AMPANG: Wak Dajal!. Gelaran itu layak buat seorang dukun yang bernafsu songsang apabila cuba mencabul seorang remaja lelaki dengan menggunakan kaedah rawatan pelik yang didakwanya boleh menyembuhkan penyakit bapa remaja terbabit, malam kelmarin.
Kejadian menjijikkan itu berlaku ketika remaja berusia 19 tahun berkenaan berkunjung ke rumah dukun terbabit untuk mengambil ubat buat bapanya.
Sejurus tiba di rumah dukun itu di Kampung Pandan Dalam di sini, remaja berkenaan dipelawa masuk.
Menurut sumber polis, remaja berkenaan dimaklumkan penyakit bapanya boleh diubati melalui tubuhnya.
Dukun terbabit memberitahu penyakit bapanya itu boleh diubati melalui badan remaja berkenaan dengan alasan mereka anak-beranak.
Dia mendakwa rawatan itu boleh dilakukan pada badan mangsa tanpa perlu melihat keadaan bapanya sebelum meminta mangsa menanggalkan baju, katanya.
Beliau berkata, sejurus membuka baju, dukun itu meneliti tubuh mangsa.
Dukun terbabit berpura-pura mengukur badan mangsa dan mendakwa kononnya ia satu dari syarat rawatan untuk mengubati penyakit bapa remaja itu.
Sambil membaca jampi serapah, dukun terbabit mula melakukan rawatan dan remaja berkenaan hanya membiarkan badannya diukur lelaki terbabit, katanya.
Katanya, rawatan yang mulanya dianggap normal mula bertukar menjijikkan apabila dukun terbabit tiba-tiba berhenti mengukur badannya sebaik tiba pada alat sulit mangsa.
Dia megang dan meletakkan alat sulit mangsa ke telinganya, katanya.

No comments:
Post a Comment