Di sebuah kampung yang terpencil, tinggallah seorang lelaki miskin bersama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melansungkan perkahwinannya dengan gadis sekampung, tetapi malang kesemua pakaiannya koyak dan bertampal-tampal. Malah seluar dalamnya pun berlubang-lubang kerana terlalu lusuh!
Kehidupan dua beranak ini memang menyedihkan apatah lagi setelah kehilangan suami dan ayah mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan.
Kasihan melihat keadaan anak bujangnya itu, si ibu pun membuatkannya sehelai seluar dalam dengan menggunakan guni beras. Dipendekkan cerita pada malam pertama selepas bernikah dengan gadis sekampungnya, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut.
Sebab musabab kematian isteri lelaki tersebut adalah kerana terpandang kat seluar dalam suaminya tertulis perkataan: ‘Berat bersih: 50kg’ betul-betul terletak di bahagian ‘anunya’.
Untuk anda ambilah iktibar dari kisah ini, jangan sesekali buat seluar dalam menggunakan guni beras dan lagi satu yang paling tak sesuai digunakan ialah kain rentang Barisan Nasional yang ada lambang dacing tu. Yang itu lagi naya…
Akhirkata, cerita ini hanya rekaan semata-mata tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah mati!
No comments:
Post a Comment