Tuesday, June 1, 2010

Kekejaman Israel Bunuh 19 Umat Islam Di Laut Gaza..Kita Banding Ucapan Pemimpin Lain Dengan Najib Bapuk



Jom kita tengok apa kata pemimpin dunia tentang kekejaman israel yang membunuh 19 aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.
1. Jurucakap pergerakan Free Gaza, Greta Berlin yang menganjurkan flotila itu.
"Amat menjelikkan bila mereka naik ke atas kapal dan menyerang orang awam. Kami adalah orang awam," kata
2. HAMAS
Hamas hari ini turut menyeru negara-negara Arab dan umat Islam 'bangkit' mengadakan protes di hadapan Kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah tindakan pasukan tentera laut rejim Zionis Israel itu,
Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.
"Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia," kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.
Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.
3. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai 'pembunuhan besar-besaran'
4. Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa menyifatkan ia sebagai 'jenayah' ke atas misi kemanusiaan.
Moussa juga meminta mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh badan yang dianggotai 22 negara Arab itu terhadap 'tindakan pengganas' Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa itu.
5. Kesatuan Eropah (EU) menuntut diadakan siasatan segera mengenai kematian aktivis di atas kapal bantuan kemanusiaan Palestin yang dirampas tentera Israel hari ini dan mahu rejim tersebut membenarkan laluan bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.
EU juga memanggil satu mesyuarat tergempar negara-negara ahli ke Brussel bagi membincangkan insiden tersebut yang mengorbankan sekurang-kurangnya 19 nyawa selepas enam kapal cuba melepasi sekatan Israel ke atas wilayah yang dikuasai pejuang Islam Palestin.
"Perwakilan Tinggi Catherine Ashton melahirkan rasa kekesalan terhadap berita korban nyawa dan keganasan yang berlaku serta menyatakan rasa simpati beliau kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera," kata jurucakap Ashton yang merupakan Ketua Polisi Luar EU.
"Bagi pihak EU, beliau meminta supaya satu inkuiri penuh diadakan bagi menyiasat bagaimana ia boleh terjadi."
Jurucakap tersebut berkata, Ashton juga mengulangi pendirian EU berhubung penutupan Gaza dengan mengatakan ia tidak boleh diterima dan tidak meningkatkan produktiviti dari segi politik.
Beliau menyeru Israel membuka laluan untuk bantuan kemanusiaan, barangan komersial dan laluan orang ramai keluar dan masuk ke Gaza dengan segera, secara berterusan dan tanpa bersyarat.
6. Duta Besar Palestin ke Malaysia, Abdulaziz Abu Ghous.
Tindakan Israel menyerang flotila aktivis pro-Palestin yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza adalah menyalahi undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan serta Konvensyen Geneva.
Beliau juga menggesa komuniti dunia supaya memberi perhatian terhadap serangan tentera rejim Zionis itu yang disifatkannya sebagai satu tindakan jenayah.
"Israel telah menyekat penghantaran bekalan bantuan ke Gaza selama lebih dua tahun lalu. Tindakan ini tidak boleh diterima dan sama-sekali bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
"Kedutaan Palestin menyeru masyarakat dunia tanpa mengira agama supaya bersatu dan menilai tindakan kekejaman Israel itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Sambil menyifatkan kekejaman Israel itu sebagai satu pembunuhan beramai-ramai, beliau berkata, Israel perlu menerima hukuman sewajarnya atas segala perbuatan rejim Yahudi tersebut terhadap rakyat Palestin selama ini.
"Serangan terbaru Israel ini memberikan gambaran sebenar kekejaman rejim itu. Israel perlu menerima hukuman atas apa yang telah dilakukannya," ujar beliau.
7. Konsul Penerangan Sosial dan Budaya Indonesia ke Malaysia, Widyarka Ryananta turut mengutuk tindakan kejam rejim Zionis ini.
Menurut beliau, Israel sepatutnya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan bukan menghalangnya sehingga mengakibatkan ramai aktivis pro-Palestin terkorban.
"Saya yakin kerajaan Indonesia akan mengambil tindakan berhubung kekejaman terbaru Israel ini. Kami akan menggunakan cara diplomasi dan melalui badan-badan dunia bagi mengenakan tindakan ke atas rejim Yahudi itu.
"Saya meminta masyarakat dunia bersatu menghalang insiden ini daripada berulang," kata Widyarka ketika dihubungi hari ini.
8. Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur , atase media Pakistan ke Malaysia, Qamar Bashir
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Israel ini. Ini adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan di luar norma-norma masyarakat dunia.
"Kerajaan Pakistan akan cuba menghubungi negara-negara misi bantuan itu seperti Turki untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung serangan tersebut," kata di sini hari.
Menurut Qamar, dua rakyat Pakistan turut terlibat dengan konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza itu dan mengikut laporan media yang diterimanya, seorang daripadanya dilaporkan terkorban dalam serangan hari ini.
PEMIMPIN MALAYSIA BAPUK, NAJIB MONGGOL
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh dunia juga harus mengutuk serangan terhadap konvoi yang berada di perairan antarabangsa itu yang sepatutnya sebarang tindakan dalam bentuk ketenteraan tidak dibenarkan mengikut undang-undang antarabangsa.
''Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kekuasaan mengikut sesuka hati mereka.
''Oleh itu, seluruh dunia patut mengutuk dan mengecam kerajaan Israel sekeras-kerasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
''Kita sedang fikirkan mungkin kita akan mengusulkan supaya perkara ini dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB supaya satu ketetapan dibuat terhadap kerajaan Israel.
''Sama ada ia boleh dilakukan dengan segera, ia bergantung pada persetujuan dari negara-negara lain," katanya.
Nak tunggu bila lagi monggol??? kenapa nak tunggu persetujuan baru nak buat usul di peringkat Majlis Keselamatan PBB ..penakut betul..malu betul ada perdana menteri macam perempuan ni..sepatutnya suruh rakyat berdemontrasi bantah kekajaman ini..minta rakyat Malaysia boikot barangan Israel..atau hantar askar pergi intifadah kat Palestin..sampai pencen, askar ni ramai takde kerja..tapi Najib ni penakut, queen control..ok..ok..ini langkah senang, batalkan bisnes dengan Apco Israel..singkirkan pembunuh umat islam dari negara ini..ada berani ke monggol?

No comments:

Post a Comment