Oleh: Pria Malaya
1. Entry ini adalah rentetan dari entry yang terdahulu berkaitan isu 'amah mengaku dirogol pak menteri'..sila rujuk pada tajuk, "Perkembangan TERBARU isu 'menteri rogol amah'...(video inside)"...
2. Hari ini, 7 Januari 2011, dikhabarkan rumah blogger yang membongkar isu 'menteri rogol amah', Rocky's bru telah dipecah masuk dan keretanya bernilai RM100,000 telah dilarikan penjenayah...
"Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky’s Bru dipecah masuk dan kereta Peugeot 407 miliknya dicuri awal pagi ini, di Taman Damai Utama, Puchong."Baca laporan penuh berita BERNAMA hari ini di SINI..Apakah ini ada kaitannya dengan pendedahan isu Wikileaks yg mengaitkan seorang menteri Malaysia merogol amah oleh beliau di dalam blognya?..apakah ini sebahagian dari ugutan atau tekanan kpd beliau kerana mendedahkan isu panas ini?..wallahua'lam..
Penulis bukan seperti blogger umno (Papa Gomo) dan team 'Nadi Rakyat' yg telah menuduh ADUN Selising telah mengupah orang untuk membunuh saksi dalam kes kononnya ADUN Selising berzina..klik di SINI utk pemahaman lanjut...
3. Menurut Papa Gomo dan rakan2nya, pembangkang telah mengeluarkan gambar palsu "Robengah"..penulis nak jawab satu sahaja..ya, mungkin Sabahkini.net 'sengaja' mengeluarkan gambar itu untuk 'memancing' perhatian Rais Yatim supaya membuka mulut terhadap isu ini..so, jika Rais Yatim rasa tertekan, beliau boleh ambil tindakan terhadap Sabahkini..pilihan di tangan beliau..
Dan utk maklumat kalian blogger Umno, gambar2 sebenar Robengah dan dokumen penuh Migrant Care juga telah diperoleh oleh pihak2 tertentu di dalam PR..buktinya, sebelum blog2 kalian mendedahkan gambar sebenar Robengah awal hari ini (7 Januari 2011), penulis terdahulu telah mendedahkan gambar sebenar Robengah semalam (6 Januari 2011) di SINI..
Dan blogger 'edyesdotcom' dan SAMM telah awalnya mendedahkan gambar sebenar Robengah semasa membuat laporan polis 5 Januari 2011 yg lalu..boleh rujuk di SINI..
Dan hari ini (semalam), kalian telah memutuskan utk membongkar identiti Robengah..ya, kalian sebenarnya telah termakan umpan..penulis yakin, kalian tergerak utk menemuramah Sumati rentatan dari gambar palsu Robengah..
4. Hari ini juga, selain 'mendedahkan' gambar sebenar Robengah, blogger pro-Umno ini telah mengedarkan rakaman video mereka dengan rakan Robengah, Sumati, yang merupakan salah seorang dari 4 pembantu rumah Rais Yatim yg berasal dari Indonesia..
Saksikan video di bawah..
Apa yang penulis ingin komen tentang rakaman video ini ialah..
i. Rakaman video ini jelas membuktikan bahawasanya insan bernama "Robengah" benar2 wujud..ini bermakna, watak 'mangsa' dalam kes ini benar2 wujud dan bukan rekaan semata2..
ii. Video ini bukan bukti 'sahih' untuk melepaskan tanpa sebarang tindakan/siasatan terhadap yang tertuduh..rakaman ini hanya berbentuk penafian sebagaimana penafian oleh Rais Yatim..
iii. berdasarkan video ini juga, pihak polis boleh terus menyiasat lanjut kes ini..dan secara automatiknya, 'saksi' dalam kes ini bertambah...Sumati dan blogger2 Umno ini menjadi antara 'saksi' dalam kes ini..
Siapa blogger2 pro-Umno yg menemuramah rakan Robengah semalam??..lebih kurang 11 orang kesemuanya...penulis senaraikan nama2 mereka:
RBF, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR (GAP), Papa Gomo, Darul Ehsan Today (DET), Megat Pisau, Medan Info Kita, Sanggah Tok Janggut, Gelombang Rakyat, Cucu Tok Selampit dan juga Minaq Jinggo...iv. Ingat, kes ini telah pun menjadi 'kes polis' apabila 3 laporan polis telah dibuat di Negeri Sembilan..maka, penulis tuntut isu ini diberi perhatian oleh pihak berkuasa, termasuk 'tragedi' rakaman video di atas..
Kemudian, persoalan penulis untuk blogger2 ini pula ialah:
i. Mengapa Rais Yatim lambat bertindak menafikan berita ini? kenapa Rais Yatim memerlukan masa yg begitu lama sehingga 14 hari lebih untuk tampil menjawab isu ini?..please, jangan beri alasan yang memungkinkan Rais Yatim termasuk kalian blogger Umno diketawakan...
ii. Bagaimana logik Rais Yatim membenarkan hanya blogger2 pro-Umno untuk menemuramah rakan Robengah sehari selepas Rais Yatim 'keluar dari persembunyian'?? apa rasional dan signifikannya 'menjemput' blogger? tidakkah mereka sedar, hal ini sebenarnya boleh meletakkan rakaman soal jawab ini berada dalam keadaan bias dan kesahihannya boleh dicabar?
iii. Mengapa Rais Yatim tidak menjemput sekali rakan2 media bebas untuk 'menemuramah' beliau dan isterinya termasuk Sumati? kenapa dipilih blogger2 tertentu utk membersihkan diri? kenapa beliau sebelum ini seolah2 tidak mengenal wartawan dan pemberita, tiba2 semalam hanya menerima kunjungan blogger fanatik Umno semata?
iv. Mengapa Rais Yatim tidak berani mengambil tindakan SAMAN terhadap pihak2 yg memulakan isu ini sebagai bukti beliau serius menafikan fitnah terkutuk ini?..antara pihak yang sewajarnya disaman oleh beliau adalah seperti Wikileaks, Migrant Care, Robengah dan Rockys bru...
Penulis soalkan ini kerana Rais Yatim sebelum ini, sekitar Oktober tahun 2010 telah bertindak pantas mengambil tindakan saman terhadap blogger Rocky' bru apabila blogger ini mendedahkan skandal rumah tangga beliau..(klik di SINI)..
Namun hari ini, kenapa beliau seolah2 tidak berani utk mengambil tindakan pantas sebagaimana kes terdahulu walhal beliau mengakui kes ini adalah paling panas dan besar berbanding kes terdahulu??..sila jawab..
5. Di bawah, adalah banner/gambar yang telah dihasilkan oleh team Nadi Rakyat (geng Papa Gomo)..
Ya, sepertimana yang penulis katakan sebelum ini, isu ini mulanya didedahkan oleh blogger pro-Umno..namun ada juga yg tak percaya, ada juga menuduh blogger ini talibarut PAS dan DAP, ada juga mengatakn isu ini dimulai oleh pembangkang..
Dibawah, penulis petik pengakuan blogger Umno sendiri siapakah blogger Rockybru ini..
"Gua tau dua blog ni (Rockybru.com dan bigdogdotcom.wordpress.com) memang pro kerajaan dari dulu, malah dorang ni memang selalu ikut setiap majlis kerajaan dan banyak menerima faedah yang diberikan oleh kerajaan. Setakat dinner dengan pemimpin tu, biasalah bagi group dorang ni.."Rujuk seterusnya dlm blog, "mediapermatangpauh.blogspot.com"..Sekarang dah jelas...so, dlm isu 'menteri rogol amah' ini sepatnya blogger Umno VS blogger Umno..jangan konar spin menuduh pembangkng sengaja mereka2 cerita dan buat fitnah sedangkan blogger Umno yg bergelar Datuk yg memulakan dahulu..
6. Sepertimana yang dijelaskan dalam entry penulis sebelum ini, isu amah mengaku dirogol pak menteri ini telah heboh dlm media di Indonesia..seperti biasa, ada yg menafikan, ada yg membenarkan, ada yg rasional akan bertindak memulakan siasatan terperinci..
Dan berita dari akhbar Indonesia hari ini melaporkan, beberapa NGO di sana mengancam utk mengadakan demo sekiranya kes ini tidak disiasat dlm tempoh dua minggu..boleh rujuk dlm entry penulis, "Semakin PANAS: Akhbar Indonesia mula hangatkan isu 'menteri rogol Robengah'!!!"..
7. Dan TERBARU hari ini, NGO buruh Indonesia, Migrante CARE secara rasmi mengakui wujudnya laporan kes rogol amah..sila baca dibawah..ini bermakna, kes ini jelas dimana wujud mangsa, pemangsa, saksi, penuduh dan yang tertuduh..sekarang isunya terpulang kepada rais Yatim..
Kerana itu penulis bersetuju dgn apa yg dilontarkan oleh Mahfuz Omar di dalam Harakahdaily hari ini..beliau sebagaimana berkata:
"Kalau dia yakin dia bersih, dia perlu saman Rocky's Bru dan dakwa beliau kerana fitnah...Polis siasat, siasat juga, tapi kena saman kerana nama baik beliau telah tercemar,"Akhir kalam..fikir2kan..berani kerana benar..takut kerana salah..penulis tunggu jawapan blogger Umno...wallahua'lam..
Migran CARE akui laporan kes rogol amah
KUALA LUMPUR, 7 Jan: NGO buruh Indonesia, Migrant CARE hari ini dalam satu sidang media di Jakarta hari ini mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia.
Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka.
"Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri.
"Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kula Lampur," kata mereka seperti kenyataan media yang diterima Harakahdaily.
Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan magsa, Rubingah.
Bagaimanapun kata mereka, dengan terungkapnya kes tersebut mereka berharap berharap agar pemerintah Indonesia mampu berbuat sesuatu untuk keadilan mangsa.
"Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran.
"Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan," kata kenyataan media mereka.
No comments:
Post a Comment