Cyberita Online Luar Negara
EL-ARISH (MESIR): Satu letupan berlaku di sebuah terminal gas di Semenanjung Sinai di utara Mesir semalam, menyebabkan letupan dan kebakaran besar yang terpaksa ditangani dengan menutup aliran gas ke Jordan dan Mesir, kata para pegawai dan saksi.
Ia menimbulkan tanda tanya sama ada kejadian itu berpunca daripada perbuatan sabotaj.Bagaimanapun, seorang pegawai syarikat gas Mesir berkata kebakaran itu berpunca daripada kebocoran gas.Awal dari itu, seorang pegawai wilayah di Semenanjung Sinai berkata beliau mengesyaki letupan gas itu berpunca daripada satu perbuatan sabotaj.Letupan dan kebakaran di terminal gas di bandar El-Arish di wilayah Sinai itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan, tetapi ia menyebabkan api besar yang dapat dilihat menjulang ke langit dari jarak selamat kawasan rumah-rumah terdekat, kata Gabenor wilayahnya, Encik Abdel Wahab Mabrouk.Kejadian letupan itu terjadi sedang pemberontakan menyelubungi sekitaran Mesir, dengan para pembantah antipemerintah mendesak Presiden Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatannya sejak dua minggu lalu.Semenanjung Sinai, yang menjadi kediaman puak Badwi, pernah menjadi kawasan pertempuran antara penduduknya dengan pasukan keselamatan.Ia berada di sempadan Israel dan Jaluran Gaza, yang dikuasai kumpulan Hamas.Terminal gas itu pula adalah sebahagian daripada sistem rangkaian paip yang menyalurkan gas dari Pelabuhan Said di Mesir dekat Laut Mediterranean ke Israel, Syria dan Jordan.Ketua syarikat gas asli Mesir, Encik Magdy Toufik, dalam kenyataannya berkata kebakaran itu 'disebabkan oleh kebocoran sejumlah kecil gas'.Encik Mabrouk pula awal dari itu memberitahu media Mesir bahawa beliau mengesyaki perbuatan sabotaj tetapi tidak menjelaskannya dengan lebih lanjut.Bagaimanapun, kebakaran itu dapat dikawal dan diatasi pada sebelah pagi semalam, selepas injap yang mengawal aliran gas ditutup.Pejabat Perdana Menteri Israel, dalam satu kenyataannya berkata tidak jelas sama ada rangkaian paip ke Israel turut mengalami kerosakan tetapi ia telah mengambil langkah keselamatan untuk menutup sendiri aliran gas ke negara itu.Sementara itu, dalam satu perkembangan yang seolah-olah berinspirasikan perkembangan di Mesir dan Tunisia, sekumpulan aktivis di Arab Saudi dengan aktifnya memulakan kempen yang menggesa diadakan pembaharuan politik dan ekonomi dalam negara yang kaya minyak itu melalui laman jaringan sosial, Facebook, semalam.Kempen yang diberi tajuk, 'Rakyat Mahukan Pembaharuan Rejim', antara lain menggesa kerajaan Arab Saudi melakukan perubahan dan mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil, menghormati hak asasi serta kebebasan individu.Para aktivis Arab Saudi itu juga menggesa diadakan agar satu perlembagaan baru yang menjamin hak asasi wanita, serta menangani masalah rasuah, pengangguran dan pengagihan pendapatan yang tidak adil di negara itu. -- AP.

No comments:
Post a Comment