Sunday, February 6, 2011

'Saya gerun kena acu pistol'





2011/02/05

ZAMILAH Nawi memeluk anaknya,    Siti Nabilah  selepas selamat tiba di KLIA, semalam.
ZAMILAH Nawi memeluk anaknya, Siti Nabilah selepas selamat tiba di KLIA, semalam.
Pelajar diancam perusuh ketika keluar beli kad tambah nilai

SEPANG: “Saya gerun dan amat ketakutan apabila diacu pistol oleh penduduk di sana (Kaherah) ketika keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit bagi menghubungi keluarga.”
Detik mencemaskan itu dialami Siti Nabilah Mohd Azaman, 20, pelajar tahun satu jurusan doktor pergigian Universiti Al-Azhar, selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6.30 petang, semalam.
"Mereka mengacukan pistol kepada kami dan suruh balik ke asrama. Kami yang ketakutan terus segera pulang"Siti Nabilah Mohd Azaman
Pelajar
“Mereka mengacukan pistol kepada kami dan suruh balik ke asrama. Kami yang ketakutan terus segera pulang. Tidak pernah saya alami kejadian yang mengancam nyawa seumpama ini,” katanya.

Beliau yang pulang ke tanah air atas perbelanjaan sendiri, menaiki Penerbangan Etihad dari Kaherah ke Doha dan kemudiannya ke Abu Dhabi sebelum tiba di Kuala Lumpur.

Sementara itu, pelajar tahun empat perubatan, Universiti Iskandariah, Mohd Faiz Abas, 22, bersyukur kerana akhirnya dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

“Kami terputus hubungan dengan dunia luar kerana diminta duduk di asrama dengan rakan lain. Kami juga diminta tidak sekali-kali keluar atas apa sebab sekali pun,” katanya. 
Bagi pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Muhammad Amiri Ab Ghani berkata, hampir 150 rakyat Malaysia termasuk beliau sendiri terpaksa melakukan bantahan di lapangan terbang antarabangsa Mesir terhadap syarikat penerbangan EgyptAir yang didakwanya sering membatalkan perkhidmatan ke tanah air.

Beliau yang ke Mesir untuk menghadiri Pameran Buku Antarabangsa, berkata keadaan di lapangan terbang amat teruk dengan tiada bekalan makanan selama beberapa hari sehingga memaksa mereka melakukan demonstrasi itu.

“Selepas demonstrasi itu barulah EgyptAir memberi kami penerbangan ke Jeddah sebelum bertukar penerbangan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Rakannya yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Zamri Ahmad, 46, berkata, mereka terpaksa bermalam di sebuah restoran kerana terperangkap dalam rusuhan di negara berkenaan.

“Sebelum itu, kami terperangkap di kalangan perusuh dan hampir terkena balingan batu,” katanya. 

No comments:

Post a Comment