07/07/2010 3:14am
WASHINGTON 7 Julai - Kumpulan badan amal Amerika Syarikat (AS) telah menyalurkan wang pengecualian cukai mereka untuk membantu kerja-kerja pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah yang dirampas oleh Israel di Tebing Barat, lapor New York Times semalam.
Sebagai langkah Washington untuk menamatkan urusan penempatan Yahudi selama empat dekad di tanah yang dirampas dari rakyat Palestin di Tebing Barat, perbendaharaan AS telah bertindak membantu melalui sumbangan dari hasil pengecualian cukai, kata laporan tersebut.
Hasil pemeriksaan ke atas rekod-rekod awam AS dan Israel, New York Times mendapati sekurang-kurangnya 40 buah kumpulan rakyat AS telah mengutip lebih dari AS$200 juta (RM649 juta) hasil pengecualian cukai yang disalurkan untuk pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis lebih sedekad lalu.
Wang itu sebahagian besarnya diguna untuk pembinaan sekolah, pusat rekreasi dan bangunan sinagog yang penyalurannya sah mengikut undang-undang percukaian.
Kerja pembinaan penempatan haram Yahudi yang menjadi kontroversi itu dijangka menjadi agenda utama dalam pertemuan antara Presiden Barack Obama dan Benjamin Netanyahu di White House semalam. - AFP
No comments:
Post a Comment