Sunday, October 17, 2010

Macam pernah dengar saja

Pembangunan di Galas bukan 'projek segera': Mustapa


2010/10/17

KOTA BAHARU: Dakwaan PAS bahawa UMNO telah membuat janji "projek segera" di Galas adalah tidak benar kerana Projek Perumahan Rakyat yang diumumkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini sudah lama diluluskan Kerajaan Pusat. 

Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata PAS seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum menuduh UMNO sudah mula memancing undi untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan berkenaan."Tunggulah pengumuman Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai projek perumahan itu di Galas pada 24 Oktober ini. Tidak semua yang kita umumkan itu adalah segera dan mungkin apa yang kita umumkan itu sudah lama dalam perancangan atau sudah diluluskan."Apa yang PAS buat sebab dia tak ada isu dan rakyat perlu faham mengenai perkara itu," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kepada pemberita, di sini hari ini. 

Beliau yang sebelum itu mengadakan dialog bersama lebih 30 pekilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa mengulas dakwaan PAS bahawa UMNO kini mula membeli undi pemilih DUN Galas dengan mengumumkan "projek segera". 

Jumaat lalu, Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas ketika melawat Kampung Baru, Gua Musang berkata kerajaan telah menilai keperluan rakyat di situ apabila meluluskan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta. 

Tengku Razaleigh, ketika memaklumkan mengenai projek itu, berkata ia sebenarnya sudah lama diluluskan Kerajaan Pusat dan secara kebetulan berlaku kematian anggota DUN Galas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu. 
Mengulas isu berkaitan, Mustapa juga meminta PAS agar tidak membuat dakwaan kononnya Kerajaan Pusat tidak menunaikan janji sewaktu berkempen pada pilihan raya kecil Manik Urai, Julai tahun lepas. 

"Kalau guna isu Manik Urai mengenai perkara itu adalah tidak betul dan berkempenlah jangan mengikut emosi," katanya. 

Penamaan calon untuk DUN itu ditetapkan pada 26 Oktober dan tarikh pengundian pada 4 November ini. - BERNAMA 
sumber

No comments:

Post a Comment