KUALA LUMPUR: Seorang janda yang datang menuntut hutang lama daripada rakannya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana enggan berkahwin dengannya terkejut apabila diacukan senapang patah ke mukanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 48, tahun hanya mampu tergamam.
Tindakan itu menyebabkan mangsa terkebil-kebil ketakutan berikutan bimbang lelaki berkenaan akan menarik picu senapang dan melepaskan tembakan mengenai mukanya.
Sumber polis berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai dikatakan bertemu dengan pengawal keselamatan berusia 52 tahun berkenaan di sebuah bangunan di Kampung Baru, di sini, untuk menyelesaikan masalah hutang lama yang tertunggak sejak 2006.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Gombak, di sini, dikatakan cuba menuntut sejumlah hutang wang tunai selain kereta yang didakwa adalah miliknya.
“Bagaimanapun mangsa terkejut apabila rakannya itu sebaliknya mengangkat senjata sebelum menghalakan muncung laras senapang terbabit kepadanya,” katanya.
No comments:
Post a Comment