang dituntut oleh penunjuk perasaan antikerajaan.
"Saya telah pun menyatakan bahawa pilihan raya baru akan diadakan selepas perhimpunan (antikerajaan) berakhir dengan syarat bahawa keamanan diwujudkan," katanya.
Pada Rabu lalu, penunjuk perasaan antikerajaan yang terkenal dengan panggilan Baju Merah bertempur dengan tentera Thai dalam operasi untuk menamatkan perhimpunan haram di Bangkok.
Penunjuk perasaan antikerajaan itu membuat tuntutan supaya Abhi- sit meletakkan jawatan, Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan dengan segera. - Agensi

Kian banyak anak di M'sia 'buang' ibu bapa




KUALA LUMPUR: Mereka bukan calang-calang orang, sebaliknya tahfiz, bekas pegawai tentera, pegawai bank dan pesara kerajaan.
Namun, mereka kini antara pesakit terdampar selepas tiada waris, termasuk anak-anak, mahu mengambil mereka pulang walaupun mereka sudah sembuh dirawat di hospital.Jumlah pesakit seperti mereka, kebanyakannya warga tua, semakin meningkat di beberapa hospital kerajaan. Di Hospital Kuala Lumpur (HKL), terdapat 489 kes tahun lalu, bertambah 81 kes daripada tahun sebelumnya.Sebahagian mereka kini ditempatkan di rumah transit yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi penempatan sementara sebelum dipindahkan ke rumah perlindungan lain.Bagaimanapun, jumlah itu sekarang sudah terlalu besar untuk ditampung rumah transit tersebut.Difahamkan, beberapa hospital kerajaan di sekitar Lembah Klang, seperti Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang, menghadapi masalah sama.Pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Encik Mohd Kamaruzzaman Ali, berkata sebahagian pesakit dihantar oleh anak ke hospital untuk rawatan.Namun selepas orang tua mereka sembuh, mereka tidak datang mengambilnya. Malah waris pesakit berkenaan tidak datang menjenguk di hospital. Mereka sengaja memberi alamat dan nombor telefon palsu kerana tidak mahu dikesan.Sekarang hampir semua rumah transit di Lembah Klang dihuni sepenuhnya pesakit terdampar.Rumah transit hanya boleh menempatkan mereka untuk tempoh enam bulan ke setahun sebelum dipindahkan.Encik Mohd Kamaruzzaman berkata daripada keseluruhan kes di HKL, 81.8 peratus membabitkan pesakit lelaki yang majoritinya berbangsa Melayu dalam lingkungan usia 18 hingga 74 tahun.Sementara itu, Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Ampang dan Pengerusi Pusat Penjagaan Nur Hasanah (rumah transit), Encik Mohiadin Bahado, berkata:'Dari segi psikologi, apabila mereka gagal ditempatkan di institusi penjagaan kekal dengan alasan masih ada waris, secara automatik semangat untuk hidup merosot.'Beliau berkata ada waris enggan mengambil pesakit berkenaan dengan alasan sibuk bekerja. Malah ada yang menolak dengan alasan bapa atau ibu mereka tidak bertanggungjawab ketika mereka kecil. -- BMM.

sebelum kahwin tak solat subuh lepas kahwin baru solat subuh


Dian rajin bangun pagi selepas bersuami


DIAN bersama suaminya.


JAKARTA - Pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo rajin bangun pagi semasa tinggal bersama keluarga mentuanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dian tinggal bersama keluarga mentuanya selepas dia rasmi menjadi isteri Maulana Indraguna Sutowo pada 18 Mei lalu.
"Selama tiga hari saya sarapan, tidur dan mandi di rumah mentua. Agak berbeza rasanya," katanya yang tinggal di rumah keluarga suaminya di Jalan Bangka, Jakarta Selatan.
Dian yang berumur 28 tahun berkata, dia akan bangun pada pukul lima pagi untuk mengerjakan solat subuh bersama suaminya.
"Pada kebiasaannya (sebelum menikah), solat subuh ditinggalkan saja. Sekarang, ada yang mengajak solat berjemaah.
"Alhamdulillah," katanya.
- Agensi

Britain ditadbir menteri jutawan




GAMBAR fail menunjukkan David Cameron (dalam bulatan) bergambar bersama anggota Kabinetnya di London.


LONDON - Nilai kekayaan anggota Kabinet baru Britain melebihi £60 juta (287.9 juta) berikutan 23 daripada 29 menterinya mempunyai aset dan pelaburan bernilai melebihi £1 juta (RM4.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Kabinet baru itu dibentuk selepas Perdana Menteri, David Cameron daripada Parti Konservatif membentuk perikatan dengan Parti Liberal Demokrat pimpinan Nick Clegg bagi mentadbir Britain pada 12 Mei lalu selepas pilihan raya umum berakhir.
Dalam perikatan itu, Clegg memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Menurut akhbar berkenaan, Cameron, 43, dan isteri- nya berasal daripada keluarga hartawan.
Selain aset mencecah £4 juta (RM19.1 juta), perdana menteri itu dan isterinya bakal mewarisi kekayaan keluarga yang dianggarkan berjumlah £30 juta (RM143.9 juta).
Clegg, 43, memiliki aset sebanyak £1.9 juta (RM9.1 juta) dan seperti Cameron, beliau berasal daripada keluarga kaya dengan bapanya memiliki kekayaan mencecah beberapa juta pound sterling.
Jawatan Canselor of Exchequer atau Menteri Kewangan dipegang oleh George Osborne yang memiliki aset £4.6 juta (£22 juta) hasil kekayaan perniagaan kertas dinding milik keluarganya.
Beberapa portfolio utama lain termasuk Ketua Dewan Pertuanan, Lord Strathclyde, Setiausaha Negara Bagi Pengangkutan, Philip Hammond dan Setiausaha Negara Untuk Kekayaan, Olimpik, Media dan Sukan, Jeremy Hunt juga mempunyai harta dan pelaburan melebihi £1 juta. - Agensi