Thursday, July 23, 2015

Thailand Akan Hanya Soal Siasat Justo


Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 10:09 PM
JUSTO
Xavier Andre Justo.

DIKEMASKINI
BANGKOK: Polis Thai tidak akan memanggil mana-mana orang lain berhubung kes warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang dituduh mengugut bekas majikannya PetroSaudi International. 
"Aktiviti itu tidak berlaku di Thailand. Ia mengenai penjelasan berhubung kaitan kes ini tetapi kesalahan itu tidak langsung berlaku di Thailand," jurucakap polis Thai Lt-Jen Polis Prawuth Thavornsiri memberitahu pemberita di sini, Rabu.
Beliau ditanya mengenai pendedahan minggu lepas bahawa Justo telah menemui sekurang-kurangnya 10 orang di Singapura dan tempat-tempat lain, dan sama ada orang-orang ini akan dipanggil untuk disoal siasat. 
Justo dikatakan telah berjumpa mereka membincang dan merundingkan harga untuk menyerahkan salinan-salinan dokumen mengenai urusniaga PetroSaudi International dengan 1Malaysia Development Bhd. 
Hanya Justo, yang mengaku telah mengugut PetroSaudi International, telah disoal siasat dalam kes ini.  
Prawuth berkata, polis Thai kini di peringkat akhir mengumpul bukti kes tetapi belum ada tarikh ditetapkan untuk mengenakan tuduhan terhadap Justo.  
"Saya kira tidak lebih dari sebulan, tetapi tidak ingin mendesak pegawai-pegawai penyiasat. Jika saya kata dalam tempoh 10 hari, mereka (pegawai penyiasat) mungkin merasa tertekan," katanya.  
Polis Thai masih mempunyai 54 hari untuk mendakwa Justo, yang hingga Rabu sudah 30 hari ditahan polis.   
Prawuth berkata, Justo telah memilih sendiri peguamnya tetapi tidak tahu yang mewakilinya (Justo).  
Beliau berkata, salinan semua bukti dalam bentuk dokumen termasuk komunikasi emel berkaitan kes itu telah dibuat demi "keselamatan Justo". 
Ditanya apa beliau maksudkan berkata demikian, Prawuth menjelaskan salinan (bahan bukti) adalah perlu oleh kerana hanya Justo tahu mengenai bukti kes, dan jika sesuatu berlaku pada dirinya, tanpa salinan itu, ini mungkin menguntungkan orang lain. 
Beliau berkata, Justo berkeadaan baik dan kelihatan tidak tertekan.   
"Saya membuat pemeriksaan dengan pegawai-pegawai penjara kerana kami bimbang tentang kebajikannya dan beliau saksi penting dalam kes ini," kata beliau. 
Prawuth berkata, polis Thai masih belum menyerahkan sebarang salinan dokumen berkaitan kes itu kepada polis Malaysia, dan beliau tidak tahu bila ini akan dilakukan. 
"Ini dalam proses diselaraskan," kata beliau. 
Ditanya mengenai permintaan polis Malaysia untuk menyoal siasat Justo, Prawuth berkata, mereka telah menghubungi kerajaan Thai menerusi Kementerian Luar tentang perkara ini.  
"Bagaimanapun, Polis Thai belum diberitahu," katanya. - BERNAMA

Rumah Putih rumus rancangan tutup penjara Guantanamo

KHAMIS, 23 JULAI 2015 @ 9:04 AM

GAMBAR fail, penunjuk perasaan menuntut penutupan pusat tahanan Guantanamo dan mogok lapar di luar Rumah Putih, di Washington pada 24 Mei, 2013 yang lalu.


 WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kini dalam peringkat akhir merumus pelan untuk menutup penjara di Teluk Guantanamo, Cuba dan menyalurkan rancangan itu untuk kelulusan Kongres, kata jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest. Penutupan penjara kontroversi itu adalah antara agenda utama Presiden Barack Obama sebaik mengambil teraju pentadbiran AS pada 2009, tetapi rancangan itu berdepan pelbagai halangan termasuk bantahan daripada Kongres berhubung pemindahan banduan ke penjara di AS. "Kerajaan sedang dalam peringkat akhir merumus plan untuk mengambil tanggungjawab dan menutup dengan selamat penjara di Teluk Guantanamo dan bentangkannya kepada Kongres. "Inilah yang sudah dirangka pihak keselamatan kita sejak beberapa lama, terutama kerana ini adalah keutamaan Presiden. Operasi di Cuba bukanlah cara yang cekap untuk menggunakan sumber kerajaan. "Ini kerja rumit, tapi sudah banyak kemajuan yang kita capai," kata Earnest. Kewujudan penjara dan kemudahan tentera AS di Teluk Guantanamo juga dibantah kerajaan Cuba, yang baharu saja memulihkan hubungan diplomatik dengan AS. Hingga kini Cuba mendakwa AS menceroboh tanahnya. Pada majlis perasmian pembukaan pejabat kedutaan Cuba di Washington pada Isnin, Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez turut menyuarakan permintaan supaya AS memulangkan semula Teluk Guantanamo. Setakat ini, Washington secara berperingkat memindahkan banduan dari Teluk Guantanamo ke negara asal mereka atau negara ketiga dan proses itu perlu disegerakan jika penjara itu hendak ditutup sepenuhnya, kata Earnest. Penjara tentera di Teluk Guantanamo dibuka pada Januari 2002, berikutan serangan 11 September 2011 di New York. Selepas mencapai kemuncak menempatkan 680 banduan pada 2003, kini masih ada 116 banduan di situ. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/69564

Manuskrip al-Quran tertua di dunia

London: Universiti Birmingham dipercayai memiliki manuskrip al-Quran tertua di dunia dipercayai berusia 1,370 tahun.
Analisis radiokarbon menunjukkan naskhah itu dari sekitar 568 hingga 645 Masihi dengan ketepatan 95.4 peratus.
Hasil ujian itu yang dilakukan di Universiti Oxford mencadangkan manuskrip berkenaan ditulis kurang 20 tahun selepas Nabi Muhammad SAW wafat.
Profesor Agama Kristian dan Islam universiti berkenaan David Thomas berkata: “Ujian itu memang penemuan mengejutkan di dalam koleksi universiti kami, malah manuskrip ini tidak mustahil dihasilkan dalam tempoh beberapa tahun pengasasan Islam.
“Nabi Muhammad menerima wahyu antara 610 hingga 632 Masihi bererti kemungkinan besar orang yang merekodkan manuskrip ini juga hidup pada masa itu, malah mungkin turut mengenalinya.
“Tulisan ini mampu menyokong pandangan bahawa teks al-Quran tidak diubah dan ditulis tidak lama selepas diwahyukan.”
Manuskrip berkenaan sebahagian daripada koleksi Mingana bagi manuskrip Asia Barat merangkumi dua kekulit serta ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama.
Manuskrip itu akan dipamerkan di Institut Seni Halus Barbaer universiti terbabit, Oktober depan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 6:15 AM


Manuskrip ditulis atas kulit dan berusia 1,370 tahun akan dipamerkan Oktober depan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65564#sthash.zkP03P6z.dpuf

Gadis Filipina: Ketenangan Suara Adzan Mendamaikan Hati, Saya Pilih Islam


Ahad 7 Rejab 1436 / 26 April 2015 19:00
aisha canlas masuk islam
PERJALANANNYA dimulai saat ia bekerja di Saudi, namun awal mula mendapatkan hidayah setelah mendengar dan merasakan ketenangan saat adzan berkumandang di sebuah masjid dekat rumahnya di Manila.
Aisha Canlas, gadis Katolik asal Filipina bercerita tentang awal mula ia mengucapkan syahadat dan akhirnya memeluk Islam. Berikut kisahnya disarikan dari Onislam.net.
“Saya selalu memejamkan mata dan merasakan ketenangan dan kedamaian dalam hati meski saya tidak tahu arti kata-kata dalam azan itu,” kenang Canlas.
“Namun saat itu saya tidak terpikir untuk mencari tahu tentang Islam, apalagi memeluknya. Saya hanya suka mendengar suara adzan.”
Canlas kemudian memutuskan bekerja di Arab Saudi agar bisa memberikan masa depan yang lebih baik untuk keluarganya.
“Sebelum saya datang ke sini (Riyadh), saya adalah seorang Katolik karena orang tua saya juga Katolik. Namun saya mulai belajar tentang budaya dan negara Saudi secara keseluruhan di sini, mulai dari bahasa hingga tentu saja agamanya. Saya penasaran tentang Islam.”
Sampai kemudian Canlas menemukan sebuah madrasah di lingkungan dia bekerja. Dia memutuskan untuk ikut mendaftarkan diri di madrasah itu dan mulai mengikuti pelajarannya bersama dua temannya tepat pada 15 Januari 2008.
“Waktu pertama masuk, saya jadi pusat perhatian. Selain karena anak baru, saya satu-satunya non-Muslim. Saya mendengarkan penjelasan tentang Islam, Al-Quran, Rasulullah dan Allah SWT.”
Sejak saat itu, Canlas semakin memahami Islam dan mulai berpikir untuk menjadi bagiannya. Namun sebelum benar-benar menjadi Muslim, Canlas minta izin kepada ibunya di Filipina.
“Alhmadulillah, ibu tidak keberatan. Ibu hanya takut jika saya sudah jadi Muslim, saya akan melupakan orang tua dan saudara.”
Canlas mengatakan kepada ibunya bahwa Islam mengajarkan umatnya untuk selalu menghormati orang tua, terutama ibu.
Pada 24 Januari 2008 Canlas benar-benar mengucapkan syahadat di hadapan guru dan siswa-siswa madrasah lainnya. Canlas tak mampu mengungkapkan perasaannya saat mengucapkan kalimat syahadat.
“Yang saya tahu, setelah bersyahadat hati saya seperti terlepas dari berbagai beban yang sangat berat. Akhirnya, saya menemukan kedamaian yang saya cari selama hidup saya. Menjadi Muslim sungguh berbeda.”
Canlas patut berbahagia, karena tidak lama setelah menjadi mualaf, dia berkesempatan menunaikan umrah pada 5 Maret 2008. Canlas mengatakan umrah tersebut merupakan pengalaman yang spesial dan tak terlupakan. [ra/islampos]

Sebagai Seorang Abang, Saya Nasihatkan Mereka, Jangan Terperangkap Dengan DAP!

KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato’ Mustafa Ali menghantar mesej kepada pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dianggapnya sebagai ‘adik-adik’ beliau agar berwaspada dan tidak jatuh ke dalam perangkap DAP.

Dengan tidak menamakan siapakah mereka, beliau berkata sebagai ‘seorang abang’ yang rapat dengan mereka, sudah sampai masanya beliau menasihatkan mereka.
“saya sebagai abang kepada mereka baik dari segi umur dan dari segi penglibatan dalam parti, saya yang paling rapat dengan mereka,
“saya mengingatkan semua atau pun nak merayu supaya mereka ni berfikir panjang kerana ini satu benda yang besar yang melibatkan masa depan mereka sendiri,”ujarnya yang pernah menjadi ahli parlimen dan juga bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu.
Mustafa Ali 220715aTidak benar dakwaan mereka, bahawa mereka tidak lagi dikehendaki dalam jamaah dan dalam parti dan secara peribadinya, kata beliau, mereka adalah tenaga-tenaga yang penting dalam parti.
“jadi saya nak nasihatkan kepada adik-adik saya ini, sebagaiamana seorang abang yang sayang kepada adik-adiknya………samada mereka nak terima atau tidak, itu soal lain,
“sebagaimana saya pernah menyebut kepada Datuk Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa ketika itu, jangan terperangkap dengan Umno,
“saya nak peringatkan kepada adik-adik saya (dalam GHB) jangan terperangkap dengan DAP,”tegasnya.
Mantan Setiausaha Agung PAS itu berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini, pada Rabu, 22 Julai.
Katanya, pada waktu ini, sekiranya ada pemimpin PAS yang mencadangkan agar mereka di pecat dari ahli parti, beliau akan menentangnya.
Beliau menjelaskan, mereka perlu diberi sedikit masa untuk memikir dan ‘merawat luka ego dan maruah’mereka kerana katanya manusia ini ada perasaan.
Sebaliknya, kalua mereka meneruskan niat menubuhkan parti baru dan menentang PAS, beliau sendiri berikrar akan melawan mereka.
“tapi kalau dia nak (teruskan) juga saya tak dapat nak halang, tapi seperti yang kita sama-sama maklum, tubuh parti politik baru dan apabila masuk saja parti baru, (secara) otomatik terpecat daripada PAS……..itu saya tak boleh buat apa,
“sekarang dia masih dalam PAS sebab itu saya (nasihatkan) tapi kalua sudah keluar PAS dan tubuh parti baru (lalu) melawan PAS, saya (akan) lawan mereka!,”tegasnya

Pancaroba



Saya baru dimaklumkan bahawa Saudara Tony Pua telah dihalang dari meninggalkan negara atas penglibatan beliau mendedahkan kes 1MDB. Ekoran itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Saudara Tony Pua seperti berikut:

Oleh yang demikian, saya mengesyaki saya juga telah disenarai hitamkan dan tidakdibenarkan keluar dari Malaysia.

Mengikuti perkembangan sejak beberapa minggu lepas, saya juga mengesyaki bahawa saya dan Saudara Tony Pua akan dipanggil oleh pihak polis dalam masa terdekat dan berkemungkinan akan ditahan berdasarkan fitnah yang disebarkan melalui video oleh seorang yang bernama Lester Melanyi.

Daripada hari pertama perkara ini disebarkan, saya telah menyatakan bahawa tuduhan itu adalah sebahagian dari konspirasi jahat untuk menutup mulut kami (saya, Saudara Tony Pua, Sarawak Report dan The Edge) oleh kerana kelantangan kami membawa isu 1MDB sejak beberapa tahun yang lepas.

YB RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

Wednesday, July 22, 2015

Bersyukur.....satu DUNIA tahu



Bersyukur.....satu DUNIA tahu

Kita patut rasa bersyukur & berterima kasih pada Najib & kuncu2nya dlm skandal Najib-1MDB kerana secara tak langsung telah menaikkan nama M'sia di persada antarabangsa dgn pendedahan & perkhabaran mengenainya di serata dunia pada setiap hari..

Sudah tentu menteri Nazri Aziz antara menteri yg paling gembira.. Nnti pelancong berpusu2 masuk M'sia. RINGGIT KAN DAH JATUH. Ringgit jatuh baik untuk pelancongan. KAH!! KAH!! KAH!!

Najib Razak smlm dah last day tunggu jawapan balas dari WSJ tapi WSJ buat2 bodo aja malas nak layan tuntutan kamu.. BILA LAGI NAK SAWAN WSJ.. Nak tunggu Selasa bila.. Selasa tahun depan ka !!!
 

Charlie Hebdo sudah serik



GAMBAR fail pada 15 Mac 2006 menunjukkan kakitangan majalah satira Charlie Hebdo di hadapan ibu pejabat mereka di Paris.


PARIS – Editor Charlie Hebdo, Laurent Sourisseau (gambar kecil) memaklumkan majalah satira Perancis berkenaan tidak akan menerbitkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad pada masa hadapan.
“Kami melukis imej Nabi Muhammad untuk mempertahankan prinsip bahawa seseorang boleh melukis apa sahaja yang disukainya.
“Kami telah melaksanakan tugas ini, kami mempertahankan hak untuk membuat karikatur,” kata Sourisseau kepada majalah Jerman, Stern baru-baru ini.
Mengimbau serangan berdarah ke atas ibu pejabat Charlie Hebdo di Paris pada 7 Januari lalu, Sourisseau mendedahkan bahawa dia berpura-pura mati untuk menyelamatkan diri.
Sourisseau memiliki kira-kira 40 peratus saham dalam majalah satira tersebut.
“Selepas semuanya berakhir, langsung tiada bunyi. Tiada yang mengadu, tiada rengekan. Ketika itu, saya sedar kebanyakan orang sudah mati.
“Namun, keganasan yang dipersalahkan kepada Islam ini boleh ditemui dalam agama lain juga,” ujarnya.
Sebelum ini, pelukis kartun, Renald Luzier yang melukis karikatur Nabi Muhammad di muka depan majalah satira itu turut bertekad untuk melakukan perkara serupa.
“Saya tidak akan melukis karikatur Nabi Muhammad lagi. Ia sudah tidak menarik bagi saya, saya tidak akan menghabiskan hidup saya dengan melukis kartun Nabi Muhammad,” katanya.
“Setiap keluaran adalah menyeksakan kerana rakan-rakan lain sudah tiada (terbunuh). Saya letih memikirkan apa agaknya yang akan dilakukan oleh Charb, Cabu, Honore dan Tignous dalam situasi seperti ini,” tambah Luzier.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3gZZiIGss 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, July 21, 2015

Henti Perhimpunan Di Kuching - KPN


Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 6:57 PM
Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Penganjur kepada perhimpunan #722 Sarawak Freedom And Independent Walk yang dijadual diadakan di Kuching pada Rabu dinasihat supaya menghentikannya atas faktor keselamatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis menerima maklumat bahawa terdapat pihak yang merancang untuk menggunakan perhimpunan itu sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Malaysia.
"Tindakan menghasut ini jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan anggota jawatankuasanya demi menjaga kesehjahteraan rakyat dan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Thursday, July 16, 2015

Tubuh parti baharu adalah golongan kecewa - PAS Terengganu

KHAMIS, 16 JULAI 2015 @ 12:46 PM

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menyifatkan bekas pemimpin kanan parti yang terbabit dengan penubuhan Parti Gerakan Harapan Baru, sebagai orang yang kecewa dan tidak berjiwa besar kerana tidak dipilih dalam Muktamar PAS Jun lalu.

 Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat, berkata berdasarkan pemerhatiannya tiada muka baharu dalam barisan pimpinan Parti Gerakan Harapan Baru cuma terdiri daripada bekas pemimpin PAS dan muka-muka lama saja.

"Alasan yang diberikan untuk penubuhan parti itu tiada hujah yang konkrit melainkan sekadar hanya ingin menjadi pemimpin, jika mahu tumbangkan Barisan Nasional (BN), lebih baik mereka menyertai DAP atau PKR saja.

 "Kewujudan mereka itu nanti hanya akan menyebabkan pertembungan tiga penjuru iaitu antara PAS, BN dan parti baharu itu bahkan mereka akan menjadi penyebab kepada kemenangan BN dan mengecewakan hasrat (PAS) untuk melihat BN tewas pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa pemimpin PAS yang mahu menubuhkan parti baharu itu yang dilihat sebagai satu platform untuk menggerakkan semula kerjasama parti politik di pihak pembangkang.

Satiful Bahri menyifatkan tindakan untuk menubuhkan parti baharu dan berusaha menarik keluar anggota PAS, memfitnah dan memberi pelbagai alasan, hanya menzahirkan tindakan khianat kepada PAS. "Semasa menjadi calon mereka ini sudah melafazkan sumpah baiah dan sepanjang sejarah PAS, mereka yang khianat tidak akan ke mana-mana dalam hidup mereka. "PAS tidak akan berundur. Kita akan tetap bertanding tanpa mempedulikan parti baharu itu bahkan di kerusi dimenangi DAP sebelum ini kerana tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara PAS dan DAP sendiri sudah terbatal," katanya.

 Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku pengerusi jawatankuasa penaja parti baharu itu mengumumkan pelancaran parti baharu itu pada Isnin lalu. Antara anggota jawatankuasa interim parti itu ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68383

Ali Tinju mengaku tidak bersalah sebut perkataan menghasut

KHAMIS, 16 JULAI 2015 @ 2:04 PM




 KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu. Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali Ali Tinju didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada 8.30 malam, pada 12 Julai. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Ketika rayuan, Mohd Ali yang diwakili peguam K Ragunath memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan RM5,000 saja memandangkan isterinya tidak bekerja, tertuduh sendiri tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai lima anak masih bersekolah. "Dia hanya berniaga kecil-kecilan dan tiada pekerjaan tetap. Dia juga telah direman tiga hari sejurus menyerah diri di balai polis Dang Wangi selepas mendapat tahu di akhbar bahawa polis ingin mendapatkan maklumat daripada beliau," kata Ragunath. Timbalan Pendakwa Raya S Ravindran bagaimanapun menawarkan RM10,000 sebagai jaminan. Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu Mohd Ali tidak dibenar kacau ganggu atau menghubungi saksi pihak pendakwaan dalam kes itu. Wang jaminan terhadap Mohd Ali juga akan dibatalkan sekiranya dia dituduh lagi atas kesalahan hasutan. Jagjit Singh menetapkan 30 Julai untuk sebutan. Mohd Ali membayar wang jaminan itu. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68400

Sesak 7 kilometer di Plaza Tol Kuala Terengganu LPT2

RABU, 15 JULAI 2015 @ 3:08 PM

 Oleh Fitri Nizam

KEADAAN kereta mula sesak di Plaza Tol Kuala Terengganu, Kampung Gemuruh, Kuala Nerus ketika orang ramai mula pulang beraya ke kampung masing-masing. - Aswadi Alias

KUALA TERENGGANU: Suasana Aidilfitri semakin terasa dengan perantau berpusu-pusu pulang walaupun terpaksa terima hakikat sebelum dapat bertemu mereka di kampung, ramai yang mungkin mengeluh kerana perlu bersesak di lebuh raya terlebih dulu. Bagi warga bandar raya ini umpamanya, mereka terpaksa bersesak teruk di setiap susur keluar malah kesesakan mencecah hingga tujuh kilometer di Plaza Tol Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2). Tinjauan wartawan BH di LPT2 mendapati aliran trafik bergerak perlahan dan berlaku kesesakan hampir di setiap susur keluar di sepanjang lebuh raya ini apabila orang ramai berpusu-pula pulang ke kampung halaman sejak awal pagi tadi. Di Plaza Tol Kuala Terengganu, kesesakan teruk terjadi dipercayai kerana hanya empat lorong bayaran tol disediakan. Selain itu, kenderaan yang rosak di bahu jalan menjejaskan lagi aliran lalu lintas di lebuh raya itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68228

Bekas Editor Sarawak Report mengaku palsukan dokumen untuk jatuhkan PM

KHAMIS, 16 JULAI 2015 @ 1:47 PM

 BLOG Lester Melanyi.

KUCHING: Bekas Editor Sarawak Report, Lester Melanyi, mendakwa beliau menerima bayaran RM2,975 (STG500) seminggu bagi memalsukan pelbagai dokumen sebelum disiarkan di laman portal itu bertujuan menjejaskan reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ia termasuk mengaitkannya dengan isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Lester yang juga bekas Pengarang Berita Sarawak Tribune mendakwa bayaran itu diterimanya daripada pengasas dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, yang berpangkalan di London, United Kingdom. Malah, beliau menyifatkan bayaran itu sebagai 'ganjaran' untuknya dalam membantu komplot menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri, begitu juga kerajaan Barisan Nasional (BN), yang dipercayai turut membabitkan beberapa pemimpin pembangkang. Lester membuat pengakuan terbuka itu melalui laman blog beliau, lestermelanyi.blogspot.com. Pengakuan itu turut diselitkan dengan rakaman video berdurasi tiga minit dan 48 saat, menceritakan secara terperinci pengalaman penugasan beliau di Sarawak Report, termasuk pemalsuan pelbagai dokumen berkaitan 1MDB. Beliau dipetik sebagai berkata: "Sejumlah STG500 dibayar kepada saya setiap minggu oleh (Clare Rewcastle Brown) ketika di London. "Tugas saya ialah untuk menyunting bahan-bahan Sarawak Report sebelum diterbitkan. "Saya tidak boleh bersengkongkol dengan mana-mana cubaan menjatuhkan Perdana Menteri secara jahat biarpun saya sayangkan Datuk Seri (Anwar Ibrahim)," katanya. Lester dipercayai individu dalam rakaman video yang didedahkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, semalam berhubung tindakan laman portal itu memalsukan pelbagai dokumen berkaitan 1MDB bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri. Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, berkata laporan polis juga sudah dibuat terhadap Rewcastle dan Sarawak Report kerana menerbit dan menyiarkan dokumen palsu bertujuan menjejaskan reputasi Najib dan kerajaan. Ia adalah bukti terbaharu mengenai niat jahat Sarawak Report dalam melaksanakan misi mereka menjatuhkan Perdana Menteri, BN dan Kerajaan Malaysia.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68395

Bekas Presiden AS, George H W Bush dimasukkan ke hospital

KHAMIS, 16 JULAI 2015 @ 11:51 AM



 WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H W Bush dilaporkan jatuh dan patah tulang lehernya semalam, berikutan laporan bahawa bekas pemimpin itu dimasukkan ke hospital sekali lagi. "Keadaannya stabil, ia adalah baik, tetapi dia masih memakai pendakap leher," menurut jurucakap Bush, Jim Mc Grath yang menulis di laman twitternya. Bekas presiden berusia 91 tahun itu, dilaporkan jatuh di Kennebunkport, Maine, semalam, dirawat di sebuah hospital di bandar Portland kira-kira 30 batu (50 kilometer), menurut CNN. Bush, antara empat presiden AS yang masih hidup dan kini menggunakan kerusi roda, kelihatan lemah ketika membuat penampilan awamnya baru-baru ini. Pada Disember lalu, presiden ke-41 ini telah dimasukkan ke hospital Texas kerana masalah pernafasan -AFP

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), George H W Bush. - Foto EPA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68376

Operasi Kabul, RM15 juta sejam

Operasi Kabul, RM15 juta sejam
Kos untuk seorang anggota tentera AS yang dikerah ke Afghanistan dianggarkan RM4 juta setahun

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Laporan terbaharu mendedahkan pembayar cukai Amerika Syarikat (AS) terpaksa menanggung kos AS$4 juta (RM15 juta) sejam ketika operasi ketenteraan diketuai tentera negara itu dilancarkan di Afghanistan.

Hasil kajian dilakukan Pertubuhan bukan kerajaan, National Priorities Project (NPP) ke atas bajet persekutuan dan perbelanjaan tentera AS mendapati hampir AS$715 bilion (RM2.7 trilion) telah dibelanjakan untuk pencerobohan di Kabul sejak 2001.

"Kos perang tersebut agak mengelirukan kerana ia tidak merangkumi perakaunan penuh melibatkan kesemua kos perang itu termasuk perbelanjaan penjagaan perubatan untuk anggota dan veteran yang cedera.

"Tambahan pula, bajet itu tidak termasuk bayaran faedah ke atas hutang negara," jelas laporan itu.

Menurut laporan tersebut lagi, kos untuk seorang anggota yang dikerah ke Afghanistan pula dianggarkan AS$1 juta (RM4 juta) setahun, satu angka jauh lebih tinggi daripada anggaran AS$390,000 (RM1.5 juta) yang dibuat penyelidik Kongres pada 2006. - Press TV 

Sementara itu, pakar ekonomi di Harvard, Linda Bilmes berpendapat misi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan telah menjadi operasi termahal dalam sejarah AS.

Polis: Peguam tertuduh ada niat tak baik


 17  0

Polis menyifatkan peguam kepada lelaki yang dituduh mencuri di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur mempunyai “niat tidak baik” dengan mendakwa ketua pasukan keselamatan itu berbohong.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak dalam keadaan itu memang akan melakukan apa sahaja untuk memberi gambaran mereka tidak bersalah.

"Orang kena tangkap boleh cakap apa sahaja untuk lepaskan diri. Kalau kita nak percaya orang yang  positif dadah dalam air kencing.

“Peguam ada niat lain, niat tak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Gombak hari ini, merujuk kepada kenyataan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, peguam kepada Shahrul Anwar Abdul Aziz, yang dituduh mencuri semalam.

Azam semalam mempertikaikan kenyataan Khalid berkaitan anak guamnya yang didakwa prejudis kepada kes itu. 

An Nadzir raya semalam

Makassar: Pengikut Jemaah An Nadzir yang menetap di Danau Mawang, daerah Gowa di Sulawesi Selatan mengakhiri Ramadan dan menyambut 1 Syawal petang semalam.
Laporan Liputan6.com menyatakan, kumpulan itu menamatkan puasa mereka jam 3 petang waktu Malaysia dengan alasan ia sesuai dengan hasil perhitungan bulan yang mereka lakukan.
Menurut pengiraan mereka, Ramadan sudah berganti dengan Syawal petang semalam.
“Haram jika kita lanjutkan ibadah puasa apabila sudah 1 Syawal,” kata pemimpin spiritual An Nadzir Gowa Ustaz Lokman.
“Hasil perhitungan kami, bulan yang baru sudah muncul. Ramadan sudah berakhir pada Rabu dan Syawal bermula petang itu. Bagi kami, esok (hari ini) sudah diharamkan berpuasa. Tetapi kerana waktunya petang, kami tidak melakukan solat Aidilfitri,” kata Lokman.
Kerana itu, katanya, jemaah An Nadzir yang Jemaah lelakinya mempunyai ciri khas - rambut panjang dan perang - menamatkan Ramadan semalam.
Mereka bagaimanapun akan solat Aidilfirtri pada 7 pagi hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:03 AM


PENGIKUT Jemaah An Nadzir
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64497#sthash.7wz2AeXj.dpuf

Serah kepada pihak polis siasat isu pergaduhan di Low Yat


BALING 15 Julai – Orang ramai khususnya golongan muda diminta menyerahkan siasatan kes pergaduhan di Plaza Low Yat Sabtu lalu kepada pihak polis agar mereka yang bersalah dapat didakwa di mahkamah.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, semua pihak diminta bertenang dan tidak mengganggu siasatan polis berhubung kejadian tersebut.
“Jangan kita meletakkan undang-undang di tangan sendiri, biar pihak polis yang menjalankan siasatan dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
“Saya merayu kepada mereka terutamanya golongan muda supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru demi menjaga keamanan dan ketenteraman negara,” katanya selepas mengadakan Majlis Perjumpaan Bersama Anggota Polis di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Harun Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Wari Kiew.
Menurut Abdul Azeez, pergaduhan itu bukan berlaku atas dasar perkauman dan orang ramai perlu berhenti daripada menghantar maklumat yang tidak betul mengenai insiden itu ke media sosial.
“Zaman sekarang terlalu banyak fitnah dan cerita-cerita rekaan yang sengaja dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/serah-kepada-pihak-polis-siasat-isu-pergaduhan-di-low-yat-1.114542#sthash.hPMeoE0z.dpuf

Wednesday, July 15, 2015

Surat terbuka buat Mat Sabu, Harapan Baru


Saudara Mohamad  Sabu,

Terlebih dahulu, izinkan saya gunakan gelaran Mat Sabu untuk berinteraksi sepanjang surat terbuka ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin yang menjayakan pembentukan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kami di badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyanjung tinggi keazaman saudara dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan yang dapat membawa perubahan baru dalam konteks negara, masyarakat dan politik semasa Malaysia.

Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk menarik perhatian saudara dan pimpinan GHB supaya mempertimbangkan cadangan peribadi seorang penyelidik yang selama ini mengikuti secara dekat perkembangan politik dan ekonomi Malaysia termasuk dinamik PAS dan gerak-geri masyarakat madani.

Malaysia sedang bergelumang dengan skandal dan krisis yang membimbangkan segenap rakyat Malaysia dan pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan semasa secara dekat. Perkembangan semasa melibatkan dinamik politik, kewangan negara, tekanan hidup masyarakat secara umum dan ekonomi yang tidak menentu, telah mencorakkan topik perbualan rakyat pelbagai lapisan.

Dalam konteks semasa, 52 peratus rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU-13 pada 5 Mei 2013, merasa terkilan dengan perbezaan dan perkembangan sebelum dan selepas 5 Mei 2013.

Pertama sekali, rakyat-52 terkilan kerana setelah beberapa gerakan BERSIH dan gerakan massa lain berjaya diadakan, keputusan pada 5 Mei 2013 tidak membuahkan hasil yang sepenuhnya.

Rakyat terkilan

Kedua, rakyat terkilan kerana perkembangan Pakatan Rakyat khususnya masalah antara PAS dan DAP yang membawa kepada DAP mengumumkan kematian Pakatan Rakyat.

Ketiga, rakyat-52 terkilan kerana perkembangan semasa yang menghakis keyakinan rakyat terhadap tadbir urus negara khususnya kejatuhan nilai ringgit dan skandal 1MDB, tidak memperlihatkan tindakan segera diambil oleh pemimpin-pemimpin yang selama ini berbicara mengenai bagaimana tadbir urus negara yang baik harus mendahului "isu hudud".

Perkembangan isu 1MDB kini berada pada tahap di mana wujud beberapa persepsi. Salah satu persepsi melihat pihak yang membongkar dan pihak yang terlibat dengan isu 1MDB berkait rapat dengan rejim pemerintah. Maka isu 1MDB juga merupakan isu satu-satu parti yang memerintah selama ini, dan jika berjaya ditukar pemimpin parti berkaitan, maka dianggap selesai isu 1MDB.

Adakah saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB setuju dengan persepsi sedemikian? Apakah kita biarkan seorang individu bernama Tun Mahathir Mohamad menangani pembongkaran dan penyelesaian satu skandal besar dengan batasan-batasannya dalam konteks satu-satu parti pemerintah?

Jika tidak, maka saya dengan rendah dirinya mencadangkan, soal tadbir urus negara yang baik harus mendahului soal hudud wajar diterjemah dalam tindakan segera oleh saudara Mat Sabu dan GHB sebelum terlambat.

Saya ingin mencadangkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin GHB, supaya menjadikan gerakan massa menuntut pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri atau dibawa ke muka pengadilan sebagai keutamaan  semasa.

Rakyat perlu pengupayaan yang dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap perjuangan yang ingin membawa perubahan dan pembaharuan bermakna kepada negara.

Rakyat juga harus diyakinkan melalui tindakan masyarakat madani dan pemimpin-pemimpin yang sebelum ini mendapat mandat rakyat atas gabungan parti bernama Pakatan bahawa isu 1MDB bukan isu satu-satu parti dan penyelesaiannya hanya melibatkan individu tertentu.

Krisis Malaysia vs krisis PAS

Hal ini bermaksud, rakyat perlu diyakinkan dengan tindakan masyarakat madani dan pemimpin-pemimpin seperti saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB, bukan tindakan seorang individu bernama Tun Mahathir.

Selepas Aidilfitri, dipercayai masyarakat madani akan cuba membentuk gerakan massa yang dapat mengembalikan keyakinan rakyat. Di mana persiapan pemimpin-pemimpin seperti saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB pada saat-saat genting sedemikian?

Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun berada di penjara, beliau tetap memikirkan masa depan negara yang membimbangkan. Tanggal 14 Julai 2015, beliau telah membawa mesej penting berbunyi seperti di bawah:

"Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah. Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah."

Malaysia sedang dilanda krisis. Krisis ini lebih serius daripada krisis yang melanda PAS. Saya ingin menekankan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin GHB, supaya menjadikan gerakan massa berkenaan skandal 1MDB dan tuntutan pembaharuan berkenaan skandal 1MDB sebagai keutamaan semasa.

Menurut liputan berita, kumpulan progresif dalam PAS atau GHB mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Liputan berita juga mengatakan bahawa saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

Biarpun saya mendukung usaha saudara Mat Sabu dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan dalam bentuk berlainan, tetapi izinkan saya mengutarakan sedikit kelainan dari segi pendapat.

Saya berpendapat, realiti semasa menunjukkan, hasrat GHB mungkin tidak dapat memenuhi harapan semasa rakyat sepenuhnya. Sebelum GHB bergerak membentuk realiti baru, sewajarnya GHB bergerak memimpin gerakan massa mengenai tuntutan berkaitan skandal 1MDB dengan kadar segera selepas Adilfitri.

Sesungguhnya, dalam jelajah ke setiap negeri, saudara Mat Sabu dan pemimpin GHB wajar menjadikan keutamaan menjelaskan kepada rakyat mengapa gerakan massa menuntut pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB mengundurkan diri atau dibawa ke muka pengadilan sebagai keutamaan utama, seterusnya mengemukakan tuntutan pembaharuan pasca skandal 1MDB.

Saya berpendapat, jelajah berkaitan gerakan massa berkenaan skandal 1MDB dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pemimpin-pemimpin GHB terus menerus berpegang kepada prinsip mengangkat isu tadbir urus negara dan mendahulukan isu kepedulian rakyat.

Hal ini bermaksud, biarpun tewas dalam pilihan raya parti PAS, pemimpin-pemimpin GHB tidak tersimpang daripada keutamaan selama ini yang menjadi harapan rakyat.

Malahan, sokongan yang ditunjukkan semasa gerakan massa yang dipimpin oleh pemimpin seperti saudara Mat Sabu dapat diterjemah sebagai kekuatan yang diperlihatkan dalam usaha GHB menunjangi perjuangan seterusnya.

Sesungguhnya, kekuatan begini bukan sahaja lebih bermakna dalam usaha mengisi kekuatan perjuangan bentuk baru, juga dapat mengelakkan tindakan diri daripada menghampakan rakyat ekoran keutamaan semasa yang tidak memenuhi tuntutan semasa.

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat berjuang.


ONG OOI HENG pengarah eksekutif  Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Ku Nan: kaji semula kebebasan media sosial


Kebebasan media sosial di negara ini perlu dikaji semula untuk memastikan ia tidak menjejaskan keharmonian antara kaum, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau merujuk kepada insiden di Plaza Low Yat pada Ahad lepas apabila rusuhan berlaku dan terdapat pengguna internet atau netizen menyebarkan maklumat palsu dan mengapi-apikan pergaduhan.

"Saya fikir kita perlu lihat kepada kebebasan media sosial sekali lagi kerana pelbagai perkara disebarkan... mungkin 20 peratus fakta dan 80 peratus pembohongan," katanya kepada pemberita semasa melawat Plaza Low Yat hari ini.

"Saya fikir kita perlu ikut apa yang perdana menteri kata dan memastikan maklumat (yang boleh mencetuskan masalah) tidak disebarkan menerusi media sosial.

"Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada kaji perkara ini."

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa orang ramai untuk tidak menyalahgunakan maklumat yang boleh memburukkan lagi keadaan susulan insiden itu.

Beliau tidak mahu situasi itu dijadikan isu perkauman.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno, mengingatkan netizen untuk tidak memainkan sentimen perkauman.

"Perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang membuatkan Malaysia menjadi seperti apa yang ia wujud sekarang. Kita telah memupuk dan mengecapi keamanan dan keharmonian selama 58 tahun. Jadi, jangan lakukan sesuatu yang boleh mencetuskan sebarang masalah perkauman," katanya.

- Bernama

Pancaroba


Tukar Najib tidak memadai untuk rakyat – Anwar Ibrahim

Rakyat yang semakin tertekan dengan kos hidup yang semakin meningkat mahukan perubahan menyeluruh melibatkan sistem pentadbiran dan kerajaan.
PETALING JAYA: Usaha untuk menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan digantikan dengan Perdana Menteri baharu tidak memadai untuk rakyat yang kini semakin tertekan.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah sia-sia jika setiap tahun pimpinan atasan ditukar tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak lagi berubah.
Katanya, rakyat memerlukan perubahan yang menyeluruh dalam kerajaan dan pentadbiran .
“Usaha menukar Datuk Seri Najib yang dikepalai Tun Dr Mahathir Mohamad, tanpa reformasi sebenar, hanya akan memuaskan kelompok-kelompok kroni mereka.
“Ia tidak akan membawa perubahan sebenar buat rakyat,” katanya menerusi kenyataan yang dihantar oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Anwar membuat kenyataan itu menerusi peguamnya.
Beliau berkara, rakyat di bandar, pekan dan kampung mahukan perubahan dan reformasi.
“BN mesti mengambil tanggung jawab sepenuhnya di atas keadaan yang kita hadapi sekarang ini.
“Amalan rasuah, salah guna kuasa, keangkuhan dan tatakelola yang teramat teruk telah menyebabkan Malaysia jadi begini. Keruntuhan ekonomi Greece sepatutnya menjadi amaran apa yang mungkin berlaku kepada negara yang kita cintai ini,” ujar beliau lagi.
Anwar menegaskan Najib kini telah melakar sejarah baru buat negara.
“Buat pertama kali dalam sejarah kita, seorang Perdana Menteri disiasat atas dakwaan penyelewengan wang,” jelasnya lagi.
Dalam perutusan itu juga, Anwar menyatakan perubahan institusi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan pihak polis amat diperlukan.
Beliau mendakwa, agensi-agensi itu selama ini telah gagal membendung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.
Selain itu, Anwar juga menuntut perubahan sistem pilihan raya, seperti yang digesa BERSIH, serta pemansuhan Akta Hasutan serta undang-undang antidemokrasi lain.
“Pada masa sama, Akta Hasutan dan pelbagai jenis undang-undang lain yang bersifat kuku besi masih digunakan untuk menutup mulut rakyat,” katanya.

Polis tangkap ketua Umno bahagian


Ketua Umno Bahagian Bagan, Shaik Hussein Mydin telah ditahan oleh polis, demikian dilaporkan oleh Star Online.

Beliau ditahan oleh dua anggota polis pada jam 1.45 petang di luar balai polis Seberang Prai, ketika beliau mahu bercakap dengan pihak akhbar.

Sehingga jam 4.30 petang, difahami Shaik Hussein masih ditahan.

Tidak pasti mengapa Shaik Hussein ditangkap, tetapi dipercayai beliau mahu menyerah diri kepada pihak polis hari ini.

Star Online menspekulasikan bahawa penangkapannya mungkin ada kaitan dengan kritikan terhadap Ketua polis Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui mesej teks telefon.

Menurut New Straits Times, pembantunya berkata Shaik Hussein akan dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman untuk "siasatan lanjut".

Awal hari ini, Khalid memberitahu pemberita bahawa polis sedang mencari untuk menyoal siasat "ketua bahagian" sebuah parti politik. Beliau tidak menamakan orang itu.

Greece mahu jual pulau


Pulau Utara Aegean yang terletak kira-kira 30 minit dari Athens
Pulau Utara Aegean yang terletak kira-kira 30 minit dari Athens berkeluasan 34.8 hektar antara yang akan dijual pada harga 28 juta pound (RM164.73 juta). AGENSI
ATHENS 14 Julai – Greece dijangka menjual lebih banyak pulau yang berada di bawah penguasaannya, bagi mengukuhkan semula ekonomi yang kini terumbang-ambing sehingga memaksa kerajaan mengambil langkah penjimatan.
Laman web Financial Review yang memetik kenyataan agensi hartanah Knight Frank dalam kaji selidik terbaharunya melaporkan, penjualan aset seperti yang terdapat dalam laman-laman web hartanah antaranya privateislandsonline.com dijangka terus meningkat ketika kerajaan cuba untuk memulihkan semula ekonomi Greece.
“Pada tahun 2014, Greece memperkenalkan cukai harta tetap yang disifatkan oleh para pemilik pulau persendirian sebagai membebankan.
“Namun, semua akan berubah dan kami jangkakan lebih banyak pulau akan dijual pada masa depan ekoran kesan jangka panjang akibat daripada krisis kewangan yang dialami oleh Greece,” jelas laporan itu.
Menurut Knight Frank, antara pulau yang kini dalam proses untuk dijual adalah Pulau Gaia berkeluasan 17.4 hektar pada harga 3 juta pound (RM17.65 juta) dan Pulau Utara Aegean yang terletak kira-kira 30 minit dari Athens berkeluasan 34.8 hektar dengan harga 28 juta pound (RM164.73 juta).
Lapor agensi hartanah itu lagi, kebanyakan pulau yang memiliki akses serta kemudahan yang baik seperti sistem perparitan, kemudahan elektrik, dan pusat perubatan lengkap hanya mampu dimiliki oleh hartawan berbangsa Rusia.
Agensi berita Wall Street Journal pada bulan Disember lalu melaporkan, harga bagi pulau-pulau Greece menurun sebanyak 30 peratus sebelum negara ini terjebak dalam krisis kewangan yang dihadapinya kini.
Menurut sumber, kebanyakan pulau persendirian yang terdapat di negara ini merupakan hak milik kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan aktivis alam sekitar.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/greece-mahu-jual-pulau-1.114206#sthash.UZFya8OX.dpuf