Tuesday, December 14, 2010

Pas saman pihak kelirukan rakyat





KUALA TERENGGANU - Pas kini sedang mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat. 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ia berikutan kenyataan demi kenyataan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Syarikat Riyapadu Sdn Bhd berhubung tuntutan saman RM1 bilion terhadap Kerajaan Negeri. 

Ini berikutan kes membabitkan pembayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16.5 hektar di kawasan Empangan Kedua Hulu Terengganu pada 2003 yang lalu. 

Menurutnya, kenyataan yang mengaitkan Pas itu merupakan subjudis terhadap Pas, sedangkan kes tersebut masih dalam proses mahkamah. 

“Kerajaan adalah satu entiti, parti pula entiti yang lain, tetapi mengapa mereka kaitkan dengan Pas. Kes ini adalah kes mahkamah, tetapi gambaran yang diberi akhbar seolah-olah kerajaan terpaksa tanggung hutang RM1 billion, ia boleh menimbulkan subjudis. 

“Ia memberi persepsi yang salah sedangkan masih di peringkat Mahkamah Tinggi. Walaupun sudah ada penghakiman, pihak berkenaan iaitu plaintif atau defenden, boleh angkat proses ini kepada Mahkamah Rayuan sekiranya tidak berpuas hati dan masih boleh pergi kepada Mahkamah Persekutuan. Itu barulah pengakhiran terhadap kes mahkamah,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat Pas Negeri di sini, semalam. 

Mustaffa berkata, Pas mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri pada masa itu yang membatalkan kontrak terhadap Syarikat Riyapadu Sdn Bhd. 

“Sebenarnya pada 2003, satu tender sebut harga terhadap kawasan itu telah dikeluarkan dan daripada enam syarikat yang masuk tender sebut harga itu, jawatankuasa bersetuju menawarkan kepada syarikat itu. 

“Selepas ditawarkan, ada perjanjian bahawa dalam masa tertentu, mengikut jadual yang terkandung, mereka perlu membayar premium dan lesenakan dikeluarkan dan balak juga dibenarkan untuk dikeluarkan, “ katanya. 

Katanya, proses itu sudah berjalan dan syarikat ini sudahpun mengerjakan balak dan pengendaliannya dibuat oleh Jabatan Perhutanan yang mengeluarkan lesen dan sebagainya manakala Kerajaan Negeri memantaunya melalui Jabatan Perhutanan. 

Bagaimanapun katanya, apabila perkara itu berjalan dan mengikut perjanjian, syarikat tersebut patut memba-yarnya secara berperingkat, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian. 

“Malangnya, premium itu tidak dibayar. Oleh sebab kita ingin mempertahankan harta rakyat, kita tidak boleh membiarkan mereka mengerjakan balak tanpa membayar premium, ini akan merugikan rakyat kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat dan kita adalah amanah kepada rakyat. 

“Amanah daripada Allah kita tidak boleh main-main. Jadi, kita bincang dengan semua yang terlibat, termasuk Penasihat Undang-Undang Negeri dan kita melihatnya sebagai melanggari kontrak dan berlaku perlanggaran syarat kepada kontrak yang dibuat, maka kita tamatkan sebab kita nak jaga kepenti-ngan rakyat dan hak rakyat,” katanya. 

Katanya, Kerajaan Negeri pada masa itu tidak boleh membiarkan syarikat berkenaan mengambil manfaat harta rakyat, sehinggalah sya-rikat itu bertindak membuat tuntutan saman pada 2007.

No comments:

Post a Comment