Kita semua pengecut Posted on Tuesday, March 23 @ 01:08:03 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih |
Oleh: shahil
"Assalaamualaikum dan salam hormat.
Kita semua pengecut...bahkan kebanyakan penulis di TKO ini pengecut. Semuanya menulis untuk menentang kebejatan, menampakkan diri sebagai pejuang tetapi menulis seperti askar yang menembak kemudian melarikan diri.
Dalam TKO ini masing-masing menulis berapi-api namun dengan nama samaran. Masing-masing menulis berbagai rentak dan nama. Ada menunjukkan rentak Islam, ada menunjukkan rentak liberal dan berbagai lagi.
Namun semuanya pengecut melainkan pemimpin-pemimpin atasan PR seperti Anwar Ibrahim, dan penulis seperti Subky Latif, Lutfi, Sayuti, dan pemimpin PAS seperti TG Hadi Awang, TG Nik Aziz, Husam dan lain-lain. Mereka menulis dengan nama sebenar.
Yang lain? Semua menulis dengan nama samaran. Macam-macam nama hingga mungkin akan ada nama "tongkang buruk", "taierok" dan lain-lain. Semuanya menulis bagai pejuang bahkan kelihatan seperti bakal-bakal mengangkat senjata.
Mengapa menulis dengan nama samaran? Sangat sedia maklum sebabnya. Kerana dengan nama samaran kita dapat melepaskan diri dari tanggung jawab. Siapa menulis artikel ini? Entah...Tongkang pecah bukan, taierok tidak mengaku.
Maka membaca tulisan tanpa penulis sebenar samalah mengutip bahan bertulis ditepi longkang. Bahan bertulis tidak bernama atau nama yang tidak dapat dikesan tidak boleh dijadikan rujukan thesis.
Maka sia-sia sahaja berada di laman ini hanya untuk membaca tulisan tanpa nama atau tulisan dengan nama samaran, yang tidak akan dapat di cari untuk dipertanggung jawabkan.
Telebih baik melayari MAlaysiakini. Sekurang-kurangnya diketahui pemiliknya Steven Gan.
Selamat tinggal TKO yang dipenuhi penulis pengecut.
Wassalam
"
No comments:
Post a Comment