11/10/2010 1:24pm
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 26 Okt ini untuk menentukan tarikh perbicaraan kes seorang wanita dari Sarawak yang mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lapan cakera padat (CD) mengenai ajaran Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’.
Penolong Pendaftar Kanan Halilah Suboh menetapkan tarikh tersebut dalam kamar hari ini.
Pada 20 Ogos 2008, Jill Ireland Lawrence Bill, 27, memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mandamus memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) bagi mengarahkan KDN mengembalikan kesemua CD tersebut.
Jill, yang bekerja sebagai seorang kerani, mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi pada 4 Mei tahun lalu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman itu.
Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi, yang mewakili pihak responden, memberitahu pemberita bahawa mahkamah mengarahkan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan untuk memfailkan afidavit balasan berhubung kes itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment