Thursday, May 28, 2015

PKR desak Najib disiasat isu 1MDB

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR- Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menggesa semua agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara turut membuka kertas siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Beliau mendakwa, jika terdapat sebarang unsur penyelewengan jenayah dalam 1MDB, ia akan turut mensabitkan Najib kerana Artikel 117 jelas menunjukkan keterlibatan secara langsung Perdana Menteri dalam keputusan-keputusan syarikat pelaburan tersebut.
 
“Saya merujuk kepada pendedahan oleh pihak media semalam (kelmarin), mengenai Memorandum Pertubuhan (Memorandum and Article of Association atau M&A) yang mempunyai Artikel 117 mengaitkan Najib dengan semua keputusan pelaburan serta hutang yang dibuat oleh 1MDB selama ini.
 
“Saya telah mendapat salinan penuh memorandum tersebut dan menyemak untuk mengesahkan ia adalah M&A 1MDB seperti berikut:
 
"Pertama, semakan dengan rekod terkini dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan 1MDB dan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) mempunyai nombor syarikat yang sama, iaitu 848230-V,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
 
Katanya, rekod terkini SSM juga menunjukkan bahawa TIA telah menukar namanya kepada 1MDB pada 25 September 2009.
 
Rafizi turut mendakwa pindaan kepada M&A telah difailkan kepada pendaftar syarikat melalui satu resolusi bertarikh 2 September 2009.
 
“Ini bermakna keseluruhan M&A ini besar kemungkinan difailkan untuk memenuhi proses mengambil alih dan menukar nama TIA kepada 1MDB seperti yang ditunjukkan oleh rekod terkini SSM,” katanya.
 
Menurutnya, melalui Artikel 117 bertajuk Reserved Matters dalam M&A menetapkan bahawa semua keputusan mengenai lantikan dan pemecatan pengurusan 1MDB serta sebarang komitmen kewangan termasuk keputusan pelaburan diambil oleh 1MDB yang boleh mempunyai kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan perlu mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri.
 
“Ini bermakna, kemungkinan besar Najib tahu mengenai urusniaga 1MDB yang mengandungi kontroversi setakat ini kerana beliau diperlukan. Bon pertama yang diterbitkan oleh syarikat itu dalam tahun 2009 telah dijamin Kerajaan Persekutuan.
 
“Maka, setiap urusnaiga penerbitan hutang selepas itu ada kesan kepada jaminan yang diberikan Kerajaan Persekutuan itu dan tidak boleh dilaksanakan oleh 1MDB tanpa kelulusan bertulis Najib,” katanya.
 
Beliau berpendapat Najib perlu hadir sendiri ke Parlimen untuk menerangkan perkara itu.
 
“Beliau juga perlu hadir untuk memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menjelaskan sama ada kelulusan bertulis beliau telah diberikan bagi semua urus niaga dan pelaburan 1MDB selepas jaminan Kerajaan Persekutuan bagi bon pertama 1MDB,” katanya.

Isnin Depan Penentu Nasib 20,000 Kakitangan MAS


Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 7:35 AM

EKSKLUSIF
PETALING JAYA: Isnin depan, 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bakal menerima surat masing-masing.

Penantian untuk mengetahui sama ada mereka masih mempunyai pekerjaaan atau tidak akan berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS yang baharu, Christoph Mueller menyatakan dengan jelas bahawa kebimbangan kakitangan syarikat penerbangan itu bakal ditamatkan tidak lama lagi.
Christoph Mueller

"Kakitangan syarikat dibiarkan berada dalam suasana yang tidak pasti sudah terlalu lama. Jadi ia menjadi kewajipan kami untuk menamatkan ketidaktentuan ini supaya semua orang boleh meneruskan kehidupan masing-masing," katanya dalam temu bual eksklusif bersama The Star.

Pada 1 Jun, surat penamatan perkhidmatan akan dihantar kepada semua pekerja.

Bagaimanapun kira-kira dua pertiga daripada kakitangan akan ditawarkan bekerja dengan syarikat baru itu, MAS Bhd.

Kumpulan itu mempunyai sehingga 12 Jun untuk memutuskan sama ada mereka mahu menyertai syarikat berkenaan dengan terma-terma baharu.

Syarikat penerbangan baharu iaitu sebuah entiti yang lebih kecil, hanya dapat menampung kira-kira 14,000 pekerja.

"MAS Bhd memerlukan kakitangan lebih sedikit kerana ia akan memberi tumpuan kepada laluan serantau.

"Adalah amat malang dan sangat sedih bahawa kami perlu melepaskan sebahagian kakitangan sedia ada," kata Mueller.

Proses penamatan perkhidmatan adalah sebahagian daripada rancangan untuk membentuk semula MAS.

Aset dan liabiliti sedia ada akan dipindahkan kepada MAS Bhd yang bakal mengambil alih operasi bermula 1 September.

Setiap kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan akan mendapat bayaran asas bergantung kepada gred mereka.

Mereka yang tidak ditawarkan pekerjaan dengan MAS Bhd juga layak untuk menerima bayaran ex-gratia.

Mereka yang ditawarkan bekerja di MAS Bhd juga akan mendapat bonus.

Proses penamatan perkhidmatan akan berlaku secara berperingkat, malah sesetengah daripada mereka mungkin ditawarkan kontrak jangka pendek.

Mueller berkata proses lengkap pemulihan MAS mungkin mengambil masa sehingga tiga tahun.

"Ia adalah satu proses yang sangat kompleks. Kami mempunyai prosedur berperingkat yang sangat perlahan," kata Mueller.

MAS Bhd akan menjadi syarikat penerbangan yang baharu, dengan wajah baharu dan penjenamaan semula.

Mueller berkata beliau menjangkakan tidak akan menerima maklum balas positif daripada keseluruhan pekerja yang ditawarkan menyertai MAS Bhd.

"Jika sambutannya kurang 100 peratus, kita akan buat tawaran pusingan kedua dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang tidak menerima tawaran pada pusingan pertama," katanya.

Jika perlu beliau berkata mungkin akan wujud penawaran untuk pusingan ketiga.

Beliau berkata, mungkin terdapat sebab-sebab tertentu untuk mereka menolak menyertai MAS Bhd, tetapi beliau akan memberikan butiran lengkap pada Isnin depan supaya kakitangan boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat.

Papagomo Belajar Perundangan Lawan Anwar


Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 10:40 AM
Wan Muhammad Azri membaca buku undang-undang dalam usahanya untuk memenangi rayuannya dalam kes saman fitnah Anwar.

PUTRAJAYA: Penulis blog Papagomo kini mula membaca buku-buku perundangan dalam usahanya untuk memenangi rayuan bagi menggugurkan perintah mahkamah supaya membayar RM850,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah.

Lelaki yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris di dua Mahkamah Tinggi itu berkata, dia membeli buku-buku perundangan untuk belajar tentang hak dan bagaimana untuk berhujah di mahkamah rayuan.

Pada 28 Februari tahun lalu, Wan Muhammad Azri diperintah membayar sebanyak RM850,000 kepada Anwar selepas gagal dalam saman fitnah oleh Anwar berhubung posting yang mendakwa pemimpin pembangkang itu terlibat dalam perbuatan tidak senonoh dengan lelaki lain.

Pada Selasa, Timbalan Pendaftar, Harith Sham Mohamed Yasin menetapkan 28 Ogos depan bagi rayuannya.

"Saya perlu belajar sendiri kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk melantik seorang peguam.

"Adalah sangat sukar kerana saya bukan graduan universiti. Saya perlu tahu cara yang betul untuk meyakinkan tiga hakim di Mahkamah Rayuan," kata Wan Muhammad Azri, 32.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata dia menghadiri beberapa pendengaran rayuan untuk belajar daripada peguam lain.

Menurut Wan Muhammad Azri, tindakannya yang perlu mengendalikan sendiri kes tersebut seharusnya menolak spekulasi bahawa dia ditaja oleh sebuah parti politik untuk menyerang Anwar.

Katanya lagi, dia perlu membayar ganti rugi berkenaan secara ansuran jika gagal dalam rayuannya kerana tidak mempunyai apa-apa aset.

Wan Muhammad Azri berkata dia kini bekerja sebagai jurulatih kecergasan.

"Isteri saya tidak bekerja. Dan dia hamil," katanya.

Peguam Anwar Shahid Adli Kamarudin berkata permintaan Papagomo untuk membayar kepada Anwar RM100 sebulan tidak boleh diterima.

Hakim Mahkamah Tinggi, Rosilah Yop memutuskan bahawa Anwar telah membuktikan bahawa Wan Muhammad Azri ialah blogger Papagomo.

Beliau berkata Papagomo menyalahgunakan kebebasan Internet dan memerintahkan dia membayar Anwar RM800,000 sebagai ganti rugi dan sebanyak RM50,000 sebagai kos.

DAP mahu Hadi jawab lima soalan bukti komitmen

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini meminta Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan komitmennya terhadap PR dengan menjawab lima soalan mudah.

Lima soalan itu ialah mengapa Abdul Hadi memungkiri komitmen Pas kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan pakatan; menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tengah-tengah kemelut skandal RM42 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB); dan mahu mewujudkan 'kerajaan perpaduan' bersama Umno?

Guan Eng dalam kenyataan di sini hari ini turut mempersoalkan mengapa Abdul Hadi enggan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.

Satu lagi soalan ialah mengapa mengisytiharkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud, tanpa menyebut tentang orang Islam lain, orang bukan Islam, serta rakyat Sabah dan Sarawak yang turut membantah undang-undang hudud.

Guan Eng berkata walaupun sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa setakat ini Pas masih bersama PR, Ahli Parlimen Marang itu mesti membuktikan komitmennya dengan menjawab lima soalan berkenaan.

"Bukan sahaja Abdul Hadi, malah pimpinan senior Pas juga telah mengelak daripada menjawab lima persoalan ini dengan cuba menyalahkan DAP jika terjadinya perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

"Hanya kerana mempersoalkan lima perkara ini, beberapa pimpinan Pas telah menyerang DAP lebih hebat daripada mereka menyerang Umno. Namun, DAP mesti terus konsisten dengan prinsip dan mempersoalkan lima perkara ini, bukan sahaja selepas Muktamar Tahunan Pas ke-61 tetapi juga sebelum ia berlangsung," katanya.

Beliau berkata DAP tidak akan membiarkan mereka dibisukan oleh pemilihan parti Pas bagi menghalang parti itu daripada menyatakan apa yang benar dan mempertahankan yang hak daripada yang batil.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kenyataan-kenyataan Abdul Hadi sebelum ini tidak konsisten dengan perakuan taat setia dan menyokong PR.

"Jika Abdul Hadi tidak boleh mengotakan janjinya, bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi atas dasar hormat dan percaya," katanya.

Beliau berkata, pimpinan tertinggi DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 25 Mei lepas mengulangi kesediaan untuk berhadapan sebarang kemungkinan bagi Pakatan Rakyat pada masa akan datang sekiranya Abdul Hadi berjaya mengekalkan jawatannya sebagai presiden Pas.  - Bernama

Wednesday, May 27, 2015

Tawar kambing, lembu untuk kahwin anak Obama

Malia Obama
Malia ketika bersama Obama dalam satu majlis.

KENYA - AFRIKA. Seorang peguam di Kenya menawarkan 50 ekor lembu, 70 ekor biri-biri dan 30 ekor kambing untuk mengahwini anak Presiden Amerika Syarikat, Malia Obama.
 
Memetik laporan Metro.co.uk, peguam itu, Felix Kiprono berkata, ia merupakan impian utamanya sejak beberapa tahun dahulu.
 
Kiprono dikatakan sudah membuat persiapan untuk berbincang dengan Presiden AS, Barack Obama ketika Obama melawat Kenya pada bulan Julai akan datang.
 
“Saya jatuh hati pada Malia sejak tahun 2008. Sejak dari itu, saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan setia kepadanya.
 
“Saya sudah berbincang dengan keluarga saya dan mereka sedia membantu untuk menaikkan tawaran untuk berkahwin dengan Malia,” katanya.
 
Menurut Kiprono, cintanya pada Malia, 16, adalah sejati dan bukan berlandaskan nafsu semata-mata.
 
Dia juga menegaskan bahawa tujuannya melamar anak Presiden itu bukan kerana pangkat dan harta.
 
“Saya sedang merangka surat untuk dihantar kepada Obama dan saya berharap supaya Malia turut dibawa bersama ketika lawatannya ke Kenya nanti. Saya berharap surat saya akan disampaikan kepada Obama menerusi kedutaan AS,” katanya lagi.
 
Menurut Kiprono lagi, sekiranya Malia bersetuju berkahwin dengannya, mereka akan membina kehidupan bersama dengan kesederhanaan tanpa menggunakan faedah atau harta Obama.

Jokowi minum jamu setiap hari


Jakarta: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengaku mengamalkan meminum beberapa jenis jamu sejak 17 tahun lalu.
Katanya, dia memakan jamu campuran kunyit dan halia pada setiap hari untuk menambahkan stamina serta menyegarkan badan.
“Saya sudah 17 tahun mengamalkan minum jamu berasaskan kunyit dan halia pada setiap pagi.
“Kunyit dan halia ini saya beli dipasar dan ditumbuk sebelum dibuat minuman,” katanya.
Jokowi memberitahu perkara itu ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pengusaha Jamu dan Ubat Tradisional Indonesia di Istana Presiden, kelmarin.
Ujarnya, jamu yang diamalkan itu sangat berkhasiat dan memberikan beliau tenaga untuk bertugas sepanjang hari.
“Kunyit ini juga baik untuk kesihatan kerana ia membaiki fungsi hati,” jelasnya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53655#sthash.o0GilQhN.dpuf

Baca al-Quran dengan langgam Jawa

Jakarta: Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Din Syamsuddin berharap isu seorang qari membaca kitab suci al-Quran dengan langgam Jawa tidak mencetuskan kontroversi yang berlebihan.
Katanya, membaca al-Quran menggunakan langgam tertentu tidak menjadi kesalahan tetapi kontroversi yang berlebihan boleh memecahbelahkan umat Islam.
“Tiada hadis atau ayat al-Quran yang melarang membaca kitab suci ini menggunakan langgam lain selain langgam Arab.
“Al-Quran berbahasa Arab dan turun di negara itu sehingga ia wajar dibaca menggunakan langgam Arab.
“Bagaimanapun, saya tidak tahu langgam apa yang digunakan Nabi Muhammad SAW dan adakah sama seperti langgam yang digunakan kita ketika ini,” katanya.
Menurutnya, apa yang penting ketika membaca al-Quran ialah setiap tajwid dan sebutan huruf mesti betul panjang atau pendeknya.
“Jangan sampai langgam ini mengubah makna ayat kerana itu satu kesalahan besar,” tegasnya.
Isu membaca al-Quran dengan langgam Jawa heboh diperkatakan di Indonesia selepas majlis Israk Mikraj di Istana Presiden pada 15 Mei lalu.
Dalam majlis berkenaan, seorang qari, Muhammad Yasser Arafat membacakan al-Quran dengan langgam Jawa.
Menteri Agama Lugman Hakim Saifudin mengaku menjemput qari itu membaca al-Quran dalam majlis yang dihadiri Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan duta negara Islam.
Ia mencetuskan kontroversi apabila pakar pengajaran al-Quran, Ahmad Annuri dari Dewan Dakwah Islamiah menuduh kerajaan meliberalisasikan agama Islam.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 7:34 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53416#sthash.y6EFOKfU.dpuf

Monday, May 25, 2015

" PEMBANTAIAN UMAT ISLAM JUGA TERJADI DI REPUBLIK AFRIKA TENGAH "









UMAT ISLAM SANGAT MEMBUTUHKAN KHILAFAH, UNTUK MELINDUNGI DAN MENOLONG SAUDARA-SAUDARA KITA YG DI ZALIMI DIMANAPUN BERADA.

Kali ini yang membantai Umat Islam adalah Orang Kristen, Ketika Mereka minoritas selalu mengkampanyekan bahwa Kristen adalah Agama Kasih dan penuh toleransi, Kalau Mayoritas Kristen adalah Agama Biadab, 6000 Muslim Tewas Dibantai di Central African Republic (CAR).

KIGALI (voa-islam.com) - Masih percaya Kristen agama 'kasih'? Hakikatnya, Kristen itu agama biadab. Tangan orang-orang Kristen penuh dengan lumuran darah Muslim. Para Pastur dan Romo yang sering mengumandangkan kasih, kenyataannya, mereka para penyeru pembantaian.

Faktanya, kelompok militan Kristen di Republik Afrika Tengah telah melakukan pembersihan etnis dari populasi muslim selama perang sipil berlangsung di negara itu. Namun, menurut Komisi Penyelidikan Perserikatan Bangsa-Bangsa, tidak ada bukti tentang tujuan genosida.

"Ribuan orang tewas akibat konflik tersebut. Pelanggaran hak asasi manusia dilakukan oleh semua pihak. Koalisi Seleka dan anti-Balaka juga bertanggung jawab atas kejahatan perang dan kejahatan terhadap kemanusiaan," ujar penyelidik pada hari Kamis, 15 Januari 2015.

"Meskipun Komisi tidak dapat menyimpulkan bahwa terdapat genosida, pembersihan etnis muslim oleh anti-Balaka merupakan kejahatan terhadap kemanusiaan," bunyi laporan itu.

Laporan akhir dari penyelidikan yang disampaikan kepada Dewan Keamanan PBB pada 19 Desember 2014 menyatakan jumlah korban tewas mencapai 6.000. Namun Komisi menganggap perkiraan tersebut tidak dapat menangkap sebesar apa pembunuhan yang terjadi.

Milisi anti-Balaka yang sebagian besar anggotanya terdiri atas penganut Kristen dan animisme mengangkat senjata pada 2013 sebagai tanggapan atas penjarahan dan pembunuhan oleh sebagian besar gerilyawan muslim Seleka.

Penjarahan tersebut menggulingkan Presiden Francois Bozize, dan Seleka merebut kekuasaan pada Maret tahun yang sama. Dewan Keamanan PBB membentuk komisi penyelidikan kasus ini pada Desember 2013.

Peristiwa di Afrika Tengah ini mengingatkan Muslim Indonesia tentang pembataian Muslim Poso oleh milisi Kelelawar yang dipimpin Tibo, di mana ratusan Muslim Poso, dan penghuni pesantren Walisongo di wilayah itu, habis dibantai oleh Tibo cs.

Pembataian terhadap Muslim di Republik Afrika Tengah, sampai hari ini terus berlangsung tanpa henti. Milisi Kristen terus memburu Muslim dimanapun, dan kemudian mereka membantainya.

Itulah fakta yang jelas-jelas tidak dapat diingkari. Sama seperti Zionis-Israel yang mebantai Muslim Palestina, tanpa henti sampai hari ini.

Mari kita tegakkan Khilafah yang akan menjaga kehormatan Islam dan Umat Islam di seluruh Dunia.

Akar Umbi PAS Meluat Dengan DAP - Tuan Ibrahim


Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 3:58 PM
Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA: PAS menggesa sekutunya daripada DAP supaya tidak bermusuh dan menghentikan serangan terhadap parti itu demi kepentingan Pakatan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli PAS kini begitu 'meluat' dengan sikap DAP yang secara berterusan menyerang PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Serangan bertali arus DAP terhadap PAS telah menimbulkan satu keadaan yang sangat tidak selesa dalam hubungan Pakatan Rakyat.
"Tindakan DAP ini sedang menolak Pakatan Rakyat ke ambang perpecahan. Isu serangan bertali arus DAP terhadap PAS amat meluatkan akar umbi PAS," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai konflik berpanjangan antara DAP dan PAS khususnya selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Hadi berkelakuan seperti pemimpin Umno.
Malah DAP juga sebelum ini turut memutuskan kerjasama dengan Hadi namun mahu kekal bersama PAS dalam pakatan pembangkang.
Hadi sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan keras bahawa PAS sedia memutuskan hubungan dengan DAP kerana bukan parti itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun ini berkata, perbalahan antara DAP dan PAS akan membawa kesan dalam Muktamar PAS ke-61 nanti.
Katanya ahli PAS akan terus mempertahankan kewibawaan parti walaupun ketika menjalinkan kerjama dengan DAP dan PKR.
"Maruah PAS sebagai parti berwibawa perlu dibela. Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS.
"Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.
"Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Undang-undang lindungi nama, imej LKY

Singapura: Kerajaan Singapura bakal menggunakan undang-undang untuk melindungi nama dan imej pengasas dan bekas Presiden negara itu, mendiang Lee Kuan Yew daripada dieksploitasi bagi tujuan komersial.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Lawrence Wong berkata, langkah itu diambil ekoran kebimbangan rakyat mengenai ada syarikat atau individu cuba mengaut keuntungan menggunakan nama serta imej mendiang.
Kuan Yew meninggal dunia pada Mac lalu ketika berusia 91 tahun.
Katanya, kerajaan kini di peringkat awal bagi mengkaji bagaimana untuk melindungi nama dan imej bekas pemimpin itu.
Kerajaan mungkin meluaskan Akta Jata dan Bendera Singapura dan Lagu Kebangsaan (SAFNA) yang mengawal penggunaan simbol negara untuk melindungi nama dan imej mendiang atau memperkenalkan undang-undang baru.
Menurutnya, buat masa ini SAFNA tidak merangkumi nama tetapi pegawainya akan meneliti contoh di negara luar seperti Australia yang mempunyai peruntukan undang-undang untuk eksploitasi nama.
Jelasnya, eksploitasi nama untuk tujuan komersial termasuklah mencetak baju atau mencipta imej mendiang untuk dijual.
Pada Mac lalu sebuah rangkaian kedai roti menjual roti terbaru yang dinamakan ‘Lee Bu Kai’ yang bermaksud ‘tidak sanggup meninggalkan kamu.’
Syarikat itu menarik penjualan roti berkenaan dan meminta maaf selepas dikecam orang ramai. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 7:46 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53144#sthash.lTKs84mL.dpuf

Bilangan jemaah haji cecah 5 juta 2020


Kerajaan Arab Saudi menjangkakan bilangan jemaah haji meningkat

Kerajaan Arab Saudi menjangkakan bilangan jemaah haji meningkat mencecah lima juta orang dan bilangan jemaah umrah pula meningkat 30 juta orang dalam tempoh lima tahun akan datang. AGENSI
JEDDAH 24 Mei – Bilangan jemaah haji dijangka mencecah lima juta orang dan bilangan jemaah umrah pula meningkat 30 juta orang dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Haji, Bandar Hajjar.
Ketika bercakap kepada ahli perniagaan di Madinah kelmarin, beliau berkata, kementerian berkenaan telah membuat persiapan untuk menerima jemaah umrah yang tertinggi pada bulan Ramadan ini, yang mungkin bermula pada 18 Jun ini.
“Kami telah mengambil kira peningkatan besar jemaah haji pada tahun-tahun akan datang,’’ kata Bandar dan menggesa sektor swasta menyediakan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah itu.
Beliau berkata, pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz yang baharu di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed di Madinah akan membantu meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.
“Pembesaran Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah pula akan dapat menampung jumlah jemaah haji dan umrah yang lebih besar,” katanya.
Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Madinah, Mohammed Al-Khatrawi berkata, sektor haji dan umrah merupakan sektor terbesar yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Arab Saudi dan menyokong pelan kerajaan Arab Saudi untuk mempelbagaikan ekonominya.
“Ia merupakan salah satu daripada sektor yang memberi sumbangan besar kepada pendapatan kerajaan dan sektor pekerjaan,’’ katanya, sambil menambah kata, ia juga memberi sumbangan besar kepada ekonomi rantau ini.
Al-Khatrawi berkata, “Ia juga boleh menggalakkan pelaburan dan mengurangkan pergantungan Arab Saudi kepada sumber minyak.”
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bilangan-jemaah-haji-cecah-5-juta-2020-1.95390#sthash.6ivaaBoC.dpuf

Sunday, May 24, 2015

Kabinet Belanda cadang haram niqab


Belanda merancang mengharamkan pemakaian penutup muka atau niqab

BELANDA merancang mengharamkan pemakaian penutup muka atau niqab di beberapa tempat tertentu termasuk sekolah dan hospital. Agensi
AMSTERDAM 23 Mei – Kabinet Belanda merancang membentang undang-undang bagi mengharamkan pemakaian penutup muka atau niqab di tempat-tempat seperti sekolah, hospital dan pengangkutan awam.
Laman web al-Jazeera melaporkan, Perdana Menteri, Mark Rutte semalam berkata, langkah bagaimanapun, tidak melibatkan pemakaian niqab di jalan-jalan raya.
“Pengharaman ini hanya dikenakan dalam situasi tertentu di mana merupakan satu keper­luan untuk muka seseorang dilihat atas alasan keselamatan,” katanya kepada wartawan.
Beliau berkata, kerajaan cuba mencari keseimbangan antara kebebasan rakyat untuk memakai apa jenis pakaian dan kepentingan memudahkan komunikasi bersama.
Rutte berkata, rang undang-undang yang dicadangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ronald Plasterk itu tidak berdasarkan latar belakang agama.
“Kerajaan tidak melihat pelaksanaan pengharaman sepenuhnya di tempat-tempat awam,’’ katanya.
Mereka yang melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan denda sehingga 405 euro (RM1,606).
Badan penyiaran rasmi, NOPS melaporkan antara 100 dan 500 wanita di negara ini memakai niqab.
Jiran Belanda iaitu Perancis dan Belgium turut mengenakan pengharaman pemakaian niqab di tempat-tempat awam.
Sejumlah pergerakan berhaluan kanan di Eropah menjadikan pengharaman niqab sebagai objektif politik mereka.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kabinet-belanda-cadang-haram-niqab-1.94922#sthash.W0eWFEd3.dpuf

Turki tahan 43 penentang Presiden Erdogan


RECEP TAYYIP Erdogan

RECEP TAYYIP ERDOGAN
ISTANBUL 23 Mei – Turki semalam menangkap 43 penentang kerajaan di Konya dalam satu serbuan ke atas penyokong Fethullah Gulen, seteru Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Agensi berita Anatolia melaporkan mereka yang ditahan termasuk bekas anggota polis dan pegawai pendidikan serta bekas rektor Universiti Mevlana di Konya.
“Waran tangkap pada awalnya dikeluarkan ke atas 50 orang suspek,” kata laporan itu.
Suspek yang ditahan semalam akan disoal siasat, sebelum mereka didakwa atau dibebaskan.
Penahanan tersebut dilakukan dua minggu sebelum Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan pada 7 Jun ini ketika penyokong Gulen didakwa cuba membentuk sebuah negara dalam usaha menggulingkan Erdogan.
Berpuluh-puluh serbuan dilakukan terhadap penyokong Gulen sejak musim panas tahun lepas.
Gulen yang merupakan bekas sekutu Erdogan, berjaya mening­katkan pengaruhnya sejak beberap tahun lepas terutama dalam kalangan polis dan penguatkuasa serta melalui kepentingan dalam sektor pendidikan dan kewangan.
Pihak berkuasa menuduh Gulen mendalangi dakwaan rasuah terhadap Erdogan dan sekutunya pada Disember 2013.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-tahan-43-penentang-presiden-erdogan-1.94926#sthash.OVuCe10W.dpuf

Saturday, May 23, 2015

Penduduk jadikan gempa bumi bahan lawak jenaka?

Penduduk jadikan gempa bumi bahan lawak jenaka?
Antara foto 'kemusnahan' yang dimuatnaik ke laman sosial.

KENT - ENGLAND. Bencana alam selalunya mengundang ketakutan. Namun gempa bumi berukuran 4.2 skala Richter yang melanda tenggara England awal pagi hari ini dijadikan bahan jenaka di laman sosial pula.
 
Menurut laporan Dailymail, beberapa penduduk di kawasan gempa tersebut melahirkan 'rasa takut' dan memuat naik foto 'kemusnahan dahsyat' yang disebabkan gempa bumi tersebut.
 
Laporan berita tempatan mengatakan gegaran dirasai oleh penduduk daerah Kent, Norfolk, Essex, Suffolk dan Surrey.
 
"Kami tidak akan lupa. Kami akan bina semula," antara kapsyen foto 'kemusnahan' yang dimuatnaik.
 
"Doakan Kent," kapsyen pada foto minuman yang tumpah disebabkan gegaran gempa tersebut.
 
Polis dari Trumpton pula melaporkan 'jumlah kerugian' akibat gempa tersebut adalah 39 pound (RM218.75)
 
Bagaimanapun, jenaka berkenaan dianggap tidak sesuai oleh sesetengah pihak.
 
"Terlalui ramai yang berjenaka (mengenai hal berkenaan) tapi ini adalah serius dan buat anda terfikir tentang mangsa gempa bumi di Nepal yang hadapi (gempa bumi) lebih teruk," kata Hannah Bland dari Kent.
 
Difahamkan, gempa bumi hari ini merupakan yang pertama mencapai ukuran 4.2 skala Richter sejak tahun 2008.

‘Terpaksa tebalkan muka...’

Butterworth: “Nak buat macam mana, mahu atau tidak, saya terpaksa tebalkan muka tinggal seperti penagih dan menjadi gelandangan di sini,” kata Ahmad Salleh, 58, selepas dia dan isteri, Azizah Salleh, 40, sudah dua bulan menjadikan tembok pembahagi jalan di laluan pusingan U jejambat Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) sebagai tempat tinggal.
Pasangan berkenaan terpaksa tidur berbumbung lantai jejambat dan beralas kotak selepas tidak mempunyai rumah untuk didiami.
Ahmad berkata, dia mencari rezeki dengan menjaga tandas awam di Terminal Bas Penang Sentral, tidak jauh dari situ dan memperoleh gaji harian sekitar RM20.
“Saya dan isteri memang malu apabila tidur di atas pembahagi jalan, namun ini pilihan yang kami ada setakat ini selepas datang ke Pulau Pinang dari Alor Setar dua bulan lalu.
“Kami tiada pilihan dan ini saja tempat selamat untuk kami tinggal walaupun kadangkala dicemuh dan diherdik mereka yang lalu-lalang di sini,” katanya.
Menurutnya, dia datang dari Alor Setar untuk mencari peluang pekerjaan di negeri ini selepas lama menganggur dan walaupun keadaan kurang selesa, mereka berteduh di situ akibat kesempitan wang untuk mencari rumah sewa.
Katanya, mereka pernah mengikat perut dan menahan lapar selama beberapa hari kerana tiada wang untuk membeli makanan.
“Bukan itu saja, jika hujan lebat, kawasan ini dipenuhi air dan kadangkala kami tidur dalam keadaan basah.
“Ramai gelandangan lain tidur di kawasan ini dan kebanyakan mereka bekerja pada waktu siang dan hanya ada di sini pada waktu malam.
“Setakat ini, saya masih belum dihalau pihak berkuasa, cuma Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) datang dan menasihatkan kami supaya berjaga-jaga bimbang disamun penjenayah,” katanya.
Menurutnya, mereka pernah didatangi dan cuba dicederakan lelaki mabuk yang meminta wang, tetapi tidak diganggu lagi selepas dia menghulurkan beberapa ringgit kepadanya.
Katanya, dia lebih bersemangat mencari rezeki kerana perlu menjaga Azizah yang mengalami masalah mental sejak remaja.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 7:08 AM


Ahmad Salleh bersama isterinya yang tinggal di bawah jejambat Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52926#sthash.3vOJdhHI.dpuf

Pelakon filem porno nafi setuju jadi pembantu jutawan

Beijing: Pelakon filem porno Jepun Rola Misaki, 22, menyangkal laporan kononnya dia bersetuju mengakhiri kariernya selepas menjalinkan hubungan dengan jutawan misteri dari China.
Rola yang menggunakan nama Rola Takzawa dalam filem lakonannya, menafikan dia bersetuju berbuat demikian selepas dibayar kirakira RM28 juta.
Rola menulis dalam Sina Weibo: “Laporan itu tidak benar sama sekali.”
Walaupun baru tiga tahun berlakon dalam filem porno, Rola mempunyai lebih 4.8 juta pengikut dalam laman sosial itu.
Dia sebelum ini dilapor berkenalan dengan lelaki misteri itu pada satu acara di Beijing.
Pasangan berkenaan dilihat berpegang tangan di atas pentas dengan lelaki itu memakai topeng untuk merahsiakan identitinya.
Satu sumber industri hiburan di China juga mengesahkan Rola tidak pernah bersetuju untuk menamatkan karier lakonannya dalam filem porno.
“Lelaki berkenaan hanya mahu menjadi terkenal.
“Dia menggunakan nama Rola,” kata sumber itu.
Menurut laporan sebelum ini, Rola bersetuju menjadi pembantu peribadi lelaki itu yang dipercayai turut bekerja dalam industri hiburan di China.
Rola yang mempunyai darah kacukan Russia adalah antara bintang porno terkenal di China.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 6:56 AM


ROLA dengan lelaki yang didakwa jutawan China.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52911#sthash.ITopVJwo.dpuf