Wednesday, July 7, 2010

Sedia putus hubungan diplomatik dengan Israel



Posted on the July 6th, 2010 under BeritaLuar Negara by johnjimat
15/7
Ankara tuntut Tel Aviv mohon maaf serang Mavi Marmara
ANKARA: Turki akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel kecuali negara itu memohon maaf atas tindakan komandonya menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, ka-ta Menteri Luar, Ahmet Davutoglu, semalam.
Dalam serbuan itu, lapan warga Turki dan seorang rakyat Amerika keturunan Turki terbunuh. Bagaimanapun, Israel segera menolak sebarang langkah meminta maaf sampai bila-bila.
Hubungan akan diputuskan kecuali Israel memohon maaf atau ia menerima keputusan untuk menjalankan satu siasatan antarabangsa terhadap serangan 31 Mei lalu ke atas konvoi bantuan ke Gaza, kata Davutoglu dalam edisi akhbar Hurriyet.
Turki sehingga kini masih menggesa siasatan antarabangsa dilakukan ke atas serbuan berkenaan namun sementara menunggu, Davutoglu tidak membantah suruhanjaya yang ditubuhkan sendiri Israel bagi menyiasat serbuan terbabit.
Jika suruhanjaya ini membuat kesimpulan bahawa serbuan itu tidak wajar dan jika mereka memohon maaf, ia sudah mencukupi, katanya, walaupun beliau menegaskan bahawa Turki mahukan pampasan daripada negara Yahudi itu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula menolak sebarang permohonan maaf, Jumaat lalu dan seorang pegawai kanan kerajaan Israel berkata selepas kenyataan Davutoglu bahawa Israel tidak akan membuat permohonan maaf kerana ia tindakan mempertahankan diri.
Davutoglu yang bercakap kepada Hurriyet dalam pesawat pulang dari lawatan ke Kyrgyzstan juga berkata, Turki menutup ruang udaranya kepada semua pesawat tentera Israel sebagai maklum balas serbuan itu.
Keputusan itu bukan diambil untuk satu atau dua pesawat, kata menteri terbabit, menambah bahawa penutupan itu mungkin dilanjutkan terhadap pesawat awam.
Minggu lalu, Turki menutup ruang udaranya kepada dua pesawat tentera, namun pihak berkuasa berkata ia tidak akan menguatkuasakan secara umum larangan itu.
Serbuan ke atas kapal bantuan Mavi Marmara dimiliki Turki mengorbankan lapan warga Turki dan seorang warga Turki-Amerika mencetuskan Ankara memanggil semula dutanya dari Tel Aviv dan membatalkan tiga latihan ketenteraan bersama.
Davutoglu menegaskan, beliau menjadi wakil menjelaskan pendirian Turki ketika rundingan di Brussels bersama Menteri Perdagangan Israel, Benjamin Ben Eliezer, Rabu lalu, dalam apa yang dikatakan hubungan peringkat tinggi pertama sejak krisis itu meletus.
Kami tidak akan menunggu begitu lama terhadap Israel untuk mendapatkan jawapan, beliau menambah. AFP
Sumber : Bharian.com.my

No comments:

Post a Comment