Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ramai yang merasakan pemilihan dalam parti itu diibaratkan satu permainan yang cacamarba, main sana, main sini dan kerana itu pemimpin yang menang tidak akan diyakini.
Menurutnya, daripada apa yang beliau baca melalui blog dan media, sesiapa yang menang dalam pemilihan itu tidak boleh dianggap hebat dan diambil sebagai serius.
“Pada pemerhatian saya, proses pemilihan parti itu tidak mengikut sistem tertentu sebaliknya semua sistem boleh dilakukan seperti cacamarba,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidiladha Wanita UMNO di perkarangan Dewan Jinjang Utara D di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Rizuan Hamid; Ketua Pemudanya, Norizan Ali dan Ketua Puteri, Norshamsi Omar Talib.
Shahrizat yang juga Ketua Wanita Bahagian Kepong mengulas proses pemilihan pemimpin PKR dan keputusan calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim yang mengundur diri dan bakal menubuhkan parti baru.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, beliau tidak menjangka perpecahan dalam PKR berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan dan seterusnya tidak hairan Zaid menarik diri daripada pemilihan parti itu.
Dalam pada itu, beliau percaya rakyat Malaysia bijak dan mampu untuk menghitung apa yang sedang berlaku dan seterusnya tahu siapa yang akan mereka pilih pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, rakyat mengikuti perkembangan politik PKR dan seterusnya mengambil iktibar mengenainya.
Shahrizat menambah, PKR ditubuhkan tanpa visi, ideologi atau idealisme perjuangan bagi membantu rakyat dan negara sebaliknya untuk menentukan individu tertentu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Beliau menambah, rakyat masih bernasib baik kerana mengetahui kerapuhan PKR itu lebih awal.
Katanya, di mana-mana beliau pergi termasuk kawasan Parlimen Lembah Pantai, ramai pengundi menyatakan kesal kerana membuat keputusan salah berlandaskan tsunami politik pada pilihan raya lalu.
“Kemenangan wakil rakyat PKR di Lembah Pantai tidak membela atau memperjuangkan nasib penduduk di kawasan tersebut sebaliknya mereka diabaikan.
“Saya boleh bercakap demikian kerana setelah berkhidmat tiga penggal membina satu-satunya kawasan dengan 20,000 keluarga setinggan hingga menjadi kawasan Parlimen yang hebat tetapi hari ini semuanya sudah ‘hancur’,” katanya.
Bagaimanapun Shahrizat mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang banyak membantu penghuni di kawasan tersebut.PKR semakin cacamarba – Shahrizat..ha.ha..kak ijat...bila nak masuk PKR..!!
No comments:
Post a Comment