Berita Harian
Oleh Shamsul Kamal Amaruddin, Kasdi Ali dan D J Dolasoh
bhnews@bharian.com.my
2011/03/12
KERETA Perodua Alza remuk teruk selepas bertembung dengan kereta Toyota Wish dalam kemalangan di Km 53 JRTB Grik-Jeli di Banding di Grik, semalam. |
2 kemalangan di jalan sama dekat Grik
GRIK: Tidak sampai 24 jam, lapan orang termasuk tiga beranak dan empat bakal guru terbunuh, manakala lapan lagi cedera dalam dua kemalangan di Kilometer 12 dan 53, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Grik-Jeli, dekat sini.Kemalangan meragut nyawa tiga beranak berlaku di Kilometer 53 jam 12 tengah hari semalam, manakala kejadian di Kilometer 12 berlaku jam 4.20 petang kelmarin mengorbankan empat penuntut Institut Pendidikan Sultan Mizan (IPSM), Besut, Terengganu selepas kereta mereka bertembung kereta pensyarah sendiri.
Pemangku Ketua Polis Daerah Grik, Asisten Superintendan Zulkifli Hashim, berkata tiga beranak yang maut di tempat kejadian selepas Perodua Alza mereka bertembung sebuah Toyota Wish adalah Wan Sarwani Zainol, 34, serta dua anaknya, Muhammad Imran Haziq Mohd Zainuddin, 3, dan Muhammad Izwan Hanif, 9.
Seorang daripada enam individu dalam Toyota Wish dikenali sebagai Halijah Ahmad, 67, disahkan meninggal dunia di Hospital Grik (HG).
Kejadian juga menyebabkan tujuh cedera, termasuk suami Wan Sarwani, Mohd Zainuddin Omar, 35, dan seorang lagi anak mereka, Muhammad Iqbal Hakim, 13, yang parah dan dihantar ke Hospital Taiping (HT), manakala lima individu dalam Toyota Wish cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HG.
Mohd Zainuddin memandu kereta dari rumah mereka di Taman Baung Perdana, Pengkalan Chepa, Kelantan ke FELDA Peloi Timur, Kuala Ketil, Kedah apabila keretanya hilang kawalan ketika melalui selekoh menuruni bukit lalu berpusing beberapa kali sebelum merempuh Toyota Wish yang datang dari arah bertentangan.
Pasangan suami isteri berkenaan difahamkan bertugas sebagai pembantu perubatan kanan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Trafik Daerah Grik, Cif Inspektor Zamzuri Mohd Nawawi, berkata penuntut IPSM yang maut ialah M Iniyan, Joseph Puah dan Goh Sin Yin, semua berusia 19 tahun dan seorang rakan mereka, Yap Sin Wie, 20.
Iniyan dan Sin Wie mati di tempat kejadian manakala Puah dan Sin Yin, masing-masing disahkan meninggal dunia di HG dan HT. Semua mangsa berasal dari Pulau Pinang kecuali Iniyan dari Taiping, Perak.
Kejadian berlaku ketika penuntut berkenaan menaiki Proton Iswara dari Terengganu untuk bercuti di Pulau Pinang apabila kereta itu dikatakan terbabas ke tengah jalan sebelum dirempuh Toyota Camry dipandu pensyarah mereka, Ismail Mamat, 49, yang datang dari arah bertentangan.
“Kejadian berlaku di kawasan selekoh ketika kereta mangsa menuruni bukit dalam keadaan jalan licin akibat hujan renyai, tetapi Ismail hanya cedera ringan,” kata Zamzuri.
Dalam kejadian berasingan di Kilometer 332.8 Lebuh Raya Utara-Selatan hala utara berhampiran Tapah, kira-kira jam 1.45 petang semalam, 27 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut selepas bas itu terbabas dan merempuh sebuah van yang melintang di tengah laluan.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata kemalangan berlaku apabila sebuah van membawa ubat-ubatan dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu terbabas sebelum melintang di tengah jalan dan gagal dielak bas ekspres terbabit yang mengekori di belakang.
“Namun pemandu bas berkenaan berjaya mengawal kenderaannya daripada terbalik dengan menyusuri lorong kecemasan sebelum berhenti. Pemandu kedua-dua kenderaan terbabit dan semua 27 penumpang bas ekspres terselamat dan tidak cedera,” katanya.

No comments:
Post a Comment