2011/02/06
AHMAD SHABERY bertanya khabar Bani (kiri) dan anaknya, Ahad yang menjadi mangsa banjir di Kampung Kawang, Bekenu, Miri semalam.
Keadaan hidup Bani Tasnim, 90, dan anak tunggalnya, Ahad Tamat, 64, amat memilukan kerana bukan saja terpaksa menguruskan diri sendiri, malah kedudukan kediaman mereka juga agak jauh dari jiran sehingga sukar meminta bantuan jika perlu, termasuk ketika dilanda banjir sedalam lebih satu meter, baru-baru ini.Himpitan hidup dan kecacatan menyebabkan dua beranak itu jarang keluar rumah dan hanya mengharapkan bantuan penduduk kampung yang menjenguk sekali-sekala.Ahmad Shabery terkejut apabila mendapat tahu dua beranak itu tidak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan akan membawa segera kes mereka ke pengetahuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Kes ini harus diberi keutamaan, mereka perlu diberikan bantuan bulanan,” kata Ahmad Shabery yang turut memberikan sumbangan peribadi RM1,000 dan barangan makanan kepada dua beranak terbabit.
Menurut Bani, dia hilang penglihatan sejak 20 tahun lalu selepas terjatuh dan kepalanya terhantuk ketika membawa sayur-sayuran untuk dijual di Pasar Bekenu.
“Tiga hari selepas itu saya lihat tingkap rumah semakin mengecil, sebelum mata kabur dan terus tidak dapat melihat. Ahad pula buta tiba-tiba ketika usia tiga tahun. Ketika itu dia ikut neneknya ke sawah dan bila mahu menjamah nasi, dia memberitahu ada ulat dalam nasi dan terus buang bekalan itu sebelum tidak dapat melihat,” katanya.
Nasib dua beranak itu bertambah malang apabila suami Bani meninggal dunia, 15 tahun lalu. Keadaan kediaman dua beranak berkenaan begitu daif dengan tali diikat pada dinding rumah bagi memudahkan mereka bergerak.
No comments:
Post a Comment