Wednesday, April 6, 2011

Penyanyi menang besar




Michel Martelly menunjukkan kad pengenalan dirinya selepas mengundi pada pilihan raya Presiden Haiti di Port-au-Prince pada 20 Mac lalu. - REUTERS


PORT-AU-PRINCE 5 April - Penyanyi Michel Martelly yang berhasrat mengubah negaranya yang miskin dan memulihkannya daripada kemusnahan akibat gempa bumi memperolehi kemenangan besar pada pilihan raya Presiden negara ini.
Keputusan awal yang diumumkan oleh Majlis Pilihan Raya Sementara Haiti semalam memberikan penghibur berusia 50 tahun itu kemenangan besar dengan memperolehi undi hampir 68 peratus, berbanding pesaingnya, bekas wanita pertama Mirlande Manigat yang hanya memperolehi 38 peratus undi.
Kemenangan itu disambut meriah di ibu negara Port-au-Prince dengan penyokong Martelly membanjiri jalan-jalan raya sambil menyanyi, mengibarkan potret beliau dan mengadakan persembahan bunga api.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang menyokongnya melalui kenyataan ringkas di Twitter, 'Kami akan bekerja untuk rakyat Haiti. Bersama-sama kita lakukannya'.
Kebimbangan berlaku keganasan membawa kepada pengumuman keputusan pilihan raya kedua pada 20 Mac lalu, pilihan raya Presiden pusingan kedua pertama diadakan di negara ini.
Martelly atau 'Sweet Micky' yang dikenali dengan sikap provokatifnya, berjanji dalam kempennya untuk mengubah status quo itu, memerangi rasuah, mengubah salah tadbir negara dan membawa kehidupan lebih baik kepada rakyat Haiti yang bergelut untuk pulih selepas gempa bumi 2010.
"Beliau berjaya menarik minat pengundi menggunakan imej 'budak jahat' yang dilabelkan kepadanya untuk membesarkan lagi status 'orang bukan politik' yang membawa simbolik perubahan," kata profesor dan pakar di Fakulti Politik, Universiti Viginia, Robert Fatton.
Sebagai Presiden, Martelly bakal berhadapan cabaran besar untuk cuba membina semula negara miskin ini selepas dilanda gempa bumi yang mengorbankan lebih 300,000 orang dengan beratus-ratus mangsa masih tinggal di khemah-khemah sementara. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment