Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, tindak tanduk tidak beradab pakatan itu termasuk mencerca kesultanan atau mempertikai konvensyen dan perlembagaan.
Malah, kata beliau, yang ketara ketika ini dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.
"Terlalu banyak masa dihabiskan mengejar isu remeh yang tiada kaitan dengan kebajikan rakyat.
"Ini kerana mereka tahu gagasan 1Malaysia berjaya diterima oleh semua negeri termasuk Selangor.
"Kejayaan 1Malaysia dalam perlambangan perjuangan menyebabkan mereka melarang simbol murni 1Malaysia dipasang konon ia lambang politik," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Rais berkata, salah tanggapan mengenai gagasan itu telah dibetulkan kerana 1Malaysia adalah lambang transformasi kehidupan dan kerajaan.
Kata beliau: "Ia milik rakyat. Ia tidak boleh disamakan dengan lambang Pas, Roket DAP atau PKR.
"Tinggal lagi ia secara automatik menelurkan penghormatan kepada Perdana Menteri, itu adalah simbiosis yang tak dapat dielakkan kerana beliau mencetuskan ideanya."
Menurut beliau, kementeriannya akan terus mempromosi dan memperjuangkan 1Malaysia dalam semua gerak kerjanya.
No comments:
Post a Comment