Jose Agostinho Pereira
Perbuatan keji selama 12 tahun berterusan hingga lahir 7 orang
RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan terpencil di Brazil mengurung dan memenjarakan anak perempuannya selama 12 tahun, merogolnya berulang kali sehingga melahirkan tujuh orang anak, kata polis semalam.
Lelaki terbabit juga didakwa mendera salah seorang kanak-kanak perempuan yang dilahirkan hasil hubungan mereka.
Polis mendapati Jose Agostinho Pereira, 54, mengurung anak perempuannya yang kini berusia 28 tahun, dengan menjadikannya sebagai tahanan dalam rumah di sebuah pondok dua bilik di perkampungan kecil nelayan di timur laut Brazil.
Seorang pegawai yang membantu penahanannya berkata rumah Pereira terletak di kawasan hutan terpencil dan satu-satunya cara untuk sampai ke situ ialah dengan menaiki sampan.
Pihak berkuasa berkata, ketika ditemui, semua kanak-kanak terbabit mengalami masalah kurang zat makanan dan tidak tahu bercakap, manakala kebanyakannya tidak berpakaian.
Pegawai kanan polis, Inspektor Jair Lima de Paiva berkata Pereira mula mencabul dan merogol anak perempuannya selepas dia ditinggalkan isterinya pada 1998.
Pereira ditahan di penjara bandaraya Pinheiro di negeri Maranhao, kira-kira 2,250 kilometer ke utara Rio de Jeneiro, sejak tiga hari lalu.
Pereira ditahan di penjara bandaraya Pinheiro di negeri Maranhao, kira-kira 2,250 kilometer ke utara Rio de Jeneiro, sejak tiga hari lalu.
Dakwaan belum dikemukakan ke atasnya kerana di bawah undang-undang Brazil, pendakwa hanya boleh memfailkan tuduhan selepas polis menyelesaikan siasatan. Tidak dapat dipastikan sama ada Pereira mempunyai peguam.
Paiva berkata Pereira mengurung anak perempuannya dan anak hasil hubungan mereka di sebuah kawasan paling terpencil dan terasing sepenuhnya di kawasan berhampiran perkampungan Experimento kira-kira 80 kilometer di luar Pinheiro. AP
Sumber : Bharian.com.my
No comments:
Post a Comment