Anwar berdolak-dalikisu Raja Petra
KUALA LUMPUR 6 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba berdolak-dalik mengenai dakwaan penglibatan parti itu dalam menaja kehidupan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di London.Ditanya mengenai tuduhan itu, Anwar tidak menjawabnya secara langsung sebaliknya mempersoalkan kredibiliti individu-individu yang membuat dakwaan tersebut seperti bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari.
Seperti mencabar pihak berkuasa, Anwar memperlekehkan keupayaan pihak polis dengan mengatakan beliau sendiri akan berjumpa dengan Raja Petra sekiranya berkesempatan ke London pada masa depan.
"Apa masalahnya, kita (PKR) lindungi (Raja Petra) di mana? Orang yang bercakap ini (Anuar) berapa banyak upah yang dia terima?" soalnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Anuar meminta kerajaan menyiasat kaitan PKR dalam menaja kehidupan Raja Petra yang kini bersembunyi di London ekoran pertemuan beberapa pemimpin parti itu dengan pengendali portal berkenaan baru-baru ini.
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada Sabtu lalu menyatakan kerajaan mempunyai bukti Raja Petra dibiayai oleh PKR.
Anwar menambah, polis sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha membanteras aktiviti jenayah dalam negara.
"Satu Malaysia tahu dia (Raja Petra) di mana, dia muncul di tempat awam di London (selama) berbulan-bulan, polis masih cari," ujarnya.
No comments:
Post a Comment