Tuesday, June 1, 2010

3 Himpunan Bantah Israel Hari Ini...Najib Monggol Bila Lagi Nak Halau Apco israel??



Kemaskini : 3 perhimpunan membantah kekejaman israel akan dilakukan oleh rakyat malaysia hari ini. Pertama ialah himpunan NGO diketuai CMT (Crisis Management Team) yang akan menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat pada jam 11 pagi. Dan mereka akan berkumpul di Surau Tabung Haji pada pukul 10 pagi dan bergerak ke Kedutaan Amerika dari sana.
Kedua : PAS bersama beberapa NGO juga akan menghantar memorandum berhubung serangan Israel ke atas Konvoi Freedom Flotilla pada jam 12 tengahari di Kedutaan Amerika, 1 Jun 2010 hari ini
Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub akan mengetuai penyerahan memo ini dan ahli PAS dan penyokong soladariti Palestine sekitar Lembah Klang dijemput hadir sebagai tanda sokongan. Bawalah bendera Palestine dan placarad sebagai tanda bantahan anda terhadap kezaliman regim Israel.
Ketiga : Pemuda UMNO serah memorandum kepada Wakil PBB di Jalan Dungun, KL hari ini jam 10.30
Manakala satu demontrasi besaran PAS bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat) dihadapan keduataan Amerika selepas solat Jumaat.
Ini berita terkini..semoga Israel sedar bantahan umat islam ini..tapi nak tanya juga, bila nak buat demontrasi di hadapan rumah Najib atau Putra Perdana, desak Najib halau APCO Israel dari negara ini..itu lebih penting dan utama..

No comments:

Post a Comment