Thursday, November 25, 2010

Filem Harry Potter catat box-office di UK




GAMBAR menunjukkan salah satu adegan yang terdapat dalam filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1.


LONDON - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1, yang merupakan bahagian pertama daripada buku terbaru karya J.K. Rowling mencatatkan kutipan box-office di United Kingdom (UK) pada tayangan hujung minggu dengan perolehan kasar mencecah AS$29.2 juta (RM91.4 juta), menurut kenyataan Screen International.
Filem yang mengisahkan tentang sekumpulan ahli sihir itu turut memecahkan rekod box-office di seluruh dunia dengan memperoleh AS$330 juta (RM1.03 bilion).
Menurut kenyataan pihak Warner Brothers, di Amerika Syarikat (AS), filem itu mendapat kutipan sebanyak AS$125 juta (RM391 juta).
"Ini hanya permulaan bagi filem kedua terakhir francais Harry Potter," kata ketua pengedaran filem itu di AS, Dan Fellman.
Sementara itu, filem Due Date berada di tempat kedua di UK diikuti dengan filem Despicable Me.
Filem sains fiksyen, Skyline jatuh dua anak tangga di tempat keempat.
Ia diikuti oleh filem Jackass 3D di tempat kelima.
Tempat keenam diisi oleh filem yang memaparkan ejen-ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sudah bersara, RED.
Filem animasi Alpha and Omega pula dilihat kembali mendaki carta dengan berada di tempat ketujuh selepas jatuh ke nombor 13 sebelum ini.
Filem Bollywood, Guzaarish berada di tempat kelapan, mengatasi filem mengenai facebook, The Social Network yang jatuh dari tempat ketujuh ke tangga ke sembilan. - Agensi

No comments:

Post a Comment