Tuesday, January 20, 2015

BERAPA AYAT AL QURAN DAH DIBACA HARI NI?

William Ewart Gladstone (1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan "Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.

Soalan untuk saya...
1. BERAPA AYAT AL QURAN DAH DIBACA HARI NI?
2. BERAPA AYAT AL QURAN DAH DIHAFAL HARI NI?
3. BERAPA AYAT AL QURAN DAN DIFAHAMI HARI NI?
 

Eksport beras Thai catat rekod 10.8 juta tan


- Gambar Hiasan
BANGKOK - THAILAND. Thailand menjual beras sebanyak 10.8 juta tan bernilai AS$5.37 bilion tahun lepas, sekali gus mengatasi India sebagai pengeksport beras terbesar dunia.
Menteri Perdagangan Thailand Jen Chatchai Sarikulya berkata, jumlah itu jauh melebihi 6.6 juta tan bernilai AS$4.42 bilion yang dicatatkan pada 2013.
"Berdasarkan prestasi berkenaan, Thailand menetapkan sasaran eksport baharu pada 11 juta tan pada tahun ini.
"Kerjasama yang erat antara kerajaan dan pengeksport swasta akan membantu kami mencapai sasaran 11 juta tan dan eksport beras kami berkembang dengan permintaan yang meningkat dalam pasaran global tahun ini.
"Saya yakin kami akan mampu mengeluarkan sejumlah besar beras daripada bekalan simpan kami yang banyak tahun ini," kata Chatchai. - Bernama

Didier Drogba: Bukan sekadar bintang padang


Drogba dianggap wira di kampung halamannya di Abidjan, Ivory Coast.
Drogba dianggap wira di kampung halamannya di Abidjan, Ivory Coast.
DIDIER Drogba adalah seorang pemain bola sepak profesional dan ketika ini kembali mewakili Chelsea di Liga Perdana Inggeris (EPL). Selepas kejohanan Piala Dunia 2014, Drogba membuat pengumuman bersara daripada skuad kebangsaan Ivory Coast.

Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak, Drogba mengecapi pelbagai kejayaan terutamanya bersama Chelsea. Namun, pencapaian terhebat Drogba adalah menamatkan perang saudara di negaranya.

Kehidupan awal

Drogba dilahirkan di Abidjan, Ivory Coast. Ketika berusia lima tahun, dia dihantar ke Perancis untuk tinggal bersama bapa saudaranya, Michel Goba yang merupakan seorang pemain bola sepak profesional.

Bagaimanapun, kehidupan Drogba di Perancis tidak lama kerana tiga tahun selepas itu dia kembali ke Abidjin gara-gara terlalu rindu kampung halamannya. Dalam kalangan ahli keluarganya, Drogba lebih mesra dipanggil Tito.
Nama manja itu diberikan ibunya sempena bekas Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito. Pada 1991, Drogba (15 tahun) dihantar semula ke Perancis selepas ibu bapanya dibuang kerja.
Tiga tahun selepas itu, keluarganya berhijrah dan menetap di Vannes di pinggir kota Paris.

Tamatkan perang saudara

Sejak berdekad lamanya, Ivory Coast terjebak dalam konflik perang saudara. Negara itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu utara dan selatan. Bahagian utara dikuasai penduduk berketurunan migran, manakala selatan pula dikuasai penduduk asal.

Namun, situasi itu berubah apabila Ivory Coast layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman. Pada perlawanan kelayakan terakhir menentang Sudan, Ivory Coast menang 3-1.

Sejurus perlawanan ditamatkan, Drogba diwawancara stesen televisyen di bilik persalinan mencapai mikrofon dan membuat pengumuman menggemparkan.

Sambil berlutut dan diikuti rakan sepasukan, Drogba berkata: "Wahai penduduk Ivory Coast dari utara, selatan, tengah dan barat. Kami melutut merayu kepada kalian untuk saling bermaafan. Negara besar dan kaya seperti Ivory Coast tidak boleh karam dalam kekacauan. Letakkan senjata kalian dan lakukanlah pilihan raya umum."

Selepas diumumkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2006, Drogba penduduk dari selatan, terbang ke Bouke iaitu wilayah yang menjadi pusat pemberontak kaum utara.

Tanpa rasa takut, beliau membawa trofi diraihnya dan dipersembahkan kepada penduduk utara. Situasi itu menguatkan lagi proses damai antara kedua-dua pihak.
Dilantik duta

Pada 24 Januari 2007, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melantik Drogba sebagai Duta Muhibah. PBB memilih Drogba kerana kagum dengan kerja-kerja kebajikannya. Badan dunia itu percaya, profil cemerlang Drogba dalam kerja-kerja amal boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu di Afrika.

Sekitar September 2011, beliau menyertai sebuah jawatankuasa di negaranya bertujuan untuk mencari penamat kepada perang saudara di Ivory Coast.

Penglibatan dan peranannya dalam rundingan damai menyebabkan beliau dinamakan dalam senarai 100 orang paling berpengaruh di dunia pada 2010 oleh majalah Time.

Derma AS$5 juta

Penghujung 2009, Drogba mengumumkan bahawa beliau mendermakan AS$5 juta (RM17 juta) hasil pendapatan yang diraihnya menerusi iklan komersial bagi membina hospital di Abidjan. Pembinaan hospital itu diuruskan Yayasan Didier Drogba.


PROFIL

Nama penuh: Tebily Didier Yves Drogba
Tarikh lahir: 11 Mac 1978 (36 tahun)
Tempat lahir: Abidjan, Ivory Coast
Kelab: Chelsea
Pencapaian: EPL (3), Piala FA (4), Liga Juara-Juara (1), Pemain Terbaik Ivory Coast (2006, 2007, 2012)

Pesalah juvana terima anugerah selamatkan polis


Jamal Rutledge (tengah) bersama anggota polis. (Gambar kecil) Aksi Jamal yang dirakam oleh CCTV.
Jamal Rutledge (tengah) bersama anggota polis. (Gambar kecil) Aksi Jamal yang dirakam oleh CCTV.
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pesalah juvana dinobatkan sebagai hero selepas menyelamatkan nyawa seorang anggota polis.

Jamal Rutledge, 17, yang ditahan atas suatu kesalahan juvana menjerit meminta tolong selepas seorang anggota polis rebah.

Sebuah video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam tindakan pantas Jamal telah dimuatnaik ke laman video popular Youtube.

Dalam video tersebut, Jamal sedang duduk ketika pegawai polis, Franklin Foulks, 49, sedang merekodkan penahanan Jamal.

Foulks kemudian dilihat rebah sambil memegang dadanya.

Jamal kemudian bangun dan menjerit meminta tolong untuk menarik perhatian pegawai polis lain.

Menurut huffingtonpost.com, Jamal sedang direkod untuk masuk penjara sebelum kejadian September lalu tersebut berlaku.

Pegawai perubatan memberitahu, tindakan pantas Jamal telah menyelamatkan nyawa Foulks.

Jamal dan beberapa anggota polis lain yang membantu menyelamatkan nyawa Foulks akan diraikan selepas suatu mesyuarat pada 21 Januari nanti.

Kena bayar RM86 kerana gagal hadir majlis harijadi


Derek dan Alex Nash. - Foto BBC
Derek dan Alex Nash. - Foto BBC
CORNWALL - BRITAIN. Seorang kanak-kanak menerima invois selepas gagal hadir majlis harijadi rakannya.

Alex Nash, 5, menerima bil berjumlah £15.95 (RM86) tersebut dari ibu rakannya, Julie Lawrence, lapor BBC.

Alex menerima jemputan majlis tersebut sebelum Krismas lepas, namun Alex perlu menghabiskan masanya dengan datuknya pada hari majlis harijadi tersebut.

Ayah Alex, Derek akan membawa perkara tersebut ke mahkamah kerana menganggap layanan (cara pemberian invois) adalah tidak wajar.

"Beliau (Julie) tidak menganggap saya seperti manusia dewasa. Beliau melayan saya seperti budak kecil, yang saya harus mengikut cakapnya (membayar wang)," tambahnya.

Menurut laporan itu lagi, Julie memberitahu bahawa Derek ada semua maklumat untuk menghubunginya untuk memaklumkan ketidakhadiran Alex.

Bagaimanapun, ibu dan bapa Alex menafikan perkara tersebut.

Zam Ucap Selamat Tinggal Pada Penulisan Politik Semasa

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 1:29 PM

Zainuddin Maidin
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengumumkan untuk berhenti dari penulisan politik selepas menimbangkan pelbagai aspek terutama pentingnya kedamaian dan ketenteraman jiwa.
Keputusannya itu disampaikan pada Isnin menerusi laman blogZamkata dengan slogan "Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan" di mana isu politik semasa sentiasa menjadi pengisian utamanya.
Zamkata dilancarkan 8 Ogos 2012 dan sehingga kini mencatat lebih 1.5 juta pelawat dan pelawat setiap hari antara 2,000 hingga 3,000, malah pernah mencapai antara 8,000 hingga 10,000, mengikut isu semasa.
Menghulurkan salam terakhir kepada peminat blognya sebagai pembuka bicara catatannya, Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam meluahkan rasa kesal berikutan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, walaupun hakikatnya beliau bergerak secara bebas tanpa berpaut kepada sesiapa.
"Sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang  kewartawanan, saya tidak pernah menjadi penulis upahan. Berkhidmat kepada Utusan Melayu  dengan kesetiaan kepada dasar kepartian dan kepimpinannya  dan tidak tunduk kepada fiction. Maka itu saya tersingkir dari Ketua Pengarangnya.
"Penulisan buku mengenai Tun  Dr. Mahathir (Mahathir Di Sebalik Tabir) dan Tun Abdul Razak (Jejak Bertapak Seorang Patriot) adalah atas kemahuan dan kerelaan saya sendiri kerana mencintai mereka sepenuh hati sebagai pahlawan dan negarawan bangsa.
Menceritakan lebih lanjut, anak kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah ini berkata, tempoh selepas bersara pula menyaksikan pelbagai pihak meminta beliau mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penasihat parti, menawarkan jawatan pengarah syarikat atau institusi pelajaran tetapi semuanya ditolak.
"Saya tolak semuanya kerana mahu bebas dalam persaraan, kecuali meneruskan penulisan.
"Namun, dalam bersendirian juga saya dianggap mempunyai sandaran," katanya yang tersinggung apabila kekuatan dirinya dianggap sebagai bergantung pada orang lain.
Malahan, tokoh kewartawanan berusia 76 tahun ini mengakui rasa terhina apabila timbul tanggapan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya kerana memenuhi jemputan minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin dan menemui Dr Mahathir bersama rakannya.
"Kepercayaan dan setiakawan saya kepada kepimpinan  politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan telah dicemarkan oleh perbezaan fikiran, penilaian dan ketakutan pada mimpi ngeri politik masa depan pihak yang semakin sedar akan kemerosotan pengaruh dan kekuatan. Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan," katanya.
Jelas Zainuddin lagi, beliau tidak mempunyai kawan sejati dalam politik, kerajaan  atau pertubuhan kecuali rakan-rakan wartawan.
"Saya selalu disebut oleh media sosial sebagai sekutu Mahathir atau rakan Mahathir tetapi Mahathir pernah menyatakan dalam  majlis pelancaran buku 'Jejak Bertapak Seorang Patriot Tun Abdul Razak': "Zam adalah kawan saya tetapi kawan yang ada kalannya menyukarkan ."
"Barangkali saya adalah di antara ribuan  wartawan dan penulis yang terus mendukung  idealisme kewartawanan  untuk perjuangan  membetulkan dunia dan manusia," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak pernah lupa kata-kata Dr Mahathir semasa bergelar Perdana Menteri apabila diberitahu mengenai penyelewengan dan kecurangan orang-orang penting di dalam pemerintahannya: “Zam, Nabi pun tak boleh betulkan dunia ini."
"Persaraan ini bukan bererti saya akan meninggalkan dunia penulisan tetapi akan lebih menumpu kepada sejarah negara yang saya lalui sendiri, cerita masyarakat, sosial dan agama, pengalaman yang tersirat tetapi belum tersurat dalam perjalanan panjang keseluruh pelusuk dunia sebagai wartawan.
"Kacamata kewartawanan tetap menjanjikan seribu satu macam kebahagiaan dalam ilusi, mimpi dan realiti dan tidak hanya politik.
Beliau juga tidak lupa menasihatkan wartawan negara ini supaya terus berjuang untuk membetulkan pimpinan negara menerusi penulisan.
"Kuatkanlah semangat. Kehormatan diri tidak kekal dalam wang seguni. Kenalilah nilai kewartawanan sejati," katanya.
Pada penghujung catatannya, Zam menghadiahkan sajak hasil nukilannya, "Bangunkan Semangat Jokowi" bagi membuktikan beliau masih berpendirian bahawa bidang kewartawanan adalah senjata demokrasi untuk reformasi dan transfomasi:

BANGUNKAN SEMANGAT JOKOWI

Setapak langkahku terhenti
Berjuta melangkah kedepan lagi
Dalam nyanyi semangat Jokowi
Tiada langit tiada bumi.
Tiada dinasti.

Mahathir dan P. Ramlee
Tidak pernah mati
Gagah  suara seindah  fajar pagi
Bangkitkan semangat putera putri
Ranapkan Dinasti

Sekali keris dipacak kebumi
Minta maaf pantang sekali
Akan terpancarlah  darah rakyat  sejati
Menyamakan warna langit dan bumi

Bangunkanlah  semangat  Jokowi
Mahathir dan P.Ramlee tidak pernah mati
esok pagi akan lebih indah lagi
kerana sinarnya bukan lagi Dinasti.

ZAM 

Kuala Krai dilanda cuaca sejuk


Cuaca mendung dan hujan di malam hari menimbulkan kebimbangan penduduk Kampung Bedal, Kuala Krai, dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga.
Cuaca mendung dan hujan di malam hari menimbulkan kebimbangan penduduk Kampung Bedal, Kuala Krai, dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga.
KUALA KRAI - “Kalau rumah lantai simen, nak berjalan dalam rumah waktu malam atau pagi pun kena pakai selipar sebab sejuk,” katanya seorang penduduk Kampung Bedal, dekat sini, mengenai cuaca sejuk di daerah itu sejak beberapa hari lalu.

Che Ragayah Che Yaacob, 34, berkata, keadaan persekitaran rumahnya yang lebih sejuk berbanding biasa itu juga menyebabkan dia terpaksa menyediakan air panas setiap hari untuk memandikan anaknya.

Katanya, cuaca kali ini bagaimana pun masih sederhana jika dibandingkan dengan cuaca sejuk luar biasa di daerah itu pada Januari tahun lalu.

“Kalau tahun lepas, kami terpaksa guna dua tiga helai selimut bila tidur malam tetapi sekarang, sehelai selimut pun masih memadai walaupun cuaca lebih sejuk berbanding biasa,” katanya, semalam.

Namun, menurut Che Ragayah, cuaca sejuk kali ini agak membebankan bagi keluarganya apabila rumah mereka turut ditenggelami air ketika banjir besar, akhir tahun lalu.

“Banyak barangan elektrik rosak, jadi saya terpaksa rebus air guna dapur memasak yang ditenggelami air untuk air minuman dan air mandian anak-anak.

“Saya nak lapik tikar atas lantai untuk kurangkan rasa sejuk pun tak boleh sebab rumah belum bersih sepenuhnya dan masih ada kesan lumpur akibat banjir,” katanya.

 Che Ragayah berkata, walaupun cuaca sekarang lebih sejuk berbanding kebiasaan, dia lebih bimbang keadaan cuaca mendung dan hujan pada malam hari.

“Kalau cuaca mendung dan hujan di malam hari berterusan, saya risau berlaku banjir lagi. Rasa takut dan trauma disebabkan banjir besar baru-baru ini masih belum hilang,”
katanya. Difahamkan cuaca sejuk di sekitar Kuala Krai kini mencecah 19 hingga 22 darjah Celcius.

Fenomena suhu sejuk ini pernah berlaku awal tahun lalu di Kuala Krai. Sebelum ini, ada laporan yang memaklumkan bahawa beberapa tempat di negara ini akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga mencecah 17.2 darjah Celsius.

Fenomena itu berlaku disebabkan tiupan angin kencang timur laut sejuk yang datang dari Siberia dan menyebabkan tiupan angin bertekanan tinggi merentasi negara rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia yang mengalami musim Monsun Timur Laut.

Dalam pada itu, suhu sejuk yang melanda Kelantan terutama Kuala Krai difahamkan adalah fenomena normal yang berlaku pada setiap tahun sebaik berakhir musim monsun.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan, Maqrun Fadli Mohd Fahmi berkata, suhu pada bulan Januari dan Februari adalah rendah kerana baru melepasi musim tengkujuh, bagaimanapun untuk bulan seterusnya ia akan beransur tinggi dan kembali normal.

“Suhu sejuk ini tidak dicatatkan setiap hari, tetapi dilaporkan kerap berlaku pada Januari dan Februari.

“Suhu sejuk yang selalunya dirasai sekitar jam 7 hingga 8 pagi adalah biasa, kemudian antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang, suhu semakin naik sehingga 33 darjah Celcius, dan akan kembali rendah selepas jam 5 petang hingga ke malam,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Maqrun Fadli berkata, suhu ini merupakan suatu yang subjektif dan kesejukan dirasai setiap orang adalah berbeza-beza.

“Suhu paling rendah pernah dicatatkan tahun lalu iaitu 17.2 darjah Celcius, 1996 (17.4 ), 2011 (18) dan 2012, 20 darjah Celcius,” katanya.

Media semalam melaporkan, cuaca sejuk mula melanda Kuala Krai apabila suhu dicatatkan daerah itu kelmarin ialah 19 darjah Celcius. Daerah Kuala Krai pernah catat suhu paling rendah pada Januari tahun lalu iaitu 17.2 darjah Celcius.

Pelik! Wanita Cantik Ini Dilahirkan Punyai 2 Vagina.

 Hazel Jones, wanita cantik berambut perang dengan senyum manis menceritakan pengalamannya dua kali hilang dara. Wanita 28 tahun itu dilahirkan dengan keadaan fisiologi super jarang yakni mempunyai dua faraj dalam satu tubuh.

 Ajaibnya lagi, faraj miliknya mempunyai dua jalur rahim yang juga berasingan. Keadaan ini tidak pernah ditemui menimpa wanita mana-mana sebelum ini. Awal mula Hazel mengetahuinya tatkala  teman wanita merasa aneh pada kawasan alat sulitnya ketika berhubungan seks. Selepas itu berunding pada doktor pakar.



Dr. Dawn Harper yang memeriksa Hazel menyebutkan keadaan wanita itu sangat luar biasa. Hazel yang sebelumnya ditawarkan melakukan pembedahan menghilangkan satu faraj miliknya menolak melakukannya. Hazel juga menceritakan kejadian unik pada masa remaja, masa itu ia pertama kali haid dan merasa bingung harus memasukan tisu wanita di lubang sebelah mana. 


Saat bertanya pada temannya, Hazel dikatakan aneh sebab salah mengertikan dengan lubang dubur. Meskipun begitu, Hazel merasa bersyukur dengan mempunyai dua lubang kelamin terutama saat berhubungan intim. Hanya saja, Hazel sedikit bimbang saat hamil, ia merasa cemas dengan kelahiran buah hatinya keluar melalui lubang faraj yang mana. Demikian dilansir dari Daily Mail.

Murid bawa bayi dalam beg plastik ke sekolah

Riyadh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya.

Menurut akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Untuk meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah.

Ibunya yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah mereka menangis meminta tolong.

Di sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi berkenaan.

Apabila disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 4:45 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24840#sthash.4FJIB7Sb.dpuf

Susi menteri popular di kalangan rakyat



Jakarta: Menteri Perekonomian Indonesia, Sofyan Djalil berkata, Susi Pudjiastuti adalah anggota Kabinet Kerja Presiden Jokowi paling popular di kalangan rakyat.
“Semua orang mahu mengambil gambar bersama dia, mahu selfie dengan dia.
“Selain itu, Susi membuktikan bahawa sektor kelautan selama ini kurang diberi perhatian sehingga ratusan trilion tan ikan kita ditangkap setiap tahun sedangkan pendapatan daripada sektor itu tidak memadai,” katanya.
Cuma tamat pendidikan sekolah menengah, Susi diberi portfolio Menteri Kelautan dan Perikanan oleh Jokowi tahun lalu.
Dia dikenali sebagai tokoh yang tegas dan kelihatan kurang feminin.
Selama ini kegiatan penangkapan ikan haram sering didiamkan kerajaan.
Selepas Susi dilantik,nelayan haram kian takut menjalankan aktiviti di perairan Indonesia.
“Susi berjaya menciptakan aauww effect (efek jera),” katanya - merujuk kepada kesan serik di kalangan nelayan haram. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 4:50 AM






- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24849#sthash.Cfbm1X99.dpuf

Miss Lebanon dikecam



Ratu Cantik Lebanon Saly Greige (dua dari kanan) bergambar dengan Matalon (kiri) ketika menyertai pertandingan ratu cantik di Miami, Amerika Syarikat baru-baru ini.


BEIRUT – Ratu cantik Lebanon, Saly Greige diritik hebat selepas dia me­rakam gambar selfie bersama ratu cantik Israel, Doron Matalon semasa melakukan persediaan untuk menyertai pertandingan Miss Universe di Miami, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Greige, 25, terpaksa memohon maaf setelah banyak pihak mendesak supaya gelaran Miss Lebanon miliknya ditarik balik susulan kontroversi tersebut.
Beberapa gambar itu dimuat naik di akaun Instagram milik Matalon pada 11 Januari lalu.
Satu gambar berkenaan memaparkan Greige tersenyum bersama Matalon dan peserta Jepun serta ratu cantik Slovenia.
“Sejak hari pertama di Miami, saya cuba mengelak daripada bergambar atau berbual dengan Miss Israel.
“Namun, dia (Matalon) tiba-tiba menyelit dan merakam selfie semasa saya dan ratu cantik Jepun serta Slovenia bergambar,” kata Greige.
Sementara itu, Matalon berkata, dia tidak terkejut dengan kontroversi itu tetapi ia menyebabkannya sedih.
“(Saya) sedih kerana sengketa (antara Lebanon dan Israel) gagal diketepikan pada pertandingan ratu cantik ini,” katanya.
Israel menakluki sebahagian Lebanon selama 22 tahun sehingga 2000 tetapi dua negara itu pada dasarnya masih berperang.
Israel juga pernah berperang dengan kumpulan Hizbollah di Lebanon pada 2006 yang menyaksikan lebih 1,200 orang terutamanya penduduk awam Lebanon terbunuh. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3PJDfCIG9 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 19, 2015

'Beri kuasa pada JKKK sama seperti pada Umno'

malaysiakini


PKR hari ini menolak pemberian kuasa mengurus pendaftaran pemilih kepada tiga badan kerajaan yang dikaitkan dengan Umno.

Badan-badan dimaksudkan itu ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata peranan baru yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sama seperti "memberi kuasa kepada Umno".

"Bukankah tindakan ini seolah-olah hanya memberikan kuasa kepada Umno dengan bertopengkan agensi kerajaan seperti JKKKP?" kata anggota parlimen Lembah Pantai itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah juga berkata, “hak eksklusif” kepada agensi-agensi itu  hanya membangkitkan gelisah orang ramai tentang “integriti dan sikap adil SPR”.

Nurul Izzah membangkitkan berhubung Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan peri mustahaknya SPR mendapat kepercayaan awam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelmarin dilaporkan berkata JKKKP diberi peranan baharu menguruskan pendaftaran pemilih di seluruh negara.

Katanya, SPR memberikan persetujuan akhir tahun lepas supaya JKKKP membantu mereka mengemas kini maklumat serta mendaftar pemilih baharu mengikut peraturan sedia ada di kawasan masing-masing.

JKKKP adalah anggota bergaji oleh pihak kerajaan seumpama KEMAS atau JASA yang menguruskan daftar pemilih di peringkat bahagian, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Bercakap dalam kempen daftar pemilih dan keahlian Umno peringkat Selangor di Shah Alam, Shafie yang  juga naib presiden Umno berkata, usaha melantik JKKKP sebagai pegawai bertauliah bagi mengurus perkara itu demi memastikan pendaftaran pemilih lebih berkesan.

Rahim Nor: Zahid tak perlu tulis surat pada FBI

malaysiakini


Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Nor berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak perlu menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ekoran penahanan individu yang didakwa 'raja judi' Paul Phua, termasuk mengenai statusnya dengan kerajaan.

Menurutnya, anggota keselamatan juga tidak perlu melayan permintaan peguam Paul Phua, yang meminta kerajaan Malaysia menjelaskan kepada Amerika Syarikat (AS), sama ada beliau terlibat dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad, lapor Sinar Harian hari ini.

"Adalah lebih baik jika tidak babitkan menteri. Malah surat itu tidak perlu dijawab oleh mana-mana pegawai kerajaan atau pihak polis.

"Surat itu lebih sesuai dijawab oleh peguam yang tidak semestinya mewakili menteri kerana ia merupakan permintaan peguam yang mewakili Phua sahaja," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Dalam surat bertarikh 18 Disember tahun lalu kepada FBI, Zahid mendakwa Phua bukan anggota kumpulan kongsi gelap itu di Malaysia.

Beliau yang juga MP Bagan Datoh mendedahkan bahawa Phua membantu Malaysia berkaitan "projek keselamatan negara" dan berharap Phua dalam pulang ke Malaysia.

Phua, adalah warga negara Malaysa, kini berdepan dengan pertuduhan perjudian haram di Amerika Syarikat.

Timbul salah sangka 

Laporan itu menyebut Rahim sebagai tidak bersetuju dengan tindakan Zahid yang memberitahu tentang kerjasama kerajaan dengan Paul Phua dalam suratnya, sama ada ditanya pihak berkuasa AS atau tidak.

"Isi kandungan surat itu perlu menumpukan kepada permintaan utama, iaitu memberi penjelasan mengenai kewujudan kumpulan kongsi gelap 14k Triad dan sama ada Paul Phua terlibat dalam kongsi gelap itu.

"Namun jika ditanya mengenai kerjasama Paul Phua dalam soal keselamatan, soalan itu tidak perlu dijawab kerana bukan urusan AS. Apatah lagi jika tidak ditanya, tiada keperluan untuk Ahmad Zahid dedahkannya," katanya dipetik.

Rahim berkata tindakan mendedahkan kerjasama Paul Phua dengan kerajaan boleh menimbulkan salah sangka dan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan Zahid yang enggan mendedahkan mengenai "projek keselamatan negara" yang melibatkan Phua dengan kerajaan.

"Dalam kes Paul Phua, jika benar kerajaan ada guna khidmatnya, kita perlu tutup mulut kerana ini rahsia besar," katanya.

Sementara itu, Tun Hanif Omar pula menjelaskan bahawa mendapatkan kerjasama penjenayah untuk mengatasi ancaman jenayah yang lebih berat sememangnya wujud dalam prinsip pasukan keselamatan di mana-mana negara.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kebiasaannya akan mempertimbangkan pendekatan lain terlebih dahulu, katanya dalam laporan itu.

Peguam akan cabar cubaan ekstradisi Sirul

malaysiakini


Sekiranya kerajaan Malaysia mahu memfailkan permohonan untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar, pasukan peguamnya akan memfailkan sama di Kuala Lumpur untuk mencabarnya.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin (bawah) berkata tindakan itu dibuat kerana permohonan itu bertentangan dengan perjanjian ekstradisi.

"Jika kerajaan Malaysia memfailkan ekstradisi, kami akan failkan permohonan mencabar di sini.

"Ia boleh dilakukan melalui saman kerana perkara itu akan melanggar perjanjian (ekstradisi) yang menetapkan individu berdepan hukuman mati tidak boleh diekstradisi," katanya.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul dan Azilah Hadri kerana membunuh wanita Mongollia Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah itu juga mengeluarkan waran menahan terhadap Sirul.

Bagaimanapun, dilaporkan undang-undang Australia tidak membenarkan pihak yang berdepan dengan hukuman mati tidak dihantar pulang ke negara asal.

Lepas Daim, SPRM akan jumpa Anwar

malaysiakini


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun mengambil keterangan mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan salah laku terhadapnya.

Suruhanjaya itu juga akan berjumpa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berkenaan kes itu.

“SPRM juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai bukti supaya bekerjasama dengan SPRM,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Shukri berkata, keterangan Daim, Anwar dan lain-lain saksi akan dikemukakan semula kepada timbalan pendakwa raya dan Panel Penilaian Operasi (PPO), badan bebas yang memantau operasi SPRM.

Siasatan ke atas Daim telah dijalankan oleh suruhanjaya yang ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1998 dan timbalan pendakwa raya pada masa itu memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA).

Mohd Shukri juga menegaskan bahawa SPRM sentiasa menjalankan fungsinya termasuk siasatan dengan bebas, telus dan profesional berdasarkan Akta SPRM 2009.

Mejar Zaidi: Indoktrinasi pesong konsep 'taat'

malaysiakini


Ramai anggota keselamatan hari ini keliru di antara konsep taat kepada negara dan taat kepada parti yang memerintah, kata bekas juruterbang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad.

Kekeliruan itu, katanya, berlaku akibat proses indoktrinasi yang berterusan sejak lama menerusi ceramah dari pegawai atasan dan media.

Zaidi yang aktif menyuarakan pandangan politiknya menerusi laman Facebook "Sokong Mejar Zaidi TUDM" berkata terdapat di kalangan anggota keselamatan menegur tindakannya itu.

"Kebanyakan sama ada mereka didoktrinkan melalui pelbagai talk (ceramah) atau pelbagai media bahawa ketaatan kepada negara itu adalah ketaatan kepada parti yang memerintah.

"Itu adalah satu konsep yang salah.

"Hari ini pun, kalau buka FB ada yang kata, saya ini tidak taat kepada negara, tidak mengikuti sumpah seorang tentera.

"Jadi mereka tak faham konsep itu. Kita berikrar taat kepada negara, kita bukan taat kepada Umno.

"Jadi itu perkara yang berbeza," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Ditanya untuk memperincikan kaedah indoktrinasikan itu, Zaidi berkata pada masa dahulu mereka kebiasannya dimomokkan dengan konsep "jangan lupa tangan yang memberi rezeki".

"Leadership (kepimpinan) di airforce (tentera udara) ini dia akan keliling pengkalan dan antara isu yang dia akan cakap adalah jangan lupa tangan yang menyuap rezeki ke mulut.

'Itu konsep salah'

"Jadi kita kena faham dari perkataan itu.

"Harap-harap ini tak berlaku lagi. Itu konsep salah," katanya.

Kesedaran terhadap perkara itu mendorong Zaidi untuk menggunakan masanya selepas dipecat daripada perkhidmatan, untuk mengelilingi negara membetulkan perkara itu termasuk dakwaan menipu dalam pilihan raya.

"Jadi kita kena cakap yang ini tidak betul dan kita kena beritahulah faktanya.

"Jadi ramai yang tak faham konsep mentaati ini. Kalau parti yang memerintah itu menipu, awak pun kena ikut menipu, itu tak betullah.

"Sebab itu fokus saya sekarang hendak pergi roadshow (jelajah) atas apa-apa platform sama ada parti politik atau bukan parti politik," katanya lagi.

Zaidi dipecat mahkamah tentera selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera.

Beliau juga diputuskan bersalah menyiarkan surat pertukarannya kepada media tanpa kebenaran.

Keputusan itu dijatuhkan sewaktu Zaidi memfailkan semakan kehakiman kesnya itu di Mahkamah Tinggi.

Ia juga dibuat sewaktu peguam Zaidi memboikot kes itu kerana salah seorang ahli mahkamah didakwa meninggalkan komen pada berita kes itu di laman Facebook.

Wawancara ini dijalankan oleh Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw

Mahfuz menang saman akhbar RM150K



Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan mendapat RM150,000 setelah menang saman terhadap New Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee.

Jumlah ganti rugi itu tidak termasuk faedah.

Ia berkaitan artikel dalam Berita Harian pada tahun 2000 berjudul "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif hari ini menolak permohonan NSTP untuk merayu kerana tiada merit untuk membenarkannya.

Pada Mei tahun lalu, tiga anggota Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009, yang memutuskan artikel itu sebagai fitnah.

Mahfuz diwakili oleh peguam Azhana ‎Mohd Khairuddin manakala NSTP pula diwakili oleh Nad Segaram.
malaysiakini

PKR ingatkan hutang M'sia sudah RM569b



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak terus meminjam untuk menangani kurangan besar dalam Belanjawan 2015 kerana ia akan membebankan negara.

Anggota parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kurangan yang dicetuskan oleh kejatuhan harga minyak dunia, masalah ringgit melemah dan perbelanjaan menangani banjir, boleh mencecah sehingga RM25 bilion (9.2 peratus) daripada keseluruhan belanjawan.

“Kami gesa perdana menteri untuk berterus terang berhubung jumlah kurangan belanjawan dalam taklimat khas esok.

“Bawah keadaan ekonomi menekan, kerajaan mempunyai dua kaedah untuk menyelesaikan masalah belanjawan: potong perbelanjaan atau mengambil pinjaman tambahan.

“PKR ingin memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak mengambil pinjaman tambahan,” kata Sim yang juga pengarah strategi PKR.

Sim mengingatkan bahawa pentadbiran Najib sudah menyaksikan hutang tertinggi sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jika mengambil kira liabiliti luar jangka, ia sudah mencecah 70 peratus daripada KDNK,” kata Sim.
malaysiakini

Saiful Bukhari dedah arahan TV3 'hentam' Daim



Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan arahan wajib membuat liputan TV3 terhadap program PKR yang didakwa bertujuan menyerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Saiful memuat naik komunikasi WhatsApp yang mengandungi arahan “must cover and use” (wajib buat liputan dan guna) kepada wartawan penyiaran Nik Suryani Megat Deraman pada 25 November lalu.

Arahan yang didakwa daripada “bos besar” itu mengarahkan Nik Suryani, yang juga isterinya, membuat liputan berhubung sidang media anggota parlimen PKR Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin (kiri).

Ia berkaitan desakan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatan terhadap dakwaan kes rasuah Daim di parlimen.

“Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack (serang) Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage (liputan) pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke?

“Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim pula?” soalnya.

Saiful berkata, beliau ingatkan serangan terhadap Daim itu cuma sekali tetapi “rupanya makin menjadi-jadi”.

Berhenti kerana 'jijik'

Nik Suryani kini tidak lagi berkhidmat dengan TV3 setelah mengambil skim pemberhentian kerja “MSS”.

Hari terakhir beliau bertugas pada 15 Disember.

“Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC (sidang media) Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam tokoh yang beliau sendiri hormati.

“Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki di tangan Allah," katanya.

Daim (kanan) sebelum ini telah menyuarakan rasa terkejutnya terhadap perhatian luar biasa media mesra kerajaan terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya.

Serangan terhadap Daim, orang kuat Tun Mahathir Mohamad, dilihat bermula selepas bekas perdana menteri dan beberapa lagi tokoh mula bersikap kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

SPRM pada 1998, ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR), memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap Daim.

Bagaimanapun, kali ini, SPRM telah mengambil keterangan Daim dan akan bertemu dengan Anwar yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berkenaan kes itu.

'Jika ibu tiri didakwa, anak-anak itu dijaga JKM'

Chew Mei Fun

BUTTERWORTH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi perlindungan terhadap lima beradik tiri kepada kanak-kanak perempuan dipercayai dikurung dan didera di Sungai Dua, di sini, sekiranya ibu tirinya turut didakwa.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata JKM akan bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka yang berumur di bawah 18 tahun, jika polis mengambil keputusan untuk turut mendakwa ibu tiri kanak-kanak berkenaan.
"Untuk jaga kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah tanggungjawab JKM. Sekiranya ibu bapa kanak-kanak itu didakwa, JKM akan ambil tindakan dan memberi perlindungan pada mereka.
"Ini kerana jikalau ada apa-apa kesalahan pun anak-anak bukannya pihak yang buat salah, kebajikan mereka mesti diambil kira," katanya pada sidang akhbar selepas melawat kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.
 
Hadir sama pengarah HSJ Dr Azlina Muhamad Radzi dan pengarah JKM Pulau Pinang Dr Zaitol Salleh.

Polis mendapat perintah lanjutan reman selama tiga hari terhadap bapa kanak-kanak itu bermula hari ini dan polis juga mengambil keterangan ibu tiri kanak-kanak itu Sabtu lepas.
Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid tahun satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Susulan itu, pihak polis menahan bapa mangsa, berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.
Mei Fun berkata buat masa ini kanak-kanak itu masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan pihaknya turut menggiatkan usaha mencari waris mangsa. 
"Sekiranya waris kanak-kanak ini tidak dijumpai, perintah meletakkan sementara dia di rumah kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas, dekat sini akan diambil sehinggalah kanak-kanak ini diserahkan kepada anggota keluarganya atau orang yang layak dan sesuai (menjaganya)," tambahnya.
Sementara itu, Dr Azlina berkata pihaknya memberi makanan secara berperingkat kepada kanak-kanak itu dan akan mengambil masa selama sebulan bagi mengembalikan berat ideal murid tahun satu itu. 

"Dia dah lama tak diberi makan, jadi kita beri dia makanan secara perlahan-lahan sehingga dia boleh capai berat badan yang memuaskan. Buat masa ini dia belum boleh lagi makan makanan pepejal. Sekarang berat dia sudah naik dua kg kepada 10 kg dan kita cuba untuk capai 15 ke 20 kg," katanya. - Bernama

Siasatan 1998 dapati tiada kes rasuah Tun Daim


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Tiada kes rasuah terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, berdasarkan siasatan yang dijalankan pada 1998 oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, berdasarkan penilaian siasatan SPRM terhadap Daim sebelum ini, tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh mengenai dakwaan rasuah.
“Untuk makluman, siasatan ke atas Tun Daim telah pun dijalankan BPR (kini SPRM) pada tahun 1998. Timbalan Pendakwa Raya yang meneliti kes ini pada masa itu telah membuat keputusan tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan media sebelum ini yang memetik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dirinya mempunyai bukti terhadap kes rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan pada 1998, yang ketika itu dipegang Daim.
Anwar, setelah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1997, pernah mendakwa mempunyai fail dokumen rasuah terhadap beberapa pemimpin namun sehingga kini beliau gagal kemukakan bukti kepada pihak berkuasa.
Mohd. Shukri berkata, SPRM bersedia menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan sekali lagi dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai bukti supaya bekerjasama dengan agensinya.
“SPRM akan berjumpa dengan Anwar yang mendakwa beliau mempunyai bukti yang kukuh berkenaan kes ini,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, SPRM telah menemu bual Daim baru-baru ini dan keterangan yang diberi Daim, Anwar serta saksi lain akan dikemukakan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Beliau berkata, SPRM juga seterusnya akan kemukakan keterangan tersebut kepada Panel Penilaian Operasi, badan bebas yang memantau operasi SPRM.
“SPRM menegaskan bahawa agensinya sentiasa menjalankan fungsinya termasuk siasatan dengan bebas, telus dan profesional berdasarkan Akta SPRM 2009,” katanya. - Bernama
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/siasatan-1998-dapati-tiada-kes-rasuah-tun-daim-1.49659#sthash.QGHLLpHG.dpuf

Pelaris Roti Canai





Pelaris besar nampaknya sebuah Gerai Din Roti Canai, Jalan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar ini apabila pekerjanya di warung itu bukan sembarangan kerana pekerjanya adalah seorang gadis dari Rome, Itali bekerja di situ.

Gadis tersebut, Chantal Viola, kelihatan sungguh manis bertudung sambil membuat kerja-kerja dikedai tersebut dengan tekun sekali.

Beliau yang merupakan pelajar pertukaran dari sebuah Universiti di Itali yang mengikuti program tersebut ke Kedah.

Menurut Chantal Viola, “Ketika bekerja di gerai roti canai, ianya merupakan cara terbaik untuk saya belajar Bahasa Melayu dan membiasakan diri dengan masyarakat setempat. Saya juga memakai hijab atas sebab yang sama.” katanya.

500 PPR Gua Musang Ditawar Kepada Mangsa Banjir Kuala Krai - Abdul Rahman


Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 3:05 PM
PPR Gua Musang yang ditawarkan kepada mangsa banjir.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 500 daripada 1,000 rumah sementara Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Gua Musang akan ditawarkan kepada mangsa banjir dari Kuala Krai yang turut kehilangan rumah baru-baru ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tawaran itu dibuat setelah mendapati hanya 500 keluarga dari Gua Musang yang terlibat akan mendiami rumah PPR yang ditawarkan.
Katanya, bagaimanapun jarak antara Kuala Krai dan Gua Musang yang jauh mungkin menjadi faktor sesetengah mangsa enggan berpindah ke penempatan sementara itu.
"Ada juga yang enggan untuk pindah ke Gua Musang buat sementara waktu sebelum perumahan kekal mereka siap dibina kerana jarak yang agak jauh dari kawasan asal mereka," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaya (UM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta melancarkan Program Komuniti Kesedaran Keselamatan kebakaran di sini, Isnin.
Katanya, kerajaan sudah mempunyai keputusan berkaitan jenis dan reka bentuk rumah baharu yang bakal dibina bagi menggantikan rumah mangsa banjir yang musnah dan perkara itu akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.
Paling senang sekarang ialah kita kumpulkan mereka dalam satu kawasan dan bina rumah teres, rumah panjang atau khemah yang dibuat dalam satu kawasan tapi nampaknya ada rasa tidak puas hati sedikit berikutan faktor lokasi," katanya.
Beliau berkata Kerajaan Pusat komited untuk membantu membina semula rumah yang musnah akibat banjir dan berusaha memenuhi setiap permintaan mangsa dengan menyediakan pelbagai pelan penyelesaian.
Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat perolehan tiga unit helikopter baharu dan alatan tambahan sebagai persedian menghadapi ancaman banjir pada masa akan datang.
"Sebahagian daripada peruntukan RM500 juta yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diperuntukkan kepada JBPM untuk beli peralatan yang sesuai dalam urusan menangani masalah banjir," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata, MoU antara UM dan JBPM adalah perkongsian pintar dua institusi itu dalam menjalankan penyelidikan dan menyediakan kurikulum pengajian merekabentuk bangunan dengan sistem keselamatan lebih canggih.